Sunday, August 8, 2010

anivesari..;

bersama anak bongsu yg manja hehe

JJ di I city..

lagi di I city

bersama di time square..

bersama di Mc D Ceras..

lupa pulak kat mana ni hehe

melayan di Hazwan di Sogo..

Semasa zino buat psoting di FB tadi zino tak kira sebenarnya anivesari yg ke berapa tahun.. bila keluar reminder dari HP terus tulis posting anivesari yg ketiga puloh.. cuma bila aimman buat kiraan baru zino perasan.. mungkin jumlah tahun tu ada sedikit kekeliruan.. dan bila angah letak "?" dalam posting perkiraan semula perlu di buat.. tapi rata rata semua dah wish ulangtahun yg ke tiga puloh..tak kisah kan.. hehe

untuk makluman semua, tarikh sebenar perkahwinan kami ialah pada 8hb ogos 1981.. ia itu sama dengan tarikh perkahwinan mendiang puteri Diana.. bermaana kami menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 29 bukan 30.. minta maaf kepada semua yg telah terkeliru dengan jumlah tahun yg zino kira.. bukan salah anda semua tapi salah zino sendiri.. terlampau excited dengan tarikh bersejarah tu sehingga silap dalam pengiraan..

29 tahun penuh dengan suka duka.. seperti ombak, ada kala kecil ada kala mengganas menghempas pantai, seperti air laut, ada pasang dan ada surut nya, seperti angin, ada kala bertiup sepoi sepoi bahasa ada kala nya ribut juga.. hehe ..semua itu adalah rencah kehidupan yang perlu di lalui, ujian allah supaya kita lebih matang, lebih kental, lebih bersedia menghadapi apa saja.. apa yang penting perlu ada kerja sama, saling percaya mempercayai, saling hormat menghormati.. saling bertolak ansur.. dan lebih penting jangan sesekali ada perasan dendam, saling maaf memaafkan walaubagaimana besar sekali pun kekusutan yang berlaku.. walau apa juga keadaan nya keluarga perlu menjadi keutamaan.. anak anak di dahulukan.. jangan benarkan apa juga perkara yg boleh menggugat keharmonian rumah tangga..

alhamdulilah, kami masih bertahan, kami masih komited utk melihat semua anak anak berjaya, kejayaan mereka utk kami tumpang gumbira..kami tidak mpunya harta utk di warisi mereka.. kami tidak punya banyak wang untuk menjamin masa depan mereka.. tapi kami akan tetap membantu dengan apa cara sekali melihat utk mereka berjaya dalam kehidupan, berjaya dalam pelajaran, berjaya dalam kerjaya yang mereka pilih....dan kami amat rapat dengan mereka semua..

Selamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke 29 .. semuga kami kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.. amin..


12 comments:

  1. Happy Anniversary ya Zino!

    Saya punya pun bulan ni gak..

    ReplyDelete
  2. rose.. tq
    selamat hari ulang tahun juga buat rose..

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan. Semakin lama hidup semakin banyak dirasa, semakin jauh perjalanan semakin luas pandangan, semakin lama kawin, semakin luas pengalaman

    ReplyDelete
  4. pok li
    benar belaka.. terima kasih..

    ReplyDelete
  5. happy anniversary Zino

    sebak baca entry anniversary ni.. mudah mudahan kekal bahagia hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  6. tu la kan..bilo pulak melompek setahun advance..yang se tahu ..kito bezo setahun yo..kau tahun 81..se tahun 82..tapi dah tuan e..announce..tak boleh la..se nak memandai..he he..
    Selamat ulang tahun..semoga bertambah kebahagian disamping keluarga..

    ReplyDelete
  7. Happy anniversary yang ke 29...kat fesbook dah ucap utk ke 30 thn hahaha..tkper la...yang best tu jarang org lelaki yang excited pasal anniversary ni..selalu kaum hawa yang selalu ingat hehehe..

    Semoga berkekalan hingga ke syurga..aminnnn

    ReplyDelete
  8. Happy 29th anniv. bro zino...moga kekal ke akhir hayat...:))

    ReplyDelete
  9. selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke 29 uncle dan auntie..moga berbahagia hingga ke hujung nyawa...amin..

    ReplyDelete
  10. erna..
    makno e salah set dalam talipon la tu.. dio kluar 30 den pun tak kiro lae terus tulis hehe

    azwa..
    tu la kan hehe

    Aleeya
    tq

    Dee
    amin..

    ReplyDelete
  11. Happy Anniversary, Incik Zino.

    Semoga bahagia hendaknya.

    Selamat M`jalani Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan.

    :)

    ReplyDelete