hazwan dengan sepupu dia, di belakang ayah dan mak zino
sebahagian dari ahli keluarga yg sedang beratur utk mengambil makanan..
sebahagian lagi..
dan di sini..
Majlis bacaan yasin turut di adakan...
Haji Sail merupakan moyang zino.. iaitu Datuk kepada Mak zino.. zino tak berkesempatan bertemu dia.. Haji Sail mempunyai 5 orang anak.. uwan zino merupakan anak yg bongsu.. dan satu2 nya pempuan.. dan uwan zino pulak ada 6 orang anak.. mak zino juga anak yg bongsu.. perjumpaan tadi adalah pertemuaan dari seluruh keluarga anak cucu dan cicit datuk datuk zino tu.. maknanya keluarga ni dah semakin besar.. cuma tadi tak di istiharkan last count berapa ramai ahli keluarga Hj Sail setakat ni.. sepatut nya itu salah satu matlamat..
zino menyokong pertemuan ini, sekurangnya dapat juga berkumpul dan beramah mesra bersama sedara mara sepupu sepapat semua.. tapi malang nya tidak jelas matlamat yg ingin di capai.. zino tidak terlibat dalam penganjuran.. ramai abang abang sepupu yg lebih senior dan berpengaruh menjadi peneraju.. kami balik sebagai peserta.. tak boleh nak komen banyak.. sungguh sayang sekali.. perjumpaan seumpama ini bukan boleh di anjur selalu.. bukan juga dapat di buat setiap tahun.. tapi kemesraan tidak banyak berubah dari awal pertemuan dengan akhir pertemuan.. itu pandangan peribadi zino..
Memang di akui.. dan perlu mengucap syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya mengumpulkan ramai sedara mara jauh dan dekat.. sejak awal tertunggu tunggu juga ada ke nanti sesi suai kenal ? sekurang kurang nya memberitau kami siapa cucu cicit Dang ulong, sape cucu cicit dang alang, dang andak ?? , siapa dari mayon, siapa dari gadong dan siapa pula dari pulau sebang?? chengkau dan sebagai nya.. berapa ramai semua nya ahli keluarga Hj Sail sehingga kini?? berapa ramai dua pupu kami..?? tiga pupu anak anak kami..?? memang ada buku disediakan masing masing ada yg menulis nama, menulis nama ahli2 keluarga.. tapi tak di tulis siapa datuk siapa moyang supaya boleh di kumpul salisah dan di bukukan..
tetiba keluar cadangan menubuhkan koperasi... agaknya ini agenda utama perjumpaan.. agaknya AJK telah berbincang pasal penubuhan koperasi ni.. pada pandangan zino bagaimana koperasi nak berjaya kalau sesama ahli masih belum mesra.. kebajikan ahli keluarga patut di beri keutamaan.. terlebih dahulu.. bantuan bila ada kenduri kawin, bantuan persekolahan anak cucu ahli yg memerlukan.. khairat kematian ahli keluarga.. dan pelbagai bentuk sumbangan dan tabung boleh di fikirkan dan di bincangkan.. tatapi untuk mencapai matlamat tersebut perlu ada kesefahaman, perlu saling kenal hati budi perlu ada ikatan yg erat.. facebook ada, blog pun ada.. atau sekurang2 nya email dan talipon ..media ini boleh diguna untuk seluruh ahli keluarga berinteraksi.. tetapi malang perkara ini tidak di sentuh.. perkara ini tidak di jadikan agenda utama.. atau perkara ini akan berlaku secara perlahan di masa masa akan datang.. mungkin juga zino silap..
perkara yg paling minima yg zino minta dengan pihak penganjur supaya berkumpul untuk mengambil gambar kenang2an tidak di layan.. memang terkilan.. gambar2 yg di ambil semua nya kandid semata.. klik sana klik sini peduli apa kan.. hehe.. marah ke?? tak lah .. sebagai ahli keluarga zino tetap sokong penganjuran ini.. ramai yg dapat hadir tapi ramai lagi yg tak hadir.. mungkin masing ada urusan urusan yg tak dapat di elakkan.. kalau di adakan lagi di masa masa akan datang kami akan tetap menyokong..
tak tau la apa pendapat sedara mara yg lain..
Alhamdulillah...punya keluarga besar yang tetap bersatu..
ReplyDeleteChe' Zino, saya tertarik dengan seni bina rumah tu. Gambar dinding yang nampak sedikit dekat tangga tu pun, cantik.....Bila-bila nanti, buatlah n3 pasal rumah tu. Boleh?
Salam zino.
