salam semua,
Bagaimana agak nya persiapan anda untuk menyambut ketibaan syawal.. dah boleh la kan bercerita pasal raya.. hehe sekurang kurang nya sekarang ni masing masing dah menyiapkan berpasang pasang baju baru utk di pakai di hari lebaran nanti, atau masih tercari cari tema raya.. juga rasanya sekarang ni telah menyediakan berbekas bekas biskut raya , ada ramai yg menjadi pengedar di pejabat tu so ramai juga la yg meng oder nya.. cara mudah dan cepat untuk menyediakan juadah raya.. tak payah bersengkang mata utk membakar biskut raya.. bakar dengan RM hehe.... dan satu perkara lagi yg sudah sinonem dengan raya ialah duit raya..
Duit raya juga satu perkara penting di hari lebaran.. sebelum salam utk meninggalkan rumah tetamu di kanak kanak akan tertunggu2 bila agaknya tuan rumah nak hulur sampul yg ada duit.. sampul kosong tak mau.. telah menjadi satu kemestian utk memberi duit raya kepada kanak kanak.. kanak2 dewasa tak payah la kot.. hehe lagi banyak dapat lagi meriah la raya kepada anak anak ini..dan mereka akan berkira kira kalau ke rumah sedara ni akan dapat sekian RM , kalau bertandang ke rumah sedara yg tu pulak dapat duit bosi je hehe..
teringat zaman kanak kanak dulu, sebelum beraya kami akan berpakat sesama sedara, rumah mana yg nak di serang dulu hehe biasanya kami pergi ke rumah yg biasa bagi duit raya yg lebih.. masa tu mana ada sampul raya, sekarang ni ada pelbagai rekabentuk sampul raya ni....susah nak dapat duit kertas.. so semakin banyak rumah yg kami singgah semakin berat poket dengan siling, semakin kembung poket baju melayu.. semakin meriah bila kami berkumpul mengira duit raya..
berapa peruntukan duit raya kali ni??
tahun ni kena bagi ramai orang duit raya untuk kali pertama~
ReplyDeletepitam~
peruntukan..tak bertambah..masih seperti dulu..he he..
ReplyDeletepersiapan belum ada..tah bila nak mula pun tak tau..
Zino...tiap2 tahun peruntukan untuk anak2 sedara dan yang lain2...big boss yang akan tentukan...sebab dia big boss...kita tak kluar duit...hehehe...
ReplyDeletePeket raya yang memula tu cantik ...bekonan den...
huaaaa...rsnya makin dewasa ni makin tak seronok nak sambut raya..sbb dah tak dapat duit raya..kena pulak bagi duit raayaaa..huaaaaaa!!!!
ReplyDeleteblm ble agak lg brape budjet..sbb br 1st time ni,utk famly trdekat jer dlu awal2 ni kot =)
ReplyDeleteserang rumah orang kaya dulu...
ReplyDeleteyeay!!
peruntukan duit raya tetap sederhana.. untuk anak anak buah, cucu dah wajib.
ReplyDeleteTapi kesian anak zar, tak de can dah nak beraya rumah ke rumah dengan kawan2.. nak kemana mana mesti dengan kami.. :)
peruntukan duit raya tahun ni, cik abe uruskan...hehehe
ReplyDeletesampul surat raya...recycle tahun lepas punya yang tak abess...
angah dah mengurangkan bajet duit raye terutama utk bebudak kampung, sebab adik-adik angah si hana dan si eja dah berkeja, giliran mereka pula ..:)
ReplyDeletetahun ni , syarikat tak bagi sampul duit.
ReplyDeleteKad raya pun tak bagi
cut budget
alamak, sampul 50.00 tu sangatlah saspen
ReplyDeletedulu2 mesti ada poket (baju kurung), nak isi duit siling
Selamat Hari Raya Abg Zino. Tahun ni alhamdulillah dapat juga beraya. Selalu beraya di perantauan.
ReplyDeleteBila lihat gambar adik menerai baju n kasut raya, terasa dah kemeriahan raya tahun ni....