Sunday, October 17, 2010

gunakan bahasa kebangsaan..

semasa pelancaran kempen bahasa malaysia

baru baru ni zino berkesempatan mengikuti program pelancaran bulan bahasa Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan, bertempat di sebuah Oditorium.. pelancaran di sempurnakan oleh menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar...

teringat masa sekolah di kampong dulu, masa tu tak di panggil bahasa malaysia, tapi bahasa melayu.. memang patutnya bahasa melayu pun.. sebab ada bahasa inggeris, bahasa cina bahasa india.. tapi oleh kerana nak menasional kan bahasa tu maka di tukar ke bahasa Malaysia.. pada satu ketika kempen penggunaan bahasa malaysia ni sangat gah sekali sehingga tertubuh nya iniversiti Kebangsaan.. semua universiti pun perlu mengajar dalm bahasa malaysia.. bila menteri bertukar segala benda pun bertukar..

sekarang ni sibuk kembali supaya pihak berkuasa tempatan utk mengambil tindakakan ke atas paparan iklan yg tidak menggunakan bahasa malaysia sepenuhnya , atau dengan kata lain menguatkuasakan penggunaan bahasa malaysia dalam semua bentuk iklan.. nama nama kondominium dan nama komplek dan kedai..perlu mengunakan bahasa malaysia, nama nama kumpukan pertubuhan dan sebagainya juga perlu menitikberatkan menggunakan nama tempatan yg mencerminkan malaysia.

sejak menjak ni nampak macam kita sudak tidak ada kekuatan untuk mendaulatkan penggunaan bahasa malaysia, atau untuk menetapkan penggunaan bahasa malaysia di patuhi sepenuhnya.. rakyat malaysia sendiri memperlekehkan bahasa sendiri.. dan sering mencabar kerajaan dalam masaalah penggunaan bahasa malaysia ini.. malah ada lagi rakyat negara ini yang masih tidak boleh berbahasa malaysia dengan baik..

apa pendapat anda???

10 comments:

  1. Bahas kebangsaan = bahasa rasmi = bahasa malaysia = bahasa melayu

    ReplyDelete
  2. jadi mari kita berbaha baku ye.....=)

    ReplyDelete
  3. check tu bahasa baku ke? hehe..

    ReplyDelete
  4. org melayu sendiri tak mendaulatkan bahasa melayu.. *sigh*

    ReplyDelete
  5. acuk plak g pelancaran peringkat negeri pahang.... tp keliru bila disajikan dengan teater muzikal Dato' Bahaman dan pelakonnya bersemangat bertempik cintailah Pahang..... lari tajuk kan...macam sambutan kemerdekaan pulak....
    pening pening bertambah migrain hari tuh!!!! huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. zar..
    itu masaalah nya hehe..

    acuk
    memang lari tajuk tu... kat KL semua lagi seloma je yg berkumandang hehe dikir barat pun ikut bahasa baku..hehe

    ReplyDelete
  7. entah apa yg tinggal utk org melayu, bahasa pun dah jadi 'Malaysia'

    ReplyDelete
  8. salam zino

    bahasa melambangkan bangsa
    berbanggalah kita menjadi bangsa
    melayu dengan berbahasa melayu
    sepenuhnya bukan bahasa 'rojak' ~

    ReplyDelete