ReplyDeleteTahniah kerana berjaya menganjurkan perjumpaan keluarga lebih2 bagi sebuah keluarga yg telah berkembang besar mcm tu.
Apa yg zino perkatakan tu saya sokong kerana kami pun ada juga mengadakan Hari Keluarga. Mungkin pada peringkat permulaan ni tak perlu diadakan koperasi atau yayasan kerana banyak kerja nak buat semua itu. Lebih afdal difokuskan utk merapatkan lagi hubungan sesama ahli keluarga terutama yg jarang atau tak pernah bertemu. Apakata lepas ni zino menawar diri menjadi AJK supaya perjalanan perjumpaan seterusnya lebih lancar dan teratur.
Oh ya skrg elok gunakan kemudahan ICT terutama bagi golongan muda. Family Tree contoh yg baik.
cklah..
ReplyDeleteinshaallah.. zino ada banyak koleksi gambar2 rumah tu
YB..
kalau di jemput zino bersedia menyumbang.. terpulang kepada abang abang dan bapa2 sedara..tu hehe
sayang la perjumpaan yg istimewa macam ni tak diambil peluang sepenuhnya.
ReplyDeletebetul ckp zino tu,alang2 dah boleh berkumpul mcm ni,gunakan la peluang ni sebaik2nye..
terkejut juga bla permintaan utk bergambar beramai2 tak dilayan.padahal biasanya dalam perjumpaan macam ni,bergambar beramai2 tu la masa yang ditunggu2..untuk kenang kenangan..
takper la..sekurang2nye ade jugak aktiviti untuk mengeratkan silaturrahim :)
sha mintak gak ibu sha dok kat sebelah, mana tau dalam gambar2 candid nieh ibu kenal sape2. tapi tak berapa jelas la zino...kalau tak mungkin kita senang nak trace mana tau zino dengan sha sendiri ada connection kan?
ReplyDeletelepas tgk macam nieh...sha bertanya gak ngan ibu bila nak tgk wan usu...sebab keluarga kami dah macam tak ada sangat di rembau lagi. atuk uwan sha semuanya di seremban. kebumi pon sini.
haiii...jeles pulak rasanya bila tgk rumah kampung tuh...
mimie..
ReplyDeletemerajuk sekejap bila dia tak bagi kerjasama nak bergambar beramai2.. tapi nak buat macam mana dia org AJK kita ni siapa hehe
sha..
mana tau entah2 ada connection.. baru baru ni zino berbual dengan sorang kawan di opis tu.. selidik punya selidik rupanya sedara.. padan muka selama ni tak bercerita langsung hehe
waaaa. best la pakngah...
ReplyDeletetapi makcik2 komplen andak ni malas nak cari sedara...
banyak sedara mara jumpa pun dekat hospital... segan lak nak sembang panjang2
jangan la merajok..kau pun bukan tak paham macam mana orang2 tukan..dah beso dah..
ReplyDeleteyang ponting..bilo dipanggil..balik..dan ayak ngan omak tu jangan dibiarkan lotih mengomeh sensorang..mula beramai..komeh pun beramai..sian nanti..bukan larat bona lai tu..
syabas n tahniah, tp haku nk bg cadangan skitla kt zino, apa kata zino jd ajk (pengerusi pun lg baik) n fokus pd keluarga ayah n emak zino (yg dok bakang hazwan) je, wallahualam
ReplyDeleteerna
ReplyDeletemerajuk sikit yo hehe.. balik totap balik.. nak buek cam mano sedaro ramai yg bijak bijak hehe
thunbergia
kalau keluargo sebelah ayah zino yg jadi pengerusi kami dah buek duo kali dah hehe
kalau dah ramai ramai memang banyak kerenahnya.. sabo ajelah.. yg penting sokongan tetap padu
ReplyDelete1/ syabas kerana dapat mengumpulkan ahli keluarga Hj Sail buat pertama kalinya .
ReplyDelete2/ setuju pendapat zino yang sepatutnya kemesraan sepatutnya diuatamakan dari peubuhan koerasai kerana ini kali pertama keluarga besar di kumpulkan , sepatutnya suai enal wajib diadakan .
3/ apapun semua ini dapat diperbaiki InsyaAllah apabila post mortem oleh pihak AJK diadakan (sepatutnya ada sebab ini majlis besar ).
syabas sekali lagi kepasa smeua ahli keluarga Hj Sail .
no komen, orang tak kenal kat se - dan bertambah2 tak kenal :(
ReplyDeletew/pun hadhir
byk lagi ke koleksi gambar ari tu?ble share2 yg selbihnye x?
ReplyDelete