Sunday, December 19, 2010

jemputan jauh...

gambar kenang2an dengan ibu bapa pengantin..

bila buka sampul kad jemputan beberapa hari lepas.. teringat kembali sorang kawan masa belajar di kolej dulu.. macam macam kisah flash back balik... bila masing2 dah bekerja.. sibuk dengan hal masing masing kami terputus hubungan.. dia di selatan dan saya di KL.. tahun berganti tahun tiada kabar berita... last kami berjumpa bila dia datang ke rumah kami, masa tu di ulu klang selepas berkahwin..... macam pengantin baru datang menyalang la hehe.. .... lepas tu tak ada dengar kabar berita.... sehingga pada satu hari tu...

masa tu zino sedang mengumpul senarai nama kawan kawan masa belajar dulu utk menghantar kad jemputan.. dan masa tu teringin nak mencari alamat kawan yg sorang ni... ramai juga yg dapat zino kumpulkan masa tu.. melalui seorang kawan yg masih berhubungan dengan sebahagian besar kawan2 lama.. tapi malang nya tiada sorang pun menyimpan no talipon kawan yg sorang ni... tiba tiba...

dia muncul di pejabat zino.... terkejut besar zino.. macam dia tau tau je zino sedang mencari dia.. dia sendiri pun terkejut.. sedangkan kedatangan dia masa tu semata mata nak tanya ada kekosongan ke utk jawatan jurutera di tempat kami.. sebab anak dia baru grad.. merata dia bertanya kat mana opis zino... kedatangan nya tak ada kaitan dengan usaha zino mencari dia pun hehe.. apa lagi terus la kami bertukar alamat dan zino menghulurkan jemputan utk majlis yg kami sedang uruskan masa tu.. dia duduk jauh nun di selatan tanah air.....

bila dia menjemput kami ke Batu Pahat.. teringat susah payah dia datang ke majlis kami dulu.. memang tak sangka dia akan datang.... so siang tadi tiba giliran kami memenuhi jemputan kawan lama ni.. memang tak bagi tau dia pun kami akan datang, tak talipon tak sms.. saja nak bagi surprise.. terkejut dia bila nampak kami muncul di majlis dia tadi hehe... di dewan jublee perak Batu Pahat, Johor...

kalau anda bagaimana sanggup ke? hehe

9 comments:

aNIe said...

Bila org sudi menjemput... kita pun kalau takde yang menghalang pasti sedaya upaya memenuhi jemputan...

Kak Elle said...

zino kalau mereka sanggup menghadiri jemputan zino elok lah kita balas juga jika takde program lain...atas nama sahabat!

MOKCIK AZWA said...

Jika tiada halangan pasti akan dipenuhi... cuma kenkadang keadaan sebegini memerlukan kerjasama 'the other half'...apa yg azwa boleh katakan, beruntung Zino ada 'the other half' yang sangat memahami..syabas untuk mem hehehe

cikceriacorner said...

uncle zino..best dpt jumpe kwn2 lama..:)

Acik Erna said...

insyaallah sanggup..jika tiada halangan..
ponah poi kenduri ke gopeng balik hari yo..kenduri kawan..
kalau sungai burung tu..dokek bona tu..tak ponah miss..he he..

Mulan said...

kalau takde aral, mesti kita nak pi kan..

Mak Su said...

insyallah..... kawan baik sukar dicari

DLSJ Sahrul (nbk466) said...

Bertuah dpt sahabat cam Zino...

Zareda Norman said...

orang berbudi kita berbahasa

zar pernah pi kenduri kawin kawan kat kuala perlis, siap naik kapal terbong sebab nak balik hari..