Ketidakfahaman punca komputer mudah digodam
KUALA LUMPUR 24 Jun — Ketidakfahaman dan kegagalan pengguna Internet untuk memahami fungsi perisian komputer memberikan laluan mudah kepada penggodam untuk menyerang komputer mereka sewenang-wenangnya.
Naib Presiden Cyber Security Responsive Services, Adli Abd Wahid berkata, kebanyakan pengguna Internet di negara ini tidak tahu cara-cara perlindungan yang betul bagi memastikan komputer dan data mereka selamat. Malah ada yang tidak mengetahui fungsi sebenar perisian “Firewall” walaupun sudah menggunakan Internet dengan begitu lama, katanya semasa ditemuramah dalam Program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24.
"Justeru, mereka perlu peka dan mengambil langkah proaktif untuk melindungi data dan sistem komputer mereka. "Sebagai langkah persediaan, pengguna perlu memiliki dan memahami ilmu teknologi maklumat (IT) dengan sebaik-baiknya terutamanya mengenai isu keselamatan siber. "Mahu tidak mahu, setiap pengguna perlu mempunyai ilmu IT kerana dalam era ini kita menggunakan komputer dan Internet secara meluas dalam kehidupan seharian,” katanya.
Adli berkata, tindakan penggodam yang tidak dikenali menyerang laman-laman web kerajaan baru-baru ini memerlukan pihak berkuasa, organisasi, pengguna Internet dan pentadbir web agar lebih peka dan mempersiapkan diri berdepan dengan serangan susulan. - Bernama
pentagon, CIA, dan banyak lagi laman web yg canggih manggih yg pada asas nya tak sepatutnya booeh di godam pun kena godam ini kan pulak orang biasa..mana lah nak belajar semua benda tu... laman web kerajaan pun hancus kena godam... sekarang jawab siapa yg patut lindungi pengguna ni???
Penggodam tu takde keja lain agaknya...asyik nak menggodam je...menyusahkan orang...
ReplyDeletebtul2...xde keje nk menyusahkan orggg..huhu..
ReplyDeletepenggodam nk test sejauh mana dorang mmpu pergi jauh. Kan baik kalau dorang yg genius ni sumbangkn kidmat tuk majukn negara kita..
ReplyDeletekito tau guno yo kan....memang tak paham pun..he he..
ReplyDeleteanie
ReplyDeletebetul tu....
ez
ReplyDeleteyg heran nya kawal macam mana pun masih boleh di godam..
arryani..
ReplyDeletesegaa yg di cipta manusia ada cara nak jahanamkan nya..
erna
ReplyDeletenasihat pakar it tu macam tak betul je kan mana lah semua org nak mahir dalam IT ni hehe
Betul3..
ReplyDeletesungguh tak suka mereka ni..
ReplyDeleteDorang dah kena upah untuk melindungi dari penggodam..jalankan la tugas tu..ni nak salahkan pengguna sajork..huhuhu
ReplyDeleteTerlalu banyak upah jadi penggodam kot. Mereka jadikan kerja menggodam ini suatu kerjaya yang menguntungkan.
ReplyDeleteGambar Merapu Seorang Menantu...