Tuesday, August 3, 2010

manusia dua alam..

Sebelum zino bercerita lebih lanjut, zino nak minta maaf dulu kalau tulisan ni menyinggung perasaan sesiapa... tak ada niat untuk langsung ke arah itu.. tujuan zino hanya nak menyampaikan pendapat dan membuat teguran secara umum.. manusia dua alam yg zino maksudkan mungkin tak seperti yg anda cuba bayangkan..

Perkara ni telah zino peratikan sejak dulu.. ada beberapa kes telah berlaku tetapi kes terbaru membuat kan zino tergerak untuk menulis di blog ni.. cerita nya bagini.. baru baru ni bila zino bertugas di lapangan , zino agak terkejut di datangi oleh seorang wanita yang zino kenal tetapi datang dengan penampilan berbeza.. apa yg berbeza? pada kebiasaan nya apa yg zino nampak dia selalu bertudung bila ke pejabat.. sopan, manis dan sebagainya.. sesuai dengan kedudukan dan keadaan nya.. tetapi bila zino jumpa dia di lapangan pada malam tu , zino hampir terkejut, hampir tak perasan , sehingga terdetik di dalam hati, siapa pulak cik mek molek yg datang menghampiri zino sambil tersenyum..

lama zino peratikan, baru jelas dan nyata, dia ada lah orang yg sama yg zino kenal tetapi datang dengan penampilan yg berbeza.. tanpa tudung, datang bersama pasangan nya.. hampir hampir zino nak menegur keadaan dia pada malam tu.. tetapi tak jadi.. kenapa pulak zino yg perlu kisah sedangkan pasangan dia ada bersama yang sepatutnya lebih sesuai memberi teguran..rakan yang lain juga tertanya.. tanya.. agak nya bagitu lah penampilan sebenar dia, waktu pejabat bertudung , di luar waktu pejabat bebas dengan gaya sedemikian rupa...dan ini bukan kes pertama yg zino jumpa tetapi kes yg ke tiga yg zino tau..orang yg zino kenal..

kenapa jadi bagitu?? apa tujuan dia bertudung waktu pejabat dan menanggalkan tudung bila di waktu lain..? zino tak ada jawapan nya... dan zino tak ada kekuatan utk menegur dia...

16 comments:

  1. Ooo... Biasa ada jumpa orang gitu di IPT atau sekolah. Tapi bila dah kerja tu, tandanya dah cukup matang untuk berfikir. Hmm.. entahlah.. mungkin belum dapat hidayah lagi..

    ReplyDelete
  2. Sudah biasa melihat di sini. Tetapi satu perkara yang biasa Dihah lakukan adalah berdoa, semoga Allah swt tetap memberikan hidayahnya. Kita kelak? bagaimana. Cerita ini adalah satu pengajaran untuk kita.

    ReplyDelete
  3. Dia bertudung ke pejabat mungkin kerana peer pressure memandangkan semua atau hampir semua kakitangan wanita Islam bertudung. Dia memakai bukan kerana tuntutan agama. Mungkin

    ReplyDelete
  4. Zino,

    azwa pun mengalami pengalaman yg sama. kawan azwa sendirik..dulu masa mula kenal memang dia free hair. lepas tu jumpa dia balik 3 tahun lepas,elok comel jer bertudung. sekali satu hari tu azwa datang kerja hari ahad, terkejut beruk juga tengok dia selambaland jer free hair. tapi memang iman senipis bawang ni tak kuat untuk menegur. cuma mampu menegur dalam hati sajork.

    setakat free hair tu tahan lagi...ini siap pakai seksi meksi tu yg tak faham.

    Semoga kita dijauhkan dari godaan2 yang melemahkan iman yang memang senipis kuit bawang ini, insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Salam ...


    biasanya budak budak sekolah yang ramai berkelakuan begini

    ReplyDelete
  6. sekarang ni bang. tudung itu fesyen. lepas tu tudung tu uniform kerja. sigh

    ReplyDelete
  7. saya setuju komen kat atas ni..skrg ni org pakai tdung sbb fesyennya cantik..dan juga sbb faktor org sekeliling di opis yg kebanyakan memakai tudung..

    sy selalu sgt jumpa org seperti ini..esp ms time belajar.lg pulak U saya mewajibkan semua memakai tudung even non muslim pun kena pakai selendang..tp ntahla..bila keluar..masing2 dah hilang tudung n pakaian sopannya..

    malahan, ada plak kwn sy yg cakap..ala, org yg pakai tudung tu pun belum tentu hatinya baik..kdg2 yg tak pakai tudung pun lagi baik dr pakai..sy sendiri sgt marah sbb dimata org pakai tudung tu tak melambangkan sesuatu yg baik sedangkan itu adalah tuntutan yg wajib dilakukan..tentang hati tu da masuk bab lain..haish..ntahlah uncle..tatau ape nak jd skrg..

    moga-moga manusia2 tersebut mendapat hidayah Allah..

    ReplyDelete
  8. menutup aurat itu sudah menjadi tuntutan agama. sudah terang lagi jelas hukumnya. pendapat saya, jika ada rakan-rakan sebegini perlulah kita tegur dengan penuh berhemah (fatonah) kerana menjadi tanggungjawah kita juga sesama saudara seagama.

    ReplyDelete
  9. memang ramai yang berperangai macam tu sekaraqng ni..kek opis se ni ha..belum pukul limo..dah mulo..selalu se joghit..ha..jangan bukak..tak malu ko..he he..dio boleh jawab paneh..tapi tak jadi buka..kok dah sampai dalam keto e tak tau lah..

    ReplyDelete
  10. Zino...bebudak lepasan sekolah dan IPT memang ramai begitu...

    Sebabnya...di sekolah dipaksa pakai tudung ...masa diluar kadang nak tegk baju yang dipakai pun tak sanggup...

    Yang di IPT pulak...kadang tujuan bertudung ialah untuk menutup warna2 rambut yang dilarang ketika di IPT...

    Budaya tersebut terbawa2 hingga ke alam pekerjaan...mereka bertudung bukan kerana ingin menutup aurat tapi kerana terpaksa...

    ReplyDelete
  11. bro zino, saya pun biasa jumpa begitu, mungkin bertudung hanya untuk uniform bekerja

    ReplyDelete
  12. oh..saya tak suke manusia camtu...biarlah saya bertudung sampai bila2...

    bukak tudung nanti depan suami ar...

    ReplyDelete
  13. bila baca ulasan kawan kawan semua bermakna memang tak heran la, perkara ni berlaku di mana mana, ada segelintir beranggapan keperluan bertudung hanya sebagai fesyen atau uniform semata mata.. marilah sama sama kita doakan mereka ni akan mendapat hidayah dan akan berlaku perubahan kepada mereka semua.. inshaallah..

    ReplyDelete
  14. salam zino...
    Dalam hal ini kefahaman dan kesedaran penting. Faham kenapa pakai, sedar kenapa diwajibkan pakai.
    Ramai yg camtu...sbb tk faham dan tak sedar. Pakai hanya kerana ikutan. Tapi ramai jugak yg dah faham dan dah sedar.

    ReplyDelete
  15. zar pun pernah ada kawan macam tu.. tapi orgnya amsih mudah munkin belum cukup berakal tapi kalau dah berusia macam tu.. harusnya lebih matang dan bijak..

    ReplyDelete