Sejak kebelakang ni sering kali kita membaca di akhbar akhbar atau di lapur di media elektronik berkait kisah penderaan kepada kanak kanak.. sehingga ada yg membawa maut ..kes pembuangan bayi dan sebagainya.. pagi tadi semasa dalam perjalanan ke pejabat zino sempat mendengar ulasan yg di sampaikan DJ Selangor FM..
Dia mengimbau kembali kepada zaman kanak kanak dulu , membuatkan zino teringat zaman kami sebagai kanak dulu.. duduk di kampong dengan segala kekurangan, hidup dengan segala kesederhanaan .. tidak mewah seperti kanak zaman sekarang.. kalau nak ke sekolah terpaksa berjalan kaki , mana ada peluang nak naik bas sekolah.. paling baik pun terpaksa naik basikal ke sekolah.. hanya bila di sekolah menengah baru le naik bas.. kerana sekolah agak jauh.. walaupun tidak mewah kami bukan juga berada dalam kesusahan.. kalau di kenangkan balik, ibu bapa masa itu tentu ada kekangan untuk mencari nafkah menyara kami, ayah bekerja sebagai askar dan bertugas di Port Dickson, maka kami di tinggalkan di kampong bersama nenek.. hanya semasa zino form 4 ayah berhenti kerja , bukan pencen.. dan meneruskan kehidupan sebagai seorang petani, mengerjakan sawah dan menoreh getah untuk menyara kami sekeluarga..
sebagai anak kita tidak tau bagaimana kesusahan mereka , apa yg kita tau meminta apa yg kita perlukan, namun bagitu kehendak dan keperluan kami masa itu tidak le sebagaimana keadaan kanak kanak zaman sekarang.. sesuai dengan keadaan di kampong.. dan kami juga paham dan akur ada benda benda yg di luar kemampuan mereka utk menyediakan nya.. yang penting keadaan berjalan dengan cukup harmoni.. tidak pernah pula terdengar berlaku sebarang penderaan di mana mana.. kes buang bayi langsung tidak ada.. ayah atau mak tidak pernah merotan , marah pun kerana kesilapan atau kesalahan yang kami lakukan sendiri.. padan muka kami hehe.. dengar suara ayah pun kami dah kecut perut.. maklumlah suara jurulatih kawat hehe.. sekali dia jerit.. sepantas kilat kami balik..hehe
Tapi lihat lah masyarakat sekarang.. nilai moral dan pegangan agama terlalu nipis.. tergamak melakukan perkara perkara yg tidak terfikir oleh kita sanggup di lakukan nya.. perlakuan yg lebih jijik dari binatang ..apa lah dosa kanak kanak itu.. berita ini bukan kita dengar sekali atau dua .. entah berapa kali perkara seumpama ini berlaku.. di mana kah silap nya.. berapa banyak kes lagi sebelum sesuatu dapat di lakukan untuk menghentikan nya.. sayangi lah anak anak anda dan semua kanak kanak yg memerlukan pemerhatian dan belaian orang dewasa.. berilah mereka peluang dan ruang untuk menikmati kehidupan ini seperli orang lain..
saya sangat bersyukur kerana mempunyai sorang ayah yang tersangat agung bagi saya.dia tak pernah pukul anak2.sangat bertolak ansur dengan anak dan tak jemu2 bagi nasihat.saya dpt rasa yang zino pun same macm ayah saya..
ReplyDelete**walaupun tak pernah kena pukul ngn ayah,tak bermakna tak pernah kena pukul ngan mak..mak garang mase kecik..heheheh
kalau dilihat secara tersirat. makanan, pendedahan, perlakuan dan didikan zaman 80an, 90 an dan kini sangat berbeza.. manusia mengalami revolusi dan sedikit demi sedikit, dah hilang rasa perikemanusiaan, kasih sayang, timbang rasa..
ReplyDeletecth mudah: dulu mak ayah kita beri anak anak makan hasil masakan dan air tangan mak dan titik peluh ayah dengan penuh kasih sayang. Zaman sekarang anak anak makan dliuar kalau masak pun semua benda segera nugget, burger, hotdog...
sungguh nostalgia menghimbau zaman kanak-kanak,
ReplyDeletesalamm,
betul uncle zino.. dulu saya rasa cam bengang sebab mak selalu kongkong.. tak bagi keluar malam.. tak bagi tgk wayang.. tak bagi jalan2 dgn rombongan sekolah...
ReplyDeletemak selalu warning "kalau pukul 6pm tak masuk rumah, mmg beg baju hang mak letak kat luar rumah, pegi la mana nak pegi, jgn duduk rumah lagi"..
ayah pulak siap sound, "kalau ayah nampak hang duduk berdua bersembang dgn jantan, dgn hang, dgn budak jantan tu ayah penampaq depan orang"..
dan pesanan SEKALI SEUMUR HIDUP ITULAH YG SAYA PEGANG... SGT2..
sekarang.. saya amat MENGHARGAINYA.. SANGAT2..
dan apabila menjadi IBU.. baru saya tahu kenapa kata2 itu dituturkan...
... takut!!!... sungguh saya takut.. takut tak terlaksana amanah Allah... kerana sibuk mengejar dunia yang terlalu PALSU dan KEJAM!!...
dulu masa kita remaja, kita rasaterkongkong, tapi bila dah dewasa dan ad keluarga sendiri baru rasa amat bersyukur ibu dan ayah mendidik kita begitu.
ReplyDeleteZaman sekarang, dimana silapnya, nilai kemanusiaan kian terhakis..risau mengingatkan masa depan...
dulu2 sy jln kaki gi sekolah ikut laluan motosikal dari volvo kt midvalley tu smpi sekolah convent kt brickfields tu uncle..ok je time tu..xde kes culik2 ni..skrg? takut ar..
ReplyDelete