Thursday, October 21, 2010

IT

kata orang nak terjun dalam dunia siber ni kenalah tau IT.. , tak perlu mahir pun tapi sekadar tau le yg basic tu pun dah memadai.. nak tau lebih belajar le lebih... teringat kisah memula IT di perkenalkan di pejabat zino dulu.. masa tu komputer boleh di katakan sebagai satu barang mewah.. kalau sebut dengan bos nak beli komputer terus kena cantas.. sensitif betul.. semua takut serutama golongan veteren ni.. nak sebut komputer tu pun kecut perut.. macam elien hehe

so di pejabat zino dulu ada sekumpulan jurutera yang suka berlawan arus, apa yg opis kata jangan benda tu lah yang kami nak lakukan.. tak bagi peruntukan beli komputer kami pakat beli sendiri.. masa tu masih lagi screen hijau tu, tak ada hardisk, kena tau sikit2 dos, memori baru 1kbyte.. ok lah kami beli kemudian tubuhkan satu kelab , ahli tak ramai pun 8 orang je.. semua jurutera yang berinovasi tinggi.. dan yg lagi best sorang je dalam 8 orang tu yg ada background komputer.. yang lain termasuk zino gelap gulita....hehe kegunaan komputer kusus untuk ahli saja.. dan utk kerja opis pun walaupun bos tak suka.. ok lah ada komputer what next??

ada komputer je tak ada makna, kenalah ada program yg sesuai yg oleh membantu dalam kerja harian, terutama dalam kerja rekabentuk struktur .. kami semua masa tu di seksyen struktur, makna nya banyak le kena buat rekabentuk strukur dan sebagainya.. kami jumpa buku yang banyak listing pasal rekabentuk struktur, peninggalan jurutera jepun yg pernah berkhidmat di pejabat kami tu, apa lagi dengan bantuan sorang rakan yg tau IT tu kami yg buta IT ni menyalin semula program tu dalam bahasa GWBASIC.. bahasa apa tu ? entah jangan tanya zino hehe..bila run je keluar berderet syntx error.. apa benda tu ?? hehe.. jenuh kami cuba utk memahamkan apa yg sebenarnya berlaku, tapi dengan kebijaksanaan kami yg semua nya engineer kan..ewah.. hehe segala permasaalahan tu dapat di selesaikan..maka terhasil lah satu program simple menggunakan komputer..

program tu kena lah di uji.. kami compare hasil dari pengiraan menggunakan program dan hasil dari kiraan manual .. YES.. usaha kami berjaya.. maka dengan program yg simple dan mudah itu kami telah membantu diri sendiri utk menyelesaikan tugas pejabat dengan lebih cepat.. kemudian kami run listing program2 lain yg ada dalam buku tu.. bayangkan kerja yg memakan masa sehari boleh di selesaikan dalam beberapa minit.. segala nya usaha kami semua yg bijak dan degil hehe.. lepas tu kami berani kan diri utk membuat perkara yang lebih mencabar, bila ada projek baru untuk di tawarkan kami selitkan dalam kontrak tu beberapa biji komputer utk di agihkan kepada pasukan bangunan, dengan cara itu lah kami mendapat menambah komputer utk kegunaan seksyen rekabentuk.. nak harap peruntukkan memang malap le sikit..

komputer komputer di tempat common area supaya di kongsi bersama, bila dah semakin banyak komputer di perolehi dan pendirian pihak pengurusan pun semakin terbuka.. maka sampai masa komputer perlu di tempatkan di bilik engineer.. i mean semua engineer.. bila di minta secara terus dan telus tidak mendapat kelulusan.. sekali lagi kami melawan arus.. saya yang memula memasukkan sebiji komputer yg di perolehi dari projek ke bilik.. maka kecoh satu pejabat , walaupun semua orang tau komputer tu di gunakan utk kerna kerja rekabentuk.. bilik lukisan pun mula beralih dari melukis menggunakan pen dan pembaris kepada Autocad..

apa jadi dengan komputer di bilik zino.. ?? agaknya pihak pengurusan berbincang secara mendalam untuk meminta zino mengeluarkan komputer tu dari bilik, maka satu hari tu pengarah datang melawat ke bilik zino.. alamak.. tak pernah dia naik ke tingkat kami tu ..tapi satu hari tu dia naik terus masuk ke bilik.. zino dah standby dengan jawapan kalau dia tanya.. tapi entah apa nasib zino dia langsung tak sentuh pasal komputer tapi bertanya pasal hal lain.. so kami anggap meletakkan komputer di bilik adalah wajar dan mendapat restu bos hehe..

dan sekarang perkembangan IT terlalu pesat.. memang tak terkejar di buat nya.. nasib baik zino ada seorang pakar IT, so segala permasaalahan IT ada yg akan memberi bantuan..


11 comments:

  1. Sekarang zaman IT dah... dlm pejabat kebanyakan meja ada computer... kat rumah pun kadang bukan 1 laptop je... ada 2-3 laptop...

    ReplyDelete
  2. nasib ado pakar it dalam rumah kan..se ni..nasib ado anak yang lobeh tau..walau pun tak belajar khusus budak2 ni..tapi pandai yo dio..menjadi pulak tu..

    ReplyDelete
  3. Terkonang semasa dulu yer....

    memang dulu2 payah benar nak dpat komputer...yg lucu tu boss kami bila datang komputer baru, dia nak diletak di bilik dia dulu..padahalnya nak on komputer pun dia tak tahu...hehehe

    dalam banyak2 kemajuan sekarang ni satu yang mokcik rasa tak berapa best...di mahkamah le ni takde nak taipkan nota keterangan kes dah...dia bagi kita vcd, pandai2 kita ler nak taip semula apa berlaku dalam perbicaraan tu...alahaiiii

    ReplyDelete
  4. Teringat komputer kaler putih ngan monitor besar gedebak dan PC yg berat hehehhehe

    ReplyDelete
  5. Masa baru kenal komputer kat ITM dulu.. tulisn hijau... beratus pelajar 1 komputer.. skrg ni bebudak beruntung baru masuk kolej dah ada notebook.. kita dulu kalau dpt typewriter pun kira bertuah dah

    ReplyDelete
  6. Zino,
    zaman ni kalau buta IT dunia terasa luas bebeno, akan ketinggalanlah kita.

    Pls come 2 my blog, i need ur advice very d urgent ni!

    ReplyDelete
  7. IT kena terer sbb soklan intebiu smlm pun byk pasal it hehehhe

    ReplyDelete
  8. anie
    betul tu..

    erna
    yg penting minat dulu yg lain tu boleh belajar sendiri dengan bertanya kawan2..

    azwa
    patutnya mahkamah lebih canggih sekarang ni ..

    jari jemari
    masa tu bangga sangat hehe

    sya
    masa berubah bagitu pantas..

    noorlara
    berat kes nya tu

    aleeya
    tanya budak IT je lah hehe

    ReplyDelete
  9. Macam pernah dengar lak MSDOS, GWBASIC semua tuh...he.he.he..

    ReplyDelete
  10. shahrul..
    istilah zaman jepun hehe

    cklah
    tq

    ReplyDelete