Tuesday, February 1, 2011

selamatkan rakyat Malaysia di Mesir..



KAHERAH 31 Jan. - Penunjuk perasaan Mesir hari ini menyeru supaya rakyat negara ini melancarkan mogok dan mengadakan perhimpunan berjuta-juta orang di Kaherah esok bagi meningkatkan gesaan menuntut perletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak.

Seorang penunjuk perasaan yang juga penganjur, Eid Mohammed berkata, mereka memutuskan untuk melancarkan mogok umum dan perhimpunan seramai berjuta-juta orang esok. Pelancaran mogok itu buat pertama kalinya diseru oleh pekerja di bandar Suez lewat semalam.


Kerajaan asing bawa pulang rakyat dari Mesir

BEIJING 31 Jan. - Pelbagai kerajaan mengambil tindakan membawa pulang rakyat mereka dari Mesir dengan menyewa atau menjadualkan pesawat ketika penunjuk perasaan semakin rancak mengadakan demonstrasi mendesak peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak.

Dua syarikat penerbangan China, Air China dan Hainan Air menjadualkan satu penerbangan ke Kaherah hari ini.

Kementerian Luar Jepun berkata, pesawat yang disewa akan membawa 500 rakyatnya yang terkandas dari Kaherah ke Rom. Amerika Syarikat (AS) dan Turki turut menawarkan untuk membawa pulang rakyat mereka dan syarikat penerbangan utama termasuk Lufthansa dan Air India berikrar menghantar lebih banyak pesawat ke Kaherah dan Iskandariah.

Kementerian Luar Greece berkata, sekurang-kurangnya dua pesawat tentera sudah bersedia untuk mengeluarkan rakyat negara itu. Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki telah menghantar sebuah pesawat ke Mesir untuk membawa pulang rakyatnya. Kementerian Luar Jerman mengeluarkan amaran perjalanan ke Kaherah, Iskandariah dan Suez semalam.

20 maut rusuhan merebak di Mesir



2011/01/29

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 20 terbunuh dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan di seluruh Mesir apabila gerakan antikerajaan memasuki hari keempat, hari ini.

Sekurang-kurangnya 13 terbunuh manakala 75 lagi cedera dalam perhimpunan antikerajaan di Bandaraya Suez. Di Kaherah, sekurang-kurangnya empat maut dan beratus lagi cedera. Sehingga sekarang, lima maut dan beratus lagi cedera," kata seorang pegawai perubatan. Angka kematian itu hanya dilaporkan di Hospital Qasr al-Aini sahaja.

Di Bandaraya Mansura di Lembah Nil, dua dilaporkan maut selepas terkena tembakan peluru getah ketika penunjuk perasaan mengadakan protes di jalan raya. Penunjuk perasaan semakin memuncak sejak empat hari lalu yang menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur daripada pemerintahannya selama lebih 30 tahun.

Kerajaan malaysia segera bertindak selamat kan rakyat malaysia yg berada di bumi Mesir sekarang ni..terutama di kawasan bergolak.... jangan bertangguh lagi.. keadaan kian meruncing.. sekurang2nya keluarkan mereka semua dari bumi mesir yg bergolak... jangan bertangguh lagi, kerajaan sana tidak berupaya mengawal diri apa lagi ingin membantu rakyat kita... kesian dengan mereka.. tentu mereka sentiasa dalam keresahan dan ketakutan... kalau perlu hantar Kapal Terbang.. segera bawa kalau perlu kapal laut segera bertolak sekarang..

22 comments:

  1. salam

    kena cepat2 selamat kan mereka...
    takut nanti pengangkutan udara ke laut tertutup terus... ~

    ReplyDelete
  2. salam uncle..

    selamat ari wilayah dan selamat bercuti..heheh

    saya pon sgt risau melihat keadaan disana..kerana 2org sepupu sy study di sana..da la pompuan plak tu..tp da kol makcik semalm..alhamdulila..semua student malaysia dikumpulkan di satu tempat dan ada security..moga2 semua rakyat malaysia dan semua yg berada di sana selamat..jgnla ada pertumpahan darah lagi..

    ReplyDelete
  3. manje
    itu yg di takutkan... kerajaan pun terumbang ambing rakyat sendiri tak terjaga macam mana mereka nak jaga rakyat kita

    ReplyDelete
  4. cik ceria..
    cuti juga ke... selamat bercuti... semalam berbual dengan sorang bapa anak dia ada kat sana.. kata nya masih boleh di hubungi dengan talipon tapi mereka tak boleh call keluar terima call je..

    ReplyDelete
  5. kita berdoa semoga tiada lagi pertumpahan darah dan rakyat semua selamat serta keadaan cepat kembali seperti biasa. Tsunami boleh datang bila-bila masa aje...

    ReplyDelete
  6. harap2 rakyat malaysia semuanya selamat

    ReplyDelete
  7. a'ah..kesian kat bos kiter..anak dia 2 org kat sana..tgk muka dia cam riso jer...huhu...doakan semuanya selamat!

    ReplyDelete
  8. Saya pun ada 2 orang sepupu yg belajar di sana...
    Harap mereka selamat!

    ReplyDelete
  9. salam kenal zino...

    moga Allah melindungi mereka semua...

    i folow zino...

    ReplyDelete
  10. Drsam..
    itu yg kita harap2kan..

    ReplyDelete
  11. rose..
    dan mereka perlu di bantu..

    ReplyDelete
  12. sham
    salam kenal... terima kasih..

    ReplyDelete
  13. Harapan kita agar semuanya berakhir dengan selamat. Insyaallah.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah..walau lambat tetapi sekurang-kurangnya ada tindakan...

    ReplyDelete
  15. tghari tadi 2 pesawat TUDM dihantar untuk bantuan makanan dan pemindahan..terbaca di fb YB khairy jamaludin tadi..

    ReplyDelete
  16. uncle..lambat sgt kerajaan bertindak. kesian yg dah terkandas kat airport tu. dan kat rumah2 sewa mereka.duit habis..bekalan makanan mahal. sian bdk2 tu..communication susah..tp alhamdulillah adik sy dah dlm flight blk msia after berebut dan mengemis mintak duit kat budak-budak yang ada duit lebih..what to do..hmm..nak tunggu ada yg kehilangan nyawa agaknya baru nak cepat bertindak.dah meruncing mcmni baru nak hantar bantuan..yeah, but at least hantar la juga. kedutaan semua sudah dikosongkan awal-awal.tindakan yng lebih cepat dan cekap perlu utk tangangi isu2 mcmni.hmm..cuba kalau ahli keluarga mereka yg ada kat sana..baru tahu rasanya mcmana..

    ReplyDelete
  17. kayteeze
    telah ada tindakan

    shahrom
    syukur..

    NARD
    tindakan telah di gerakkan..

    EZ
    inshaAllah mereka semua akan selamat... tadi kakak dapat bercakap dengan kawan dia yg ada di mesir.. mereka selamat.. harap gerakan menyelamat yg di janjikan di gerakkan dengan pantas..

    ReplyDelete
  18. semoga semuanya akan kembali selamatdan aman

    ReplyDelete