Pelajar tunggu SPM hutang along RM100,000 Oleh Umi Nadirah Abdul Rahmanuminadirah@bharian.com.my2011/01/12
JOHOR BAHRU: Akibat ketagihan judi melalui internet, seorang pelajar yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menanggung hutang kira-kira RM100,000 kepada along dan dihalau dari rumah oleh ibunya.
Remaja berkenaan bermain judi lumba kuda dan lumba anjing menerusi internet sejak beberapa bulan lalu selepas terpengaruh dengan rakan yang meraih kemenangan menerusi permainan itu Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay, berkata pada peringkat awal, ibunya menyangka remaja itu mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan, tetapi dia sebenarnya menghabiskan masa seharian di depan komputer untuk bermain judi.
Bagaimanapun, katanya, perubahan sikap remaja terbabit, termasuk tidak mengendahkan makan dan minum, menimbulkan keraguan ibunya sehingga dia sendiri mengaku pembabitannya dengan judi serta hutang yang ditanggung.
“Ia mengecewakan ibunya dan menghalau remaja itu dari rumah mereka di sini dan membuat aduan kepada Biro Aduan Awam MCA. Ibunya memberitahu akibat kejadian itu, dia turut diugut along yang mengunjung premis niaganya sambil memberi amaran supaya anaknya melunaskan hutang,” katanya kepada Berita Harian semalam.
tak perlu ke kasino utk berjudi....dari dalam rumah pun boleh berlaku...... inilah akibat penyalahgunaan kemudahan teknologi...
berani betul budak tu minjam sampai ratus2 ribu
ReplyDeleteperanan mak ayah kena monitor anak anak ni selagi tak jadi orang bebetul..
ReplyDeletemak bapak..sila tegur anak yang camtu...
ReplyDeleteUiks... Banyak tu...berani sungguh dia...
ReplyDeletecabaran generasi OneMalaysia. Bukan setakat mak bapak kena pantau, agensi kerjaan berwajib, wajib pantau dan ambil pencegahan. Kalau nak seribu daya.
ReplyDeletep:s: Dr Sahrom memang saya kenal.
Mimie
ReplyDeleteBerangan nak kaya cepat
Mimie
ReplyDeleteBerangan nak kaya cepat
Zar
ReplyDeleteBetul tu
Wawa
ReplyDeleteAnak2 jangan peningkan kepala mak bapa
Anie
ReplyDeleteNak kaya cepat
Drsam
ReplyDeleteDr Shahrom kenalan siber saya dah lebih 10 tahun dulu selalu jumpa dan dah macam sedara hehe
100k?
ReplyDeleteapsal lambat mak dia halau?
budak2 ni xleh diberi pendedahan terlalu awl sgt dgn ict...kalo disalahguna jd lah cam budak tu....main game/judi ni ketagih kan...
ReplyDeleteandak..
ReplyDeletemak dia baru dapat tau.. hehe
ada..
ReplyDeleteperlukan pengawasan rapi..
kecik2 da pandai berjudi...emm..merana diri sendiri
ReplyDeletetu la kena pantau anak2 ni kan?,,makin canggih teknologi makin canggih otak anak2 nih.
ReplyDeletetakde cara ker kerajaan nak block mende2 cenggini ek..
ReplyDeletemokcik pernah kena akibat anak2 terpengaruh bermain game diinternet melalui henpon...seribu lebih terbang uolss..pehtu teruss kitaorang potong talian itu..so moralnya, kena pantau2 dan sesekali serbu atau terjah bilik anak2, tengok apa dorang buat dok diam2 dalam tu..
takut pulak kan..harap2 tak terjadi la kek kito..
ReplyDeletecikceria..
ReplyDeletemungkin memula nak suka2 je kot..
anymz
ReplyDeleteitu yg takut tu.. terikut2..
azwa..
ReplyDeletesesekali kena pantau...
erna
ReplyDeleteitu la.. seriau di buat nya..
aiyoooo...
ReplyDelete