Sunday, March 14, 2010

pilihan siapa??



Dua hari ni kami di majlis perkahwinan anak sedara mem di kampong, semalam majlis bersanding di rumah pengantin perempuan, hari ni menyalang ke rumah pengantin lelaki.. majlis sederhana yg cukup meriah.. ramai sanak sedara yg hadir.. sehingga dari singapura pun datang.. tapi zino tak nak panjangkan kisah majlis ni tapi nak bincang bab pilihan..

anda kawin atas pilihan siapa? pilihan sendiri atau di atur oleh orang tua..? dalam keluarga zino ada dua adik zino bertemu jodoh di urus oleh pihak keluarga, atau sedara mara. dan kedua dua nya kekal bahagia sehingga sekarang.. dan inshaallah akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.. dan zino sendiri hampir di jodohkan dengan pilihan keluarga tapi tak menjadi. bagini kisahnya..hehe..

pada satu hari tu.. mak dan ayah zino bersama dengan sorang mak sedara (arwah mak maksu ) mengajak zino menziarah seorang sedara di satu tempat.. kata nya dia ada urusan dengan sedara tu.. sebenarnya zino tak kenal pun dengan sedara yg di maksudkan..masa kami sampai ke rumah tu sedara yg di maksudkan tidak ada di rumah tapi berada di kebun.. kama kami pun menyusur dia di kebun sebelum kembali semula ke rumah dia.. entah apa yg di bualkan zino pun tak tau.. dan zino langsung tak menyangka apa apa.. setelah sekian lama berbual sampai masa untuk balik.. dan zino masih tidak mengsyaki apa apa..

bila tiba di rumah baru ayah buka cerita, tujuan kami ke sana ada lah untuk merapatkan dua keluarga , sepatutnya masa di sana tadi zino di perkenalkan dengan anak sedara tu yg masih belajar di sebuah kolej.. dan zino masa tu dah kerja.. tapi malang nya sehingga kami balik anak nya tak sampai sampai hehe.. so segala program yg di rancang tergendala hehe.. ayah tanya zino dah ada sesiapa ke? kalau tak ada dia nak aturkan sekali lagi hehe.. terus zino cakap dah ada.. hehe so ayah tak membantah pun dan racangan tu tergendala bagitu saja.. sehingga sekarang pun zino tak kenal dengan siapa yg nak di jodohkan tu.. sekian cerita tu...

pengantin yg berkahwin semalam pun di atur oleh keluarga.. semuga kedua mempelai bahagia sehingga he akhir hayat.. amin..


13 comments:

  1. salam


    cerita lama tuuuu tapi akan dikenang sampai bila bila

    ReplyDelete
  2. :: salam.. kenangan mengusik jiwa..

    ReplyDelete
  3. salam zino

    hai mengimbau kenangan lama yek? hehe

    ReplyDelete
  4. kalau dah jodoh tidak kemana.

    ReplyDelete
  5. org lelaki pon merasa jugek dipasang-pasangkan ye? hehehehehhe

    ReplyDelete
  6. oohh... gitu kisahnya...? ahaks

    ReplyDelete
  7. pakngah
    betul tu hehe

    manje..
    terkenang hehe

    Drsam
    tepat.. hehe

    Masy
    ada percaya la.. hehe

    Maksu
    pernah tak dengan cerita ni hehe..

    ReplyDelete
  8. moga jodoh mereka kekal ke akhir hayat

    ReplyDelete
  9. oho...sure mem tersenyum baca nih..
    -------------------------------
    Patut lar... bersanding pun malu-malu tu, tunduk jer...semoga jodoh kekal berpanjangna hingga ke hujung usia

    ReplyDelete
  10. dulu, pernah jugak ada sedara mara mintak masuk meninag zar tapi emak kesayanganku itu adalah spesis mak dara uolsss.. tak dia mahu anak dara kesayangan dia tu kawin dengan sedara mara.. heheh so dapatlah org jauh yang anak dara dia carik sendiri.. apa apa pun cari sendiiri atau pilihan org tua, yg penting kap ba ro kap ta nun.. heheh

    ReplyDelete
  11. pilihan sendiri..patutlah pengantin dlm gambar ni malu2..hihihi..

    ReplyDelete
  12. :D senyum baca citer bro nie.. hehehehe

    ReplyDelete