Saturday, June 12, 2010

kawin campur



Tadi kami ke Tampin, jauh tu.. sebenarnya ke padang sebang, dah masuk melaka pun hehe.. jemputan tu kami dapat dah lama.. dan dah hampir pula pun hehe maklum la jemputan tu di terima masa perjumpaan keluarga dulu.. lepas tu kad lupa pulak letak kat mana.. bila balik minggu lepas baru teringat jemputan tu bila mak sebut..

Oleh kerana sedara yg nak kawin kan anak ni merupakan anak tunggal dia, kami berusaha juga utk datang, ini lah sekali dia buat kenduri kawin, kalau panjang umur lain kali kenduri utk cucu lah pulak hehe.. kami pulak tak pernah ke rumah dia.. maka kad yg dah di jumpai semula tu menjadi pedoman.. oleh kerana rumah dia tak jauh dari jalan besar Tampin melaka.. tak le susah sangat nak cari.. cuma tersesat sekejap bila dalam pelan tunjuk belok kiri selepas jumpa satu landmark tu.. rupanya simpang ke dua hehe..

bila kami sampai rombongan pengangtin baru sampai.. tapi kali tak ikut la rombongan tu .. terus kami potong utk masuk ke kemah dulu.. hehe.. memang ramai sanak sedara yg hadir.. sedara kami ni kawin kan satu2 nya anak perempuan mereka.. pasangan pilihan dia seorang jejaka hensem bangsa india.. rasanya ini lah kali pertama berlaku kahwin campur dalam sedara mara kami.. ramai juga ahli keluarga pengantin lelaki yg ikut rombongan pengantin tu..

kami doakan semuga kedua mempelai berbahagia sehingga ke akhir hayat..

12 comments:

  1. se dah ponah jumpo pengantin lelaki ni..maso kek kampong..tak poi la tadi..acik lupo nak sampaikan jemputan...ingatkan tak kono ajak..tak do rezeki la tu kan...

    ReplyDelete
  2. Semoga kekal bahagia ke anak cucu...mesti seronok ibu bapa pengantin menyambut satu2nya menantu tu...

    ReplyDelete
  3. Selamat pengantin baru kpd pengantin baru itu.

    Semoga bahagia hingga ke anak cucu hendaknya.

    :)

    ReplyDelete
  4. kahwin campur?

    lama xdgr.. hehe

    ReplyDelete
  5. takleh bayangkan kalau sha bawak mat salleh balik umah. kena mintak tips nieh:P

    ReplyDelete
  6. erna
    maso den sampai acik dah nak balik hehe

    anie
    nampak ibu bapa pengantin bukan main ceria hehe

    catwomen
    amin..

    eliana..
    artis ramai apa kawin campur ni hehe

    sya
    minta dia tackle mak dan abah sha dulu hehe

    ReplyDelete
  7. kawinkan anak tunggal.. nak tak nak kenalah memeriahkan.. sok sok kalau kami kawinkan anak.. godang jugalah nak buat tempatnya.. hehhehe maklumlah anak tunggal se sorang

    ReplyDelete
  8. Selamat pengantin bari zino...he..he..he..

    ReplyDelete
  9. zar
    org kampong kato bogolek 7 hari 7 malam hehe

    cklah..
    utk zino ke? hehe

    ReplyDelete
  10. Kalau anak tunggal yg kawin, mmg kita akan cuba hadir sedaya upaya. Takkan nak tunggu mereka kawinkan cucu pulak kan? Lainlah kalau dia yg nak kawin lagi hehehe

    ReplyDelete
  11. YB
    betul tu.. jauh pun kita usahakan..

    ReplyDelete
  12. se samo cam abg sosek di lorong tu..rupa2nya di lrg ke 2..se dtg agak lewat sikit..dekat jam 2 ptg..
    lepas tu terus ke mka dan bermalam di sana..

    ReplyDelete