Wednesday, September 30, 2009

gegaran..

Masa tu zino dalam perjalanan ke opis mem, sepanjang jalan sesak.. memula ingat nak ikut jalan Ipoh sebelum masuk ke Jalan Tun Razak... tapi bila tengok trafik tak bergerak.. terus lencong ke Jalan Pahang menuju bulatan Jalan Pahang.. jarang dah ikut sini pasal selalu sangkut di bulatan tu..

Dan hari ni memang agak lebih sikit jem dari biasa.. bila melepasi bulatan Pahang, keadaan semakin terus.. perjalanan tersangkut sangkut.. tetiba zino terasa kereta bergegar.. macam berada di atas jambatan dan lori sedang lalu di sebelah... "apa hal pulak ni?" macam mana boleh bergoyang... tak kan pasal bas yang baru lalu tadi...pelik....

bila sampai di opis mem, zino park dan terus melelapkan mata sementara mem turun, bila mem turun dia terus bertanya, "rasa gegar tak?" ada gempa di sumatra... oooo pasal tu ke kereta bergegar tadi?... tak lama lepas tu kawan zino talipon.. banyak bangunan bergegar dan terima aduan dari bomba, polis minta datang .. banyak bangunan telah dikosongkan.. minta di periksa bangunan selamat atau pun sebalik nya..

bila dengar berita jam 8 tadi konfirm berlaku gempa di Sumatra... nampak gaya malaysia bukan lagi kawasan bebas gempa... walaupun gempa berlaku di Sumatra nun gegaran nya tetap dapat di rasakan.. agaknya bagaimana mereka yg berada di kawasan gempa.. bagaimana panik mereka agaknya..

apa pengalaman anda hari ni??

Monday, September 28, 2009

sok sek sok sek.....

Sepatutnya zino nak mula pose.. tapi mem minta tangguh sampai dia boleh pose sama.. so tadi pegi le ke kantin nak isi perut.. dah le kat luar hujan.. masa penuh sesak le kantin tu.. zino dapat la tempat duduk.. satu meja tu kan ada 4 krusi...

tak lama lepas tu datang tiga jejaka.. pusing punya pusing tak ada tempat.. maka dia pun nak tumpang duduk... dia org bual sambil zino baca paper.. yg di oder dah lama tak sampai sampai.. maklum la org ramai.. so terdengar la dia org skeeping sok sek sok sek... dari perbualan tu dapat la zino tangkap.. dia org tu pensyarah.. dalam islamic banking.. salah sorang dari mereka tu bukan local, mungkin dari negara arab atau negara2 sebelah sana la kot..kan dulu zino pernah beritau tempat zino tu berkongsi dengan satu kolej swasta.. ada yg zino paham dan banyak juga yg tak berapa nak paham.. maklumlah high class punya borak...

satu perkara yg menarik perhatian bila mereka mempertikaikan kehadiran pensyarah dari Iran, kata sorang mamat tu macam mana boleh kerajaan terima pensyarah dari sana kerana fahaman syiah berbeza dengan ahli sunnah, kata mamat arab tu syiah tak terima hadis2 dari Bokhari dan Muslim.. pandangan mereka tentang islamic banking berbeza dengan pandangan ahli sunnah.. so student dah jadi keliru... lepas tu masuk pulak bab sembahyang jumaat, kata nya mamat tu tak pergi sembahyang jumaat, dan lain lain perkara yg zino tak berapa clear cerita nya...

kalau ada yg bijak agama di luar sana atau yg ada maklumat tentang isu ini mungkin boleh beri penjelasan.... sejauh mana ilmu dari iran bileh di bawa masuk ke negara ini...

