kadang kadang tu tertanya tanya juga siapa yg mencipta sms ucapan raya ni.. sangat kreatif.. bermacam macam, ada yg berbentuk pantun, puisi, jenaka dan sebagainya.. ada yg kata syarikat telikomunikasi yg buat, lagi banyak kita forward kan lagi banyak masyukkkk kepada syarikat2 hehe.. di bawah ni saya senaraikan beberapa sms yg menarik , mungkin anda pun ada menerima ucapan yg sama..... atau anda yg telah mengirimkan nya..
walaubagaimana pun saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada yg sudi mengirim sms ucapan tersebut.. ada yg saya tau siapa pengirimnya kerana di tulis nama atau no ada dalam stok, tetapi ada juga sms yg zino tak tau siapa pengirim kerana tidak dalam senarai dan tidak bernama.. .. maybe no yg masih belum di pindah turun..dan semua sms telah zino balas..
ramadhan berlabuh penuh sahdu
syawal menjelma penuh kesyukuran
segala keterlanjuran kerana nafsu
jutaan ampun hamba pohonkan
hendak kita semua masuk SYURGA
kecuali mereka yang ENGGAN,
siapa yg enggan itu? mereka yang tidak mahu mengikut perintah ALLAH dan
tinggalkan apa yg di larang..
kemaafan hamba hulurkan
sambutlah bicara tanpa kata
sambutlah salam tanpa rasa
tanda kemaafan yg di pinta
sempena menyambut hari raya..
meminta maaf tidak menjadikan kita hina
memeberi maaf tidak menjadikan kita bangga
saling memaaflan dan menjalin siratulrahim menjadikan kiat lebih mulia
selamat hari raya maaf zahir batin..
pejam celik pejam celik dah habis bulan posa
pejam celik pejam celik dah tiba hari raya
makin Dpejam dan celik makin banyak salah dosa
sementara masih celik banyakkan lah kita buat pahala
sebelum pejam tak celik2 mohon maaf jika tersalah kata dan terkasar bahasa
selamat hari raya..
biar kulit segelap ALMOND LONDON
asalkan hati sesuci KUEH BANGKIT
biar iman sekentak DODOL
jangan senipis TEMPEYEK
biar jiwa selembut BAHULU
asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA
senyum lah semanis WAJIK
agar lebaran di sambut lebih bermakna..
ari rayo dah dokek
baka lomang gebus ketupek
nak anta kad gayo tak sompek
anta sms jo lah copek..
ketupat lemamng di masak bersama
rendang pula di ddalam kuali
sms di hantar pengganti kad raya
tanda ingatan di aidil fitri
walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar
mata tam bertentang, ..minta maaf atas segala keikhlifan
kerana ada masa nya mata silap memandang
telinga salah mendengar, lidah terlanjur berkata kata
dan hati tersalah menduga
gemersik takbir mengundang
hiba salam di utus tanda ingatan
syawal di nanti menjelang tiba
salam di utus mohon kemaafan..
indah langit keran awan
indah laut kerana kebiruan
indah ramadhan kerana keinsafan
indah aidil fitri kerana kemaafan..
5 comments:
org yg cipta ni mmg kreatif tapi telco yg untung.kan bagus kalu diorang bagi bonus kpg penghantar sms paling banyak ke? hihi
penyubiru..
kalau ada hadiah agaknya jem terus sms ni hehe
Salam Aidil Fitri Zino...banyak jugak dpt sms yang kreatif gitu...
anie..
zino dapat 53 sms macam ni hehe
instead of card dan telefon, sms aje kan sekarang
Post a Comment