Wednesday, April 28, 2010

tragidi..

Anak saya bukan seorang penjenayah - Norsiah

SHAH ALAM 27 April - Ahli keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah (gambar), 15, yang mati ditembak polis dalam satu kejadian di Seksyen 11 di sini awal pagi semalam, mahu pasukan itu melakukan siasatan secara telus dan adil serta tidak melindungi sesiapa bersalah.

Ibu mangsa, Norsiah Mohamad, 60, yang masih lagi sedih dengan kejadian menimpa anaknya itu, juga menegaskan bahawa anaknya bukan penjenayah seperti dilaporkan oleh media.

Sebagai seorang ibu, dia lebih arif tentang sikap dan tingkah laku Allahyarham yang bersopan santun serta menghormati orang lebih tua.

"Malah kami bukan daripada keluarga penjenayah. Saya akan berbincang dengan ahli keluarga lain bagi melantik peguam untuk tindakan selanjutnya agar anak saya mendapat pembelaan sewajarnya.

"Saya juga mahu pihak polis menjalankan siasatan telus dan tidak melindungi anggota-anggota polis peronda yang terlibat dalam insiden tersebut," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di sini hari ini.


sungguh malang....sedih.. bersimpati..tertanya tanya...

15 comments:

  1. semuanya okay sehinggalah dia kata . "anak saya baik." tak siapa marah membela kematian anak. tak siapa bertegas kata polis betul.

    tapi sha tak suka betul kalau org tak mengaku silap sendiri....

    moga dapat pengajaran dr kisah nieh...

    ReplyDelete
  2. Apa yang terjadi memang merupakan trajedi...biarlah polis menjalankan siasatan dgn telus & terperinci...buat masa ini jgnlah melukakan hati ibu itu lagi...kerana kehilangan anak yang dikasihi sudah cukup untuk membuat hatinya hancur...

    ReplyDelete
  3. budak ni panik kot eh...ape nak buat..yang terjadi tetap kan terjadi, semua kita harus redha menerimanye, termasuk ahli kuarganya.

    ReplyDelete
  4. Innalillah ....

    sudah suratan takdir

    ReplyDelete
  5. komen utk entry sebelum ini



    saper yg bertunang tu ????
    anak buah ker atau anak sendiri atau anak kawan

    ReplyDelete
  6. statement bro zino " sungguh malang...sedih..bersimpati..tertanya-tanya..", saya pun rasa macam tu juga.

    Yang peliknya, apalah anak dia buat pagi2 buta tu di luar rumah, umur baru 15 tahun, dah pandai memandu kereta laju-laju pulak tu. Moga siasatan yang di buat benar2 telus dan dapat memuaskan hati semua pihak...

    ReplyDelete
  7. moga negara akan tetap aman damai sejahtera senantiasa,

    salamm zino,

    ReplyDelete
  8. sha
    semuga kebenaran terbongkar akhirnya nanti..

    anie
    ibu mana yg tak akan mempertahankan anak dia.. walau apa keadaan sekali pun...

    masy..
    itu je.. hehe

    aleeya
    itu yg sebaik nya..

    pB
    anak sedara mem..

    yus
    persoalan itu yg perlu di jawab.. polis sedang mencari jawapan nya..

    thunbegia
    inshaallah..

    ReplyDelete
  9. kebenaran akan terbukti juga. Tak pasal2 orang yang melakukan tugas, menjalankan tugas dan sekarang digantung kerja.

    Kasihan. Semua menjadi mangsa keadaan.

    ReplyDelete
  10. rose
    rakyat di dahulukan.. hehe

    ReplyDelete
  11. Sungguh sadis, Al-Fatihah untuk arwah.berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...

    ReplyDelete
  12. tak tau sapa yang panik budak tu ke polis

    ReplyDelete
  13. tak tau sapa yang panik budak tu ke polis

    ReplyDelete
  14. simpati pasa si ibu.. kehilangan anak dalam keadaan sebegitu pasti melukakan.. siasatan terpeinci harus dibuat kerana satu nyawa terkorban..

    ReplyDelete