Saturday, September 26, 2009

plan B

memang hajat memula plan nak ke Sg Besar.. bila masing masing payah nya nak bagun tidur akhirnya plan ke sg besar perlu di tangguh ke masa lain.. tak ada makna nya kalau pergi lewat.. nanti habis masa di atas jalan je..
so terus ke plan B, pergi jemputan di seremban.. jemputan kawin anak ex office mate.. ikut LEKAS memang cepat betul sampai.. bersedup .. hiway lengang je.. kenapa hiway ni masih tak popular ya? kurang promosi ke atau kesinambungan nya belum telus lagi.. agaknya kalau dah bersambung sampai ke senawang mungkin lebih ramai yg berminat..
lepas tu sms sorang sepupu tu kata nya ada openhouse.. masa mengajak dulu alamat tak di bagi nya.. tunggu punya tunggu tak ada balasan.. ...mmm.. so balik je lah.. bila dah masuk LEKAS baru dia balas... tak ada rezeki le ... itu lah lain kali kalau nak jemput beri alamat sekali .. hehe..
itu je lapuran hari ni.. esok ahad.. nak kemana ya?

Friday, September 25, 2009

raya ke dua..

Kebiasaan nya selepas sembahyang Raya kami anak beranak akan terus ke rumah mak zino.. lepas tu mula lah menziarah sebuah rumah ke sebuah rumah sedara mara sebelah mak.. keliling kampong tu kiranya sedara mak belaka lah hehe..jarak antara rumah mak dengan rumah MIL dalam 1/2 jam perjalanan je.. so memang tak kisah pun nak balik kemana beraya hehe.. tapi tahun ni berlaku perubahan..

Hari raya pertama kami masih di KL.. sembahyang raya di surau belakang rumah je.. lepas sembahyang kami bersiapa utk ke tanah perkuburan di shah alam.. lepas tu beraya di shah alam dulu.. petang baru balik kampong.. bila sampai rumah mak zino dah jam 6.00 petang.. hasrat nak berziarah terbantut.. apa lagi selepas makan .. mata pun kuyu.. hehe..

esoknya kami beraya dulu ke rumah sedara sebelah mem, memang setiap tahun pun hari raya kedua... memula laksa, lepas tu mee bandung, lepas tu mee kari pulak.. aduhai perut.... bila dah kenyang baru ke rumah mak semula , beraya di rumah2 yg tertangguh semalam.. ramai yg bertanya kenapa lambat.. kenapa raya kedua baru sampai hehe.. abis tu nak buat macam mana rutin ni akan kekal la nampaknya..

tak kisah lah raya berapa kan janji sampai ke rumah sedara mara setiap kali raya.. adik asyik mengira duit.. tetiba melambung tinggi.. mana datang tah.. rupa2nya salah kira hehe.. tapi tadi semua duit tu dah selamat masukkan dalam bank.. tak ada lah lagi sekejap simpan sekejap keluarkan utk di kira lagi dan lagi hehe..

minggu depan baru start kerja.. sementara tu duduk je kat rumah ni... agaknya siapa nak buat rumah terbuka ni ya hehe

Wednesday, September 23, 2009

salam syawal..


Arifah...

Hazwan...

Di Kuala Lumpur


Di LC


Di kampong bersama ayah bonda..



Sunday, September 20, 2009

malam raya...

biasa nya malam raya zino dah berada di kampong... dua tiga hari sebelum raya pun dah ada di kampong,.. tapi kali ni malam raya kami masih di KL.. baru lepas ngajar fizah buat ketupat .. terkial kial je.. masa dulu zino belajar dengan memerhati kakak2 sepupu buat.. dok mengintai macam mana dia anyam daun kelapa tu..

alang di tugas kan menggosok baju melayu utk di pakai pagi esok , mula ingat nak sembahyang di masjid negara.. tapi rasanya kami akan bersembahyang di surau belakang rumah ni je.. tak payah nak susah susah bawa kereta , jalan kaki je..

mem dah masak rendang, ketupat ni entah bila nak masak.. rasanya macam tak sempat nak masak malam ni.. tadi pegi tunjuk lemang kat simpang depan tu.. tak bayak lima batang je.. masaalah juga bagi yg nak bakar lemang sebab sejak tengah hari tadi hujan.. merasa lah tadi makan lemang panas....

angah , kakngah dan baby qaisara ada bersama kami sekarang.. along pun dah sampai KL tapi tak sampai sini lagi.. pagi esok lah tu dia datang.. kata nya nak masak2 dulu kat rumah dia.. agaknya masing masing bzz di kampong halaman bersama keluarga dan sedara mara.. semuga hari raya anda semua meriah semeriah2nya...

sementara tu mari kita layan qaisara..... antara suka dan duka...hehe


Friday, September 18, 2009

Selamat hari raya aidil fitri..


