penghujung benua ASIA terletak di Malayia !! pada zino ini satu produk pelancong yg sangat bernilai tinggi.. sesiapa saja yang berkunjung ke negara ini perlu di beritau... tips of ASEA CONTINENT is in Malaysia.. dan mereka perlu di galak utk ke sana...dan apa pulak yg ada di sana?
Sejak sekian lama kami berhajat utk kesana.. nak juga menjejak kaki ke penghujung benua.. walaupun tak akan ada apa apa perbezaan tetapi bayangkan benua terbesar di dunia ni hujung paling selatan berada di Malaysia.. tak bangga ke?? tapi ada ke orang sekeliling kisah..?? mari kita baca cerita seterusnya...
selepas majlis kenduri di Majidee semalam, anak2 sedara nak ke Danga bay.. so dengan bantuan GPS kami pun berkonvoi ke Danga Bay.. tapi bila siang apa yg ada.. macam tapak pesta yang di tinggalkan ..ada juga orang ramai berkeliaran, banyak juga kereta yg parking.. tapi tak ada aktiviti.. rasa nya dah tak se indah masa kami mula mula sampai dulu.. kurang di selengara.. jangan sampai semua kemudahan dah tak boleh di guna baru nak di baiki.. tapi entah la mungkin waktu malam masih meriah macam2 baru2 buka dulu..
ok berbalik ke penghujung benua.. kat sini la idea nak ke Tg Piai tercetus bila di usulkan mendapat undi terbanyak hehe.. dengan bantuan GPS kami berkonvoi ke sana.. jauh ke? memang agak jauh dan tak ada tanda arah sehingga la sampai ke kukup... produk sehebat ini patutnya ada tanda arah dari JB lagi... sekurang2nya bila hari2 lalu nampak benda tu satu tari terdetik juga hati nak ke sana.. betul tak?
akhirnya sampai juga kami , bila sampai je.. kereta penuh kat tempat parking yg tidak terurus tu..becak.. kotor dan sebagainya... satu notis yg sangat kelakar tetapi mesej yg sangat mendalam.. mesej apa tungguuuuu.... maklum la dah berjalan jauh masing masing mengejar bilik air.. zino tak dapat nak komen apa rupa bilik air dia sebab zino tak ke tempat tu.. di luar ada satu mercu tanda.. tingggi gagah tapi menyukarkan utk photo shoot.. kedudukan nya terlalu dekat tiada ruang utk berposing .. ahh isu kecik je tu terpulang kepada kreativiti masing masing..
nak masuk ke hujung benua perlu bayar murah je 5 inggit dewasa 3 inggit pelajar dan warga emas... hanya dua je tiket 5 inggit lapan lagi tikit 3 termasuk dua warga emas.. hehe.. yg cik adik kat dalam tu siap boleh tanya.. ada lapan student ni mana lagi?? dia tak nampak ke yg tercongok depan dia tu sape.. hehe berjalan dalam kawasan hutan bakau adalah satu pengalaman.. agaknya kalau air pasang akan lebih seronok bila keliling tu di penuhi air laut.. berjalan di atas jeti atau laluan berlantaikan kayu juga satu pengalaman.. dekat rasa nya dengan alam sekitar.. kalau ada burung burung berkicauan.. ada monyet bergayutan mungkin lebih seronok.. katanya 800 meter utk sampai ke distinasi.. pencinta alam sekitar akan berjalan perlahan sambil melihat alam semula jadi ciptaan ilahi yg sungguh menyamankan.. pokok2 kayu bakau yg memenuhi setiap ruang.. ada nama saintifik dia tapi tergeliat lidah nak menyebut.. hehe.. kepada yg tak sensitif dengan alam sekitar akan menonong je jalan ke depan utk sampai cepat...
kalau tengok gambar gambar dulu tanda penghujung benua hanya terletak di atas sebuah batu.. dan sebuah globe sebagai simbolik.. tapi bila kami sampai telah ada jeti .. globe di atas jeti.. sesuai utk menampung pengunjung yg ramai.. ada tempat duduk bagi yg penat berjalan dan menunggu giliran utk bergambar.. di depan laut seluas2 laut tanpa sempadan.. deretan kapal besar dan kecil.. nak kemana kapal2 tu? ke Malaysia atau ke negara jiran sebelah? entah tak dapek den nak jawab.. sape yg tau boleh tolong jawab..
puas bergambar berbagai aksi dan gaya kami perlu beredar beredar bagi can orang lain nak bergambar di tempat tu... semua yg dah sampai pasti tak tinggal peluang utk merakam mereka dah sampai ke penghujung benua.. macam org yg sampai ke puncak gunung... tapi sebelum balik nak juga dapatkan cenderahati ke buat hati ke oops buat tangan ke.. utk di bawa pulang tapi hampeh .. kenapa tak di beri peluang orang kampong sekitar mengusahakan produk produk pelancongan di tempat tu?? setiap pengunjung pasti nak bawa balik something utk di jadikan kenang2an.. orang muda Pontian, Pemuda kampong nelayan Kukup tak berhajat ke nak menceburkan dalam industri pelancongan..
