Thursday, April 22, 2010

kesesakan..

satu isu hangat di bincangkan oleh warga kota adalah trafik jem.. siapa yang bekerja si Ibu kota faham sangat masaalah ni.. bagitu juga kepada mereka yg selalu berkunjung ke kuala lumpur..tapi tau kah anda setiap hari sebanyak 1,000,000 trip sehari masuk ke kuala lumpur dan sebanyak itu juga trip keluar dari kuala lumpur ..mereka masuk ke Kuala Lumpur dengan pelbagai alasan, utk bekerja, melakukan business , melancong, sekadar melintas dan pelbagai aktiviti lain..kadar penggunaan pengangkutan awam berbanding pengangkutan persendirian masih di tahap yg agak rendah..

keadaan agak sesak biasa nya berlaku pada waktu puncak pagi dan petang, walaubagaimana pun masih dalam keadaan terkawal.. dengan ertikata jika kita merancang perjalanan dengan betul kita masih boleh jangka bila akan sampai ke distinasi.. penjawat awam masih boleh sampai ke pejabat masing masing utk punch card sebelum memulakan kerja.. pelbagai usaha telah di lakukan utk mengawal keadaan kesesakan ini supaya menambah keselesaan kepada pengguna jalan raya.. utk menghindarkan terus trafik jem dari berlaku adalah agak mustahil .. kecuali penguna bersedia mengubah gaya hidup dengan lebih mengutamakan pengangkutan awam ..

selain dari keadaan waktu puncak, punca utama kesesakkan di sumbang oleh sikap pengguna sendiri, iaitu meletak kenderaan di tepi jalan sesuka hati tanpa menghiraukan pengguna lain, kecuaian semasa memandu sehingga berlaku kemalangan .. selain dari banjir kilat dan sebagainya.. mengapa tidak beralih kepada pengangkutan awam? dah tau dah jawapan nya pasti sistem pengangkutan wam masih belum cekap.. bila pengangkutan awam akan cekap..? jawapan nya bila pesarana yang di rancang dapat di siapkan? bila pula segala perancangan ini akan siap? jawapannya bila kerajaan mempunyai cukup dana untuk melaksanakan nya.? bila pulak dana akan mencukupi?... so soalan ini akan terus boleh di ajukan dan di jawab tetapi tidak akan menyelesaikan

perbagai agensi bertanggungjawab dalam sistem pengankutan awam di malaysia .. setiap agensi mempunuai agenda tersendiri dan pendekatan yg berbeza.. ada yang selaras di antara satu sama lain dan tidak kurang juga yg berbeza pendapat dalam banyak perkara.. so bila akan selesai? dan akhir nya kerajaan bersetuju utk menubuhkan satu agensi pusat iaitu SPAD utk menganbil alih tugas beberapa agensi berbeza ini dan menyelaras agensi2 yg tidak boleh di satukan.. adakah dengan penubuhan SPAD keadaan kesesakan akan selesai? adakah sistem pengangkutan awam menjadi lebih baik? adakah nisbah penggunaan pengangkutan awam akan bertambah? adakah gaya hidup warga kota juga berubah?

sama sama kita tunggu dan lihat.... apa pendapat anda??
part1

11 comments:

  1. saya akan memberi ulasan selepas membaca Part 2 nanti (ada eh?)

    menarik ni

    ReplyDelete
  2. sy sbg pengguna pengangkutan awam merasakan perkhidmatan awam masih di tahap yg sgt lemah..bygkan bas yg pergi area tmpt dee kerja hya sebuah bas setiap 1 1/2 jam..ni waktu puncak tau..kalo bukan waktu puncak..xpelah..

    ada juga certain2 kawasan langsung tiada pengangkutan awam..lg satu komuter atau lrt..bersesak2..smpi bos dee lelaki segan nk naik..dia kata bila terlanggar kaum hawa..dorang bg jelingan maut kt dia..padahal dia bukan sengaja..dh ramai kan..nak buat camana..harap adalah perubahan selepas SPAD ditubuhkan..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Semoga ada perubahan...sebab sejak dari dulu masalah kesesakan tak dpt diselesaikan...

    Macam dah sinonim dengan badaraya Kuala Lumpur...asal sebut je KL...anie dah terbayangkan kesesakannya...

    ReplyDelete
  5. camne nak kuo tuhh huhu

    so park n ride yer..:))

    ReplyDelete
  6. Harap2 bos2 kat SPAD tu turun padang sebelum menggubal atau melaksanakan sesuatu rancangan. Kalau setakat duduk dlm bilik berhawa dingin aje itu yg kadang tambah menyusahkan pengguna dari memudahkan.

    psst - mereka ni pernah tak cuba naik pengangkutan awam masa puncak? Sardin dlm tin tu pun kira masih selesa bandingkan berhimpit2 dlm LRT atau bas Rapid.

    ReplyDelete
  7. KL dan jem bagaikan aur dgn tebing. hehehehe

    ReplyDelete
  8. utk n3 bawah...amvoi, entry segera ek ;)

    ReplyDelete
  9. Mokcik dengan bangga boleh katakan mokcik kalau pi kerja kat Jalan Duta, mokcik naik erl dan pehtu amik teksi ke destinasi...sebab mokcik maleh nak tersangkut dalam trafik..hehehe

    Tapi dalam erl ker lrt biasanya kena berdiri, bersesak2 ..alahai tu pasal ramai orang maleh nak naik pengangkutan awam. Bila ada menteri cadangkan coach berbeza utk lelaki pompuan, ada juga yg membantah...sebab takde can ler nak berhimpit2 agaknya..

    Satu lagi kalau la lrt tu boleh berhenti betoi2 depan tempat tujuan tanpa perlu mengambil teksi lagi kan bagus..tapi macam zino cakap, idea ada, tapi dana tak ada... sama2 la kita tunggu perkembangannya.

    ReplyDelete
  10. salamm weekends zino, weekend kat kl xde traffic jam kanns,

    ReplyDelete