Zino dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua sahabat jauh dan dekat, yang pernah berjumpa dan yang masih berada di alam maya, mohon ampun dan maaf sekiranya ada sebarang kesilapan dan kesalahan zino semasa memberi ulasan dalam blog tuan/puan , senda gurau yang tidak di senangi, kata kata yang mungkin menyinggung perasaan ...

kepada yang akan memulakan perjalanan jauh balik ke kampong berhati hati semasa memandu, berhenti seketika di mana mana R&R untuk berehat sekiranya perlu.. semuga anda semua selamat dalam perjalanan, dapat berjumpa sanak sedara di kampong , beramah mesra dan berhari raya bersama sama, ziarah menziarahi , maaf bermaafan... bila makan tu kena kawal la ya...

kami akan balik kampong selepas sembahyang raya di KL.. dua hari di kampong lepas tu akan berada semula di KL.. kepada yang beraya di KL jemput datang ke rumah kami.. kueh tunjuk dah kami sediakan hehe..

dalam gambar tu tiada gambar penulis...

Thursday, September 17, 2009

kad raya istimewa.....

Menjelang syawal, kita akan menerima perbagai ucapan selamat hari raya dari rakan dan taulan, dari sedara mara jauh dan dekat, dari teman dan kawan.. berbagai cara dan kaedah di guna untuk menyampaikan ucapan, ada yg ber sms, mms , video clip , e-mail , FB dan sebagainya.. walaubagaimana pun kad traditional masih boleh bertahan di pasaran..
Kad raya traditional masih satu satu nya kad yg ada feel bila di kirim atau di terima.. terutama kalau kepada atau daripada sesaorang yg teristimewa.. betul tak? hehe.. dan bila bercerita pasal kad ni zino selalu teringat kepada satu kisah.... walaupun sekarang dah jadi sejarah..
setiap tahun setiap kali menjelang aidil fitri zino akan menerima satu kad yg akan sampai paling awal.. dan setiap tahun kad dari dia akan sampai dulu sebelum kad kad lain sampai.. perkara ini berlaku tahun demi tahun... tak pernah miss.. sejak dari zino sebelum kawin sehingga lah selepas kawin.. sehingga lah pada satu tahun tu zino tidak lagi menerima kad dari dia.. komunikasi antara kami hanya lah dengan kad raya itu saja.. tak ada surat, tak ada sms, lebih2 lagi tak ada call... kerana masing masing dengan hala tuju yg berbeza.. tahun berikut nya juga tak ada kad lagi... so ok lah..tidak akan ada kad lagi dari dia...
beberapa hari selepas raya zino mendapat berita mengejutkan.. dia telah pun kembali kerahmatullah.. kerana lukimea.. penyakit yang telah ditanggungnya entah berapa tahun.. dan di sembunyikan dari pengetahuan keluarga.. sungguh sedih , sungguh terharu.. sungguh bersimpati.. semuga Allah mencucri rahmat ke aras roh nya... al-fatihah....

Tuesday, September 15, 2009

Perwakilan MIC kurang ajar

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Tiada istilah lebih tepat untuk dilabelkan kepada perwakilan MIC yang mencadangkan gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dikalung dengan selipar selain daripada 'kurang ajar'.

Presiden Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL), Datuk Abdul Malik Mydin berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan apabila individu yang terlalu banyak berjasa kepada negara dihina sedemikian rupa.

Beliau turut memberi amaran kepada MIC agar tidak menyimbah minyak ke api dengan menghina pemimpin kesayangan orang Melayu. ''Saya melihat situasi di dalam negara kini kian panas dengan isu perkauman. Maka, usah ada di antara kita yang cuba menyemarakkan perselisihan yang timbul. ''Perlu diingat, MIC tidak sesekali akan berada di tahap ini jika ia tidak mendapat sokongan orang Melayu selaku kaum majoriti. Penghinaan seperti itu sungguh biadab,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
... semakin hari semakin menjadi2 kekurangan ajaran mereka mereka yg tak sedar diri ni... kenapa perkara bagini boleh berlaku..???

