Sunday, August 15, 2010

talian hayat

Melaka wujud talian remaja hamil 06-2333333

MELAKA 13 Ogos – Mengambil iktibar daripada gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi, kerajaan negeri mewujudkan talian khas bebas tol 06-2333333 bagi membantu remaja yang menghadapi masalah mengandungkan bayi luar nikah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Datuk Norpipah Abdol berkata, talian tersebut diwujudkan bagi membantu golongan tersebut mendapatkan khidmat nasihat mengenai masalah yang dihadapi. Menurut beliau, remaja yang menghadapi masalah tersebut tidak perlu malu untuk menghubungi talian khas itu.

“Saya amat berharap remaja yang menghadapi masalah hamil luar nikah dan ingin melahirkan anak agar menghubungi talian bebas tol yang disediakan. “Saya minta mereka tidak membuang bayi sebaliknya jika ada masalah, hubungi talian bebas tol yang disediakan. Segala maklumat remaja akan dirahsiakan,” katanya.

orang luar boleh ke hantar kesana? kesian baby yg tak berdosa.. setakat ni saya nak nampak apakah langkah2 yg di ambil mana mana pihak utk membendung gejala buang bayi ni yang semakin membimbangkan ini.. tak ada pihak pun yg berminat nak menangani punca masaalah..cuba di kaji apa yg berlaku 9 atau 10 bulan lepas.. apa yg berlaku sekarang adalah perlakuan yg berlaku 9 bulan lepas.. pesta apa yg di adakan masa itu, majlis apa yg mendorong remaja bergaul bebas.. bukan seorang bukan dua orang.. angka yg menakutkan...

5 comments:

  1. 9 bulan lepas tu maksudnya dalam okt/nov...baru lepas raya tu...nak kata sambutan tahun baru, terlalu awal...waktu tu remaja baru cuti sekolah....entahlah...macan2 masalah sosial hari ni..takut nak lepaskan anak keluar dari kepompong...

    ReplyDelete
  2. Masing-masing kena ambil peranan masing. Langkah untuk masakini juga penting selain menangani punca 9 bulan sebelum itu.

    ReplyDelete
  3. hanya didikan agama yg sempurna sahaja kiranya mampu menangani gejala ini

    ReplyDelete
  4. sepatutnya akar umbi masalah ni kena diselesaikan dulu..

    ReplyDelete