gambar kenang2an dengan ibu bapa pengantin..
bila buka sampul kad jemputan beberapa hari lepas.. teringat kembali sorang kawan masa belajar di kolej dulu.. macam macam kisah flash back balik... bila masing2 dah bekerja.. sibuk dengan hal masing masing kami terputus hubungan.. dia di selatan dan saya di KL.. tahun berganti tahun tiada kabar berita... last kami berjumpa bila dia datang ke rumah kami, masa tu di ulu klang selepas berkahwin..... macam pengantin baru datang menyalang la hehe.. .... lepas tu tak ada dengar kabar berita.... sehingga pada satu hari tu...
masa tu zino sedang mengumpul senarai nama kawan kawan masa belajar dulu utk menghantar kad jemputan.. dan masa tu teringin nak mencari alamat kawan yg sorang ni... ramai juga yg dapat zino kumpulkan masa tu.. melalui seorang kawan yg masih berhubungan dengan sebahagian besar kawan2 lama.. tapi malang nya tiada sorang pun menyimpan no talipon kawan yg sorang ni... tiba tiba...
dia muncul di pejabat zino.... terkejut besar zino.. macam dia tau tau je zino sedang mencari dia.. dia sendiri pun terkejut.. sedangkan kedatangan dia masa tu semata mata nak tanya ada kekosongan ke utk jawatan jurutera di tempat kami.. sebab anak dia baru grad.. merata dia bertanya kat mana opis zino... kedatangan nya tak ada kaitan dengan usaha zino mencari dia pun hehe.. apa lagi terus la kami bertukar alamat dan zino menghulurkan jemputan utk majlis yg kami sedang uruskan masa tu.. dia duduk jauh nun di selatan tanah air.....
bila dia menjemput kami ke Batu Pahat.. teringat susah payah dia datang ke majlis kami dulu.. memang tak sangka dia akan datang.... so siang tadi tiba giliran kami memenuhi jemputan kawan lama ni.. memang tak bagi tau dia pun kami akan datang, tak talipon tak sms.. saja nak bagi surprise.. terkejut dia bila nampak kami muncul di majlis dia tadi hehe... di dewan jublee perak Batu Pahat, Johor...
kalau anda bagaimana sanggup ke? hehe
Bila org sudi menjemput... kita pun kalau takde yang menghalang pasti sedaya upaya memenuhi jemputan...
ReplyDeletezino kalau mereka sanggup menghadiri jemputan zino elok lah kita balas juga jika takde program lain...atas nama sahabat!
ReplyDeleteJika tiada halangan pasti akan dipenuhi... cuma kenkadang keadaan sebegini memerlukan kerjasama 'the other half'...apa yg azwa boleh katakan, beruntung Zino ada 'the other half' yang sangat memahami..syabas untuk mem hehehe
ReplyDeleteuncle zino..best dpt jumpe kwn2 lama..:)
ReplyDeleteinsyaallah sanggup..jika tiada halangan..
ReplyDeleteponah poi kenduri ke gopeng balik hari yo..kenduri kawan..
kalau sungai burung tu..dokek bona tu..tak ponah miss..he he..
kalau takde aral, mesti kita nak pi kan..
ReplyDeleteinsyallah..... kawan baik sukar dicari
ReplyDeleteBertuah dpt sahabat cam Zino...
ReplyDeleteorang berbudi kita berbahasa
ReplyDeletezar pernah pi kenduri kawin kawan kat kuala perlis, siap naik kapal terbong sebab nak balik hari..