Sunday, September 13, 2009

mission yg tak menjadi...

masa keluar tu terlaksa menempuh jem di uptown ke downtown di veledrom tu.. jalan yg besar tinggal selorong.. pengguna main letak ke kereta ikut dan masing masing .. tak ada sape nak kisah pun.. tapi bila melepasi kawasan tu jalan kembali lancar.. sampai la ke diatinasi... agaknya denga keadaan yg nyaman dalam kereta tu adik pun tertidur.. bila sampai ke tempat paking di opis.. adik dah dalam kelenaan.. langsung tak kisah bila di kejut...
aku pandang mem, mem pandang aku. hehe.. so nak buat apa ni??? nak apa lagi balik je lah... hehe kuciwa je bunyi nya... itu lah suruh tinggal dengan kakak tak mau nak ikut..
dalam perjalanan balik dapat le tinjau ribuan orang ramai di jalan TAR tu.. kereta pun penuh di sepanjang jalan..pun tak ada siapa kisah.. free for all.. mem tak puas hati nak datang lagi lain hari tapi make sure adik tak ikut..... aduhhhh.. nak tempuh jam lagi le nampak nya nanti.. nak buek cam mano kan..

Friday, September 11, 2009

satu fakta...

Kakitangan kerajaan Switzerland diharamkan menggunakan Facebook
11/09/2009 2:48am


GENEVA 11 Sept. - Kerajaan Switzerland melarang kakitangannya daripada menggunakan laman Facebook selepas gagal menyuruh mereka untuk mengurangkan masa yang digunakan di dalam laman web tersebut.

“Pekerja yang memerlukan akses terhadap rangkaian sosial itu untuk penggunaan profesional boleh memohon pertimbangan khas,” kata kerajaan pusat dalam satu kenyataan.

Daripada tujuh kementerian negara itu, hanya kakitangan Kementerian Luar yang dibenarkan mempunyai akses terhadap laman web yang akan mula diharamkan minggu depan itu. - AFP
kegilaan facebook rupanya ada di mana mana.. hehe

Wednesday, September 9, 2009

salam ramadan...

tak sempat nak tulis panjang... cuma nak tanya dah plan ke percutian raya anda.. kami cuma cuti umum tu je.. mem dah kehabisan cuti.. makna nya kami akan beraya di Kl je... kesian kan.. hehe
ok lah nak pegi meeting dulu..

Saturday, September 5, 2009

bazaar ramadan


Petang tadi kali pertama kami ke bazaar ramadan di tepi tasik taman permaisuri .. terletak di kawasan tempat letak kereta di tepi jalan .. setiap bazaar ramadan akan menjadi tumpuan ramai, pengunjung yang datang akan meletak kenderaan tanpa mengira tempat.. asal dan je mereka letak.. sape nak marah ya tak? ... maka terjadi lah kesesakan yang sepatutnya boleh di elak sekiranya masing masing bertolak ansur dan bertimbang rasa terhadap mengunjung lain..

itu kesesakan jalan raya, bila kami masuk ke kawasan bazaar, berlaku juga kesesakan.. kami ni kesesakan di sebabkan ratusan manusia yg datang utk membeli juadah.. bermacam ragam dapat di lihat.. akhirnya masing masing penuh jari menjinjing bungkusan juadah yg di beli.. juadah yg di jual pun bermacam ragam.. sungguh mencabar nafsu... semua nampak sedap hehe semua rasa macam nak rasa.. nak rasa je sikit hehe.. tapi akhirnya kalau tidak berjaya di kawal akan terbeli berlebihan dan akhirnya membazir...

Bulan ramadan memberi peluang kepada peniaga utk mendapat sedikit rezeki yang belih dari biasa.. sama ada mereka ni dari kalangan peniaga makanan sedia ada atau hanya berniaga setahun sekali utk mendapat duit raya .. terpulang lah kalau masing masing rajin dan kreatif.. tentu akan mendapat laba.....

