Wednesday, January 12, 2011

judi internet...


Pelajar tunggu SPM hutang along RM100,000
Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman
uminadirah@bharian.com.my
2011/01/12

JOHOR BAHRU: Akibat ketagihan judi melalui internet, seorang pelajar yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menanggung hutang kira-kira RM100,000 kepada along dan dihalau dari rumah oleh ibunya.

Remaja berkenaan bermain judi lumba kuda dan lumba anjing menerusi internet sejak beberapa bulan lalu selepas terpengaruh dengan rakan yang meraih kemenangan menerusi permainan itu Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay, berkata pada peringkat awal, ibunya menyangka remaja itu mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan, tetapi dia sebenarnya menghabiskan masa seharian di depan komputer untuk bermain judi.
Bagaimanapun, katanya, perubahan sikap remaja terbabit, termasuk tidak mengendahkan makan dan minum, menimbulkan keraguan ibunya sehingga dia sendiri mengaku pembabitannya dengan judi serta hutang yang ditanggung.

“Ia mengecewakan ibunya dan menghalau remaja itu dari rumah mereka di sini dan membuat aduan kepada Biro Aduan Awam MCA. Ibunya memberitahu akibat kejadian itu, dia turut diugut along yang mengunjung premis niaganya sambil memberi amaran supaya anaknya melunaskan hutang,” katanya kepada Berita Harian semalam.

tak perlu ke kasino utk berjudi....dari dalam rumah pun boleh berlaku...... inilah akibat penyalahgunaan kemudahan teknologi...

24 comments:

Mimie.Candy Cane said...

berani betul budak tu minjam sampai ratus2 ribu

Zareda Norman said...

peranan mak ayah kena monitor anak anak ni selagi tak jadi orang bebetul..

ciK LyndaWawa said...

mak bapak..sila tegur anak yang camtu...

aNIe said...

Uiks... Banyak tu...berani sungguh dia...

DrSam said...

cabaran generasi OneMalaysia. Bukan setakat mak bapak kena pantau, agensi kerjaan berwajib, wajib pantau dan ambil pencegahan. Kalau nak seribu daya.

p:s: Dr Sahrom memang saya kenal.

zino said...

Mimie
Berangan nak kaya cepat

zino said...

Mimie
Berangan nak kaya cepat

zino said...

Zar
Betul tu

zino said...

Wawa
Anak2 jangan peningkan kepala mak bapa

zino said...

Anie
Nak kaya cepat

zino said...

Drsam
Dr Shahrom kenalan siber saya dah lebih 10 tahun dulu selalu jumpa dan dah macam sedara hehe

Kengkawan said...

100k?
apsal lambat mak dia halau?

Ada Dalina said...

budak2 ni xleh diberi pendedahan terlalu awl sgt dgn ict...kalo disalahguna jd lah cam budak tu....main game/judi ni ketagih kan...

zino said...

andak..
mak dia baru dapat tau.. hehe

zino said...

ada..
perlukan pengawasan rapi..

cikceriacorner said...

kecik2 da pandai berjudi...emm..merana diri sendiri

anymz said...

tu la kena pantau anak2 ni kan?,,makin canggih teknologi makin canggih otak anak2 nih.

MOKCIK AZWA said...

takde cara ker kerajaan nak block mende2 cenggini ek..

mokcik pernah kena akibat anak2 terpengaruh bermain game diinternet melalui henpon...seribu lebih terbang uolss..pehtu teruss kitaorang potong talian itu..so moralnya, kena pantau2 dan sesekali serbu atau terjah bilik anak2, tengok apa dorang buat dok diam2 dalam tu..

Acik Erna said...

takut pulak kan..harap2 tak terjadi la kek kito..

zino said...

cikceria..
mungkin memula nak suka2 je kot..

zino said...

anymz
itu yg takut tu.. terikut2..

zino said...

azwa..
sesekali kena pantau...

zino said...

erna
itu la.. seriau di buat nya..

maklang said...

aiyoooo...