Thursday, August 20, 2009

Selamat berpuasa..

IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin ‘Al-Mutsiiratu’ dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. ”Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.”

Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam.

Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka.

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.”

Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan.

Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang ditambah Allah rezeki orang mukmin.

“Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”

kepada semua sahabat , rakan dan taulan selamat menyambut kedatangan bulan ramadan dan selamat mengerjakan ibadat puasa dengan penuh tanda kesyukuran dan keinsafan.. semuga ibadat puasa kita tahun ini mendapat berkat dan di terima Allah.. amin

25 comments:

  1. wa..

    isi kandungan yang byk manfaat.
    byk ilmu yang berguna.

    insyallah tahun ni saya nak buat ramadhan yang p paling bermakna dalam hidup saya.

    ;)

    SELAMAT MEYAMBUT MEYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..

    ReplyDelete
  2. Selamat berbulan Ramadhan....

    Semoga amalan kita semakin baik...

    ReplyDelete
  3. SAKAM BRO..
    selamat menyambut ramadhan utk semua

    ReplyDelete
  4. mem dah ready list resepi berbuka puasa ker??

    ReplyDelete
  5. Semoga berkat Ramadan ini dpt menghapuskan dosa2 saya yg banyak ni huhuhu

    Selamat menyambut Ramadan dan memperbanyakan amal.

    ReplyDelete
  6. selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak..

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing...Selamat berpuasa jugak pada Bro Zino sekeluarga...

    ReplyDelete
  8. selamat berpuasa...
    apakah ramadhan ini dpt di lalui sehingga phujung...dan dpt kah lagi kita ke Ramdhan yang selepas ini?

    ReplyDelete
  9. selamat menyambut ramadan al-mubarak...jaga lupa solat terawih.

    ReplyDelete
  10. SALAM - Selamat menyambut Bulan yg penuh BAREKAH , Selamat menyempurnakan IBADAH PUASA semuga semua amalan kita di terima olehNYA YANG MAHA BERKUASA.. AMIN

    ReplyDelete
  11. Selamat Berpuasa juga bro.. hehehehe jgn lupa berkebun bila masa senggang ;D

    ReplyDelete
  12. gunakanlah segala keberkatan Bulan Rahmat ke maksima mungkin..

    ReplyDelete
  13. salam abg zino ittewww.. n selamat menyambut awal ramadhan ghitewww

    ReplyDelete
  14. Selamat berpuasa buat zino sekeluarga dan semoga kita semua berjaya menempuh Ramadan dengan segala kekuatan dan kesihatan yang dikurniakan Allah InsyaAllah.

    ReplyDelete
  15. selamat berposer pacik zino...

    ReplyDelete
  16. Selamat berpuasa ya saudaraku...

    ReplyDelete
  17. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Moga kita mendapat keberkatan & keampunan dari Nya...

    ReplyDelete
  18. selamat berpuasa untuk uncle sekeluarga..

    ReplyDelete
  19. kepada semua terima kasih.. dan selamat kita menunaikan ibadat puasa..

    ReplyDelete
  20. Ramadhan bulan untuk merebut sebanyak mungkin pahala, selamat berpuasa dan berjaya hingga akhirnya.

    ReplyDelete
  21. Selamat Berpuasa..semoga Allah memberkati kita semua...

    ReplyDelete