Friday, September 4, 2009

ugutan

semalam semasa dalam satu mesyuarat zino terima satu panggilan.. mamat yg memanggil tu pernah mengemukaan satu permohonan utk satu operasi.. tetapi permohonan dia di tolak dengan alasan perlantikan hanya boleh di lakukan dengan tawaran terbuka.. bukan main bagi macam tu je..

tapak yg di pohon itu juga di pohon oleh beberapa pihak lain yg berminat.. tapi jawapan kepada yg lain pun sama.. tapi di antara pihak pihak tu mungkin ada yg mencuba dengan menggunakan cable cable tertentu.. tapi bagi kami jawapan tetap sama.. dan ada pula yg berani masuk menceroboh tapak tersebut walaupun tanpa sebarang kelulusan.

mamat yg menalipon talipon marah marah kenapa dia tak dapat dan tapak di berikan kepada pihak lain.. dan mula lah tuduhan liar dan seolah olah mengugut..jawapan zino tetap sama, tiada sebarang kelulusan di berikan sesiapa yg masuk tanpa kebenaran tetap di anggap menceroboh walau apa keadaan sekali pun dan tindakan akan di ambil..

mamat tu tak puas hati siap ugut, malam ni saya masukkan TV3, zino kata terpulang lah itu kami tak boleh nak halang , itu kebebasan dia utk melakukan nya.. tapi jawapan nya tetap sama, kelulusan yang di berikan kepada yg layak melalui tender terbuka..

bila tengok TV malam tadi tak ada apa pun....mmmmmm

Thursday, September 3, 2009

hendak seribu daya..





akhirnya Alain Robert Philippe..alias "spiderman" warganegara Perancis berjaya juga memanjat Menara Berkembar Petronas sehingga ke puncak.., walaupun dia tau dia bakal berhadapan dengan tindakan undang2 tetapi tetap melakukan nya.. dua percubaan yg di lakukan sebelum ini menemui kegagalan kerana berjaya di tahan sebelum sampai ke puncak.. akibat perbuatan nya kali ini dia telah ditahan dan di dakwa dan di denda RM 2000.00..

Mengikut lapuran akhbar , sebelum peristiwa ini beliau telah menawan banyak menara di seluruh dunia dan bercadang untuk menawan bangunan di Dubai pula...

soalnya kenapa ada manusia jenis ini sanggup melakukan sesuatu yang amat berbahaya semata mata utk mencapai kepuasan.. Walau pelbagai rintangan terpaksa di tempuh, risiko yang amat tinggi, tanpa mengambil langkah langkah keselamatan yg mencukupi, hanya berbekalkan kudrat dan keyakinan tinggi untuk mencapai kejayaan dia melakukan nya lagi dan lagi.. semangat yang ada pada philippe yang perlu ada didalam diri kita apabila ingin melakukan sesuatu.. kental dengan pendirian, berani berdepan segala rintangan, bersedia mengharungi sebarang risiko, fokus, punya keyakinan yg tinggi.. dan tidak putus asa bila gagal dalam percubaan pertama..



Photobucket

Photobucket

menara ni yg sedang di perhati utk di panjat selepas ini.. dua kali ganda KLCC..!!!

kata Philippe," Climbing is my passion and life.." anda bagaimana? hehe

Wednesday, September 2, 2009

Kembali kerahmatullah...

Semalam sekali lagi kami menerima berita sedih di bulan ramadan ini.. semasa mendengar tazkirah ramadan di surau, zino mendapat berita seorang lagi sedara kami telah kembali ke rahmatullah.. isteri kepada sepupu zino.. (dua pupu kot..) setelah sekian lama berjuang atas penyakit yg di hadapi nya..

Maka sesi petang bersama odit terpaksa di lepaskan kepada pasukan jabatan sementara zino menyertai sedara mara yang lain ke Taman Bukit Kinrara Pucong.. semasa zino sampai jenazah telah pun di tempatkan di surau berhampiran dan sanak sedara jauh dan dekat mulai datang.. kami bertanya kabar dan bercerita perkembangan masing masing.. maklum lah jarang dapat berjumpa kecuali dalam majlis2 seumpama ini. kami berpisah setelah jenazah di bawa ke tanah perkuburan...ada yg ikut ke tanah perkuburan .. ada yg mohon utk balik semula ke distinasi masing masing.. terutama yg datang dari kampong..

semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya di di tempatkan bersama sama roh orang ortang yg beriman.. amin..