Friday, September 4, 2009

ugutan

semalam semasa dalam satu mesyuarat zino terima satu panggilan.. mamat yg memanggil tu pernah mengemukaan satu permohonan utk satu operasi.. tetapi permohonan dia di tolak dengan alasan perlantikan hanya boleh di lakukan dengan tawaran terbuka.. bukan main bagi macam tu je..

tapak yg di pohon itu juga di pohon oleh beberapa pihak lain yg berminat.. tapi jawapan kepada yg lain pun sama.. tapi di antara pihak pihak tu mungkin ada yg mencuba dengan menggunakan cable cable tertentu.. tapi bagi kami jawapan tetap sama.. dan ada pula yg berani masuk menceroboh tapak tersebut walaupun tanpa sebarang kelulusan.

mamat yg menalipon talipon marah marah kenapa dia tak dapat dan tapak di berikan kepada pihak lain.. dan mula lah tuduhan liar dan seolah olah mengugut..jawapan zino tetap sama, tiada sebarang kelulusan di berikan sesiapa yg masuk tanpa kebenaran tetap di anggap menceroboh walau apa keadaan sekali pun dan tindakan akan di ambil..

mamat tu tak puas hati siap ugut, malam ni saya masukkan TV3, zino kata terpulang lah itu kami tak boleh nak halang , itu kebebasan dia utk melakukan nya.. tapi jawapan nya tetap sama, kelulusan yang di berikan kepada yg layak melalui tender terbuka..

bila tengok TV malam tadi tak ada apa pun....mmmmmm

23 comments:

  1. Kalau dah ugut -mengugut macam tu memang confem tak dapat tender tu , macam2 lah perangai orang nak dapat bisnes .

    ReplyDelete
  2. susah juga kalu keje kat bhgn luluskan tender ni.macam² dugaan.

    ReplyDelete
  3. saja ckp je tuh....x beraninya dia nk buat...

    ReplyDelete
  4. cabaran bertugas memang tidak dapat dielakkan, terutama kepada yang terlibat dengan tender. itu tak termasuk pihak yang nak main 'kotor' seperti yang zino ceritakan tu.

    harap sdr Zino dapat bertegas dalam hal sebegini. Kita buat kerja ikut peraturan dan 'guideline'. Sabor je le.

    ReplyDelete
  5. dia berani dalam telefon jer ...

    ReplyDelete
  6. Antara cabaran2 dalam pekerjaan adalah menerima ugutan sebegini. jangan sampai jadi personal dah la..risau juga kan.

    tapi macam sorang ex boss mokcik kata..kalau kita buat kerja dengan ikhlas dan amanah, Allah akan melindungi kita.

    ReplyDelete
  7. Adoi.... tak seronok la kena ugut begini. Sedangkan Zino hanya menjalankan tugas.. Sabor aje laa...

    ReplyDelete
  8. tu yang tak seronoknye klu dah keje dalam line kite ni, org dapat handfon number. dah jadi cam bende personal sedangkan itu hal rasmi pejabat.. aduhai

    ReplyDelete
  9. aramak, bahayos tu... hati2lah setiap maso

    ReplyDelete
  10. mgu depan kot..hahaha...nk ugut2 lak ye..bolayan je zino..

    ReplyDelete
  11. berani betul siap main ugut2 lagi yer

    ReplyDelete
  12. macam2 perangai manusia...... sabar aje la yea..

    ReplyDelete
  13. susah nak puaskan hati orang kan zino...

    ReplyDelete
  14. org jenis mcm ni hanya berani cakap je...

    ReplyDelete
  15. bulan posa pun nak ugut2 org ..adoiiilaaa..semoga dpt betindak dgn adil dan saksama

    ReplyDelete
  16. itu lah dia kekreatifan org kita.. mmg dah terkenal seantero

    ReplyDelete
  17. salam..kena record dan kalau perlu buat je laporan polis...
    Kerja yg deal dengan hal2 sebegini memang memeningkan kepala.
    My aunty last two years terus pencen muda...sebab nak gi kerja pun takut, kereta sampai kena calar, tiap2 pagi dapat ugutan dan maki hamun...itu la bila manusia dikuasai hawa nafsu

    ReplyDelete
  18. Serahkan semuanya pada Allah.Dia ugut kita buat apa..kita pun makan gaji,kerja ikut law..Bulan baik ni pun nak marah2

    ReplyDelete
  19. :: salam... biasa le tuu, terutama bila melibatkan sebutharga dan tender... dan semua ni berkaitrapat dgn wang dan poket... dan inilah kerenah antara kita dan berlaku di kalangan kita... bertahan le selagi terdaya...

    ReplyDelete
  20. zino

    kami kat sini pun selalu kena ugutan ugutan macam tu tapi selagi kita kerja dengan landasan yang betull.. terpulanglah.. cuma sakit sikit kalau bos bos pun mmg ada kepentingan masing masing

    ReplyDelete
  21. uiks tak abes2 lagi ke kes aritu, sabar la zino, bertahanlah...

    ReplyDelete