Masa tu zino ada di surau, ada tazkirah sebelum solat zohor.. talipon memang letak silence.. tetiba talipon berdering.. zino biar je lagi pun tak ada nama yg keluar, siapa lah agaknya.. lepas tu call yg sama masuk lagi.. berulang beberapa kali.. tak lama lepas tu adik zino pulak yg call, sayang nya nak keluar dari surau tu utk jawab call, biar je dulu, tapi sekejap tu sorang lagi adik call.. oops tak boleh jadi mesti ada something , bila zino jawab adik memberitau sambil menangis, abang ipar kami dah tak ada.. aku terkejut .. tetiba sebak dan sedih sangat..
zino decide utk balik kampong, jemput ayah dan mak, adik adik serahkan kepada zino utk beritau mak dan ayah.. mereka tak tau macam mana nak cakap dengan mak, dan takut mak terkejut..aku segera call, mem minta bersiap utk balik kampong sekarang juga.. kebetulan along masih bercuti, dan dia pun nak ikut sama.. bila keadaan tenang aku call ayah utk beritu berita sedih yg mengejutkan kami, ayah agak terkejut dan minta aku cakap dengan mak terus.. mak menerima berita dengan tenang, aku terus beritau dalam perjalanan balik nak jemput mak dan ayah..
aku hanya turun sekejap je utk ke bilik air sebelum drive semula ke KL dan seterusnya menuju ke sg besar, dua sepupu zino pun ikut sama.. satu perjalanan yg jauh.. sepanjang perjalanan sedikit pun zino tidak berasa penat dan mengantuk.. tapi bila sampai di Tanjung Karang kami decide utk berhenti sebentar berehat , azan magrib baru saja berkumandang, sempat berjemaah di masjid tanjung karang bersama masyarakat setempat.. lepas solat kami ke warung berhampiran utk menjamu selera.. masing kepenatan duduk lama dalam kereta.. kebetulan sorang sepupu zino berpuasa..
zino ada sorang rakan FB dari Tanjung karang, mesej kat dia kami ada di sana, dan terus set supaya dia datang ke warung tempat kami menjamu selera kalau nak jumpa, perjumpaan utk pertama kali.. ada ke segan silu pulak dia hehe.. tapi akhir nya dia muncul juga.. kepada hamizan.. jangan segan lagi ya hehe..
perjalanan di teruskan.. berjalan malam di kawasan ni perlu lebih berhati2.. walaupun jalan lebar dan lancar tetapi tidak ada pembahagia jalan ut memisahkan kereta dari arah bertentangan.. lampu jalan pun tak ada kecuali bila berhampiran pekan pekan kecil..atau persimpangan.. adik adik yg pergi terus telah lama sampai, kami pun tidak berkesempatan utk melihat utk kali terakhir .. jenazah selamat di sempurnakan petang itu juga.. bila kami sampai majlis tahlil sedang berlangsung.. kami baru saja menempuh 6 jam perjalanan.. bertemu dan bersalaman dengan setiap seorang anak anak arwah.. dengan lingangan air mata.. tak ada perkataan .. hanya sedu dan sedan.. bagitu juga bila bersalaman dan memeluk kak long.. semuga kak log da anak anak tabah dan reda dengan ujian ini.
Arwah di beritau mengadu sakit perut dan meninggal dalam perjalanan ke hospital.. dia memang ada sejarah pelbagai penyakit tetapi tak mau mendapatkan rawatan di hospital.. dia seorang yg sangat peramah dan senang bila berbual dengan nya.. walaupun kami jarang dapat berjumpa.. tetapi setiap kali berjumpa kami sangat mesra dan ceria.. last sekali zino berjumpa arwah ada lah semasa majlis perkahwinan dua anak bujang nya yg di adakan di kampong dulu....kami benar benar rasa kehilangan .. semuga roh nya di tempatkan bersama roh2 orang yg beriman,
al fatihah..
alfatihah.mOga arwah d tempatkan d kalangan Org yg beriman.aminnn.
ReplyDeleteSalam takziah. Al fatihah
ReplyDelete:: salam...al-fatihah utk arwah dan kpd muslimimin/muslimat yang telah mendahului kita.
ReplyDeleteal-fatihah...sakit perut?salah satu syahid tu bang..insyaallah
ReplyDeletealfatihah..semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.ameenn..
ReplyDeleteuncle singgah kt tanjong karang ke?huhu..tak jauh kg sy dr masjid tg krg tu..
Al-Fatihah. Org yg baik selalunya Allah lebih sayang.
ReplyDeleteSemoga tabah menghadapi ujian ini.
al fatihah...takziah buat keluarga beliau.
ReplyDeleteAlfatihah buat yang telah pergi dan takziah buat zino sekeluarga..
ReplyDeleteInnalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatihah tuk arwah tewww..
ReplyDeletesalam takziah utk keluarga abah zino, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..
ReplyDeletealfatihah~
takziah..semoga arwah ditmptkan dikalangan org2 yg beriman .
ReplyDeletetakziah di atas kehilangan..moga rohnya di tempatkan di kalangan org2 yg beriman..al-fatihah..
ReplyDeletememang sedih..kami sampai ..ketika jenazah dah di bawa kekubur..kak long nampak aje..terus dipeloknya dan menangis..teresak2..sedih betul..
ReplyDelete