yang jelas kelihatan kat sana kenyataan demi kenyataan untk memberi amaran kepada pengunjung.. jangan itu jangan ini.. seolah olah yg datang melawat orang2 yg tak bertemadun.. orang yg selalu menimbulkan masaalah... boleh guna ayat ayat yg lebih lembut utk mengajak masyarakat dan pengunjung sama sama memelihara alam sekitar.. dalam masa yg sama banyak sampah sarap yg tidak di kemas...
kan dah panjang lebar membebel.. hehe... siapa yg dah baca sampai habis tahniah... anda memang prihatin dengan alam sekitar.. selamat bercuti... yg lain2 gambar..bercerita
tak ponah tau pulak..ye la kan..ke JB pun jarang..selalu e sampai segamat yo..
ReplyDeletetu la massalah he..dah membebel panjang lebar pun pengurusan tompek tu tak tau..cubo hantar kek sokobar..biar dio tahu..he he..
wah..lajunyer update blog pak ngah.. :)
ReplyDeleteselamat bercoti uncle..
ReplyDeleteheheheh..sy teringin nak g tgjng piai...tp x g lagi2..heheh
wahh,, abah, mcm sronok je berjalan ke sana.... gambar yg pertama tu lucu la kata2 yg ditambal kat kertas tu..
ReplyDelete" hanya monyet je yg boleh buang sampah sembarangan"
jd saper2 yg buang sampah sembarangan tu dia monyet la ye..hehe
erna
ReplyDeleteklau dio jumpo blog ni elok juga atau sesiapa pun boleh bagi tau. hehe rasa nya pernah terbaca rungutan pelancong yg ke sana dulu hehe
rerama
ReplyDeleteatas permintaan ramai hehe
cikceria
ReplyDeletesaya dah plan lama tapi selalu terbantut sebab yg nak ikut tu tanya pasal sopping la.. tak mau masuk kampong la susah sikit hehe
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletecik nana
ReplyDeleteitu cara simbolik utk mengingatkan orang ramai tapi saya tak berapa pekenan sikit sebab banyak sangat pantang larang nak masuk sana .. semua terpampang utk semua orang baca.. seolah2 tak welcome pelancong datang... yg datang semua nak buang sampah semua tak jaga alam sekitar hehe...
assalamulaikum...
ReplyDeleteadinda.
ReplyDeletew'salam..
Zino.....Mp tak pernah sampai ke Tnjung Piai...Bila baca entry yg Zino tulis ni..rasa tringin nak ke sana.Macam ada sesuatu yg menarik.....kena cari masa yg sesuai...jauh tu...
ReplyDeleteApa2 pun...selamat bercuti walau dah kembali kerja...
Kita belum sampai sana lagi... Rasanya dah ramai para blogger buat entri ni. Kita ni tak tahulah bila pulak, haha...
ReplyDeleteOO..sangat bagus info Zino ini.. baru tahu kat situ ropenya tempat penghujung benua Asia...wooo.. Tapi signboard itu sangat kelakar hehehehe..
ReplyDeleteSayangkan tempat sebegitu tidak dimajukan sebaiknya untuk tempat pelancongan..
good info..bole la pergi nanti, menziarah alam sekitar..
ReplyDeleteWah... saya tak pernah lagi sampai sana. Seronok tengok gambar dan baca cerita Encik Zino. :)
ReplyDeletetak pernah sampai pon ke tg piai... best tu..
ReplyDeleteselamat datang ke 'johor' abg zino ittewww.. ehehe
ReplyDeleteMP
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi baca sampai habis hehe.. bila ada peluang boleh la jejak kaki ke penghujung benua...
dangarumbia..
ReplyDeletehatu hari nanti.. giliran tu akan tiba hehe
azwa
ReplyDeletetempat tu berpotensi di majukan kan sebagai satu produk pelanongan.. tapi sayang kurang di beri perhatian..
angah
ReplyDeletebetul tu hehe
Yati
ReplyDeleteterima kasih sudi membaca hehe
mulan
ReplyDeleteboleh buat rombongan cik kiah hehe
fotolumayan..
ReplyDeleteorang JB ya hehe
menarik nie bro... musti mau plan lawatan camni... hehehe yg saya tau titik tengah malaysia terletak kat bandar ikan patin, temerloh... : )
ReplyDeletewah..uncle dah pandai amik gambar terbang2..hehe
ReplyDeletezar dulu ke sini ride dengan motor.. sangta best lalu ladang nenas sujana mata memandang
ReplyDelete