Sunday, June 19, 2011

susahnya nak naik pangkat......

CUEPACS minta kenaikan pangkat selepas kursus


2011/06/19

ALOR SETAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut agar di bawah Sistem Bersepadu Potensi Penjawat Awam (PROSPEK), penjawat awam terus mendapat kenaikan pangkat selepas menghadiri kursus tanpa perlu menunggu berlaku kekosongan jawatan.

"Kita membantah jika kenaikan pangkat hanya diberi apabila terdapat kekosongan jawatan kerana objektif PROSPEK tidak tercapai. Apabila pulang dari berkursus mereka hendaklah dinaikkan pangkat," kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.
Beliau berkata, CUEPACS juga menuntut pemberian insentif kepada penjawat awam dinaikkan terus kepada tiga kenaikan.

"Dulu masa ada PTK (Penilaian Tahap Kecekapan), kita ada aras melintang dan menegak tapi dalam PROSPEK konsep melintang dan menegak tiada. Jadi kita mahu ia digantikan dengan tiga kenaikan, baru ada perubahan," katanya kepada pemberita semasa menghadiri mesyuarat agung Kesatuan Pegawai-Pegawai RISDA Kedah di sini hari ini. Beliau berkata, CUEPACS sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negara berhubung pelaksanaan PROSPEK.

Katanya, terdapat beberapa perkara yang tidak disentuh dan perlu dimasukkan dalam PROSPEK supaya terdapat perubahan lebih baik berbanding PTK. "Antara permintaan lain CUEPACS ialah pelantikan panel berwibawa bagi membuat penilaian terhadap penjawat awam selain dua pegawai mewakili kesatuan sekerja supaya penilaian yang dibuat lebih adil dan saksama," katanya.

Omar juga berkata, CUEPACS tegas dengan tuntutannya mengenai penyelarasan elaun sara hidup kepada RM300 untuk semua penjawat awam dan imbuhan tetap perumahan dinaikkan kepada RM350 dari RM180. - BERNAMA

kudrat di kerah sampai ke keringat terakhir di perah di henyak di arah... tapi bab naik pangkat banyak sangat halangan nya... kalau pegawai PTD mencanak canak naik pangkat... ini lah hakikat yg terpaksa di telan oleh pegawai teknikal... nampak nya tak guna jadi orang pandai ni...

26 comments:

  1. sy dah lama tunggu naik pangkat ni abah..nak pangkat manager...

    ReplyDelete
  2. saya pilih naik gaji dari naik pangkat..sbb sy malas nak jd bos..malas pikir..hahaha..

    ReplyDelete
  3. zino
    nak naik setakuk pun hongeh nal menunggu tapi kerja bagai nak rak...

    istilah kerja gomen senang dah sangat tak relevan pada masa ini..

    ReplyDelete
  4. huhu..camtu lah skrg..
    kalu saya dlm bidang keguruan..ikut time based..nak naik satu gred tu mau cecah 10 thun baru dpt..

    saya prefer penyelarasan gaji/naik gaji..hehee

    ReplyDelete
  5. mimie..
    semuga tercapai nanti jangan lupa belanja abah hehe

    ReplyDelete
  6. zar..
    betul tu kerja teruk bagai nak rak.. bila bab nak naik gaji ke pangkat ke hampeh je...

    ReplyDelete
  7. sarah...
    tu le kan rasa macam tak berbaloi kan hehe

    ReplyDelete
  8. Bab naik pngkat ni..mmng malas nak pikir...krja kuat pun kadang2 tak berbaloi...orang tak pndang...macam tu jugak!!!!!!!
    Seronokkan..kalau kita boss, kita kuli..tak de sapa yg marah...heheh

    ReplyDelete
  9. jangan la kato tak guno jadi orang pandai..ado guno e tu..nak buek camanokan...rezeki ditangan tuhan..

    ReplyDelete
  10. Zino...bab pegawai PTD naik pangkat dengan laju sekalik tu mokcik setuju..

    kita dulu nak tunggu naik pangkat dekat 10 thn..sampai ada yg resign. Budak2 sekarang agak beruntung, dalam 5 tahun dah naik pangkat. kalau boss suka, lagi cepat naiknya.. saborrr jer la

    ReplyDelete
  11. Kat mana2 biasa org teknikal susah nak naik huhuhu

    Nape Zino tak jadi PTD dulu? Mungkin sekarang dah jadi duta agaknya hehehe

    ReplyDelete
  12. Zino...
    Memang kadangkala terkilan dengan sikap "pilih kasih" ni...tapi nak buat macamana..kerja tetap kena keja...he..he..

    ReplyDelete
  13. biarlah PTD dengan dasar2 yang digubalnya hanya untuk memudahkan golongan itu sahaja..di akhirat nnti PTD jawablah..

    p/s: saya sokong kerajaan negeri selangor melantik YDP MD Kuala Selangor dr kalangan skim J..mereka berjaya memecah monopoli PTD dr terus menguasai arus pemerintahan negara...

    ReplyDelete
  14. moga semua impian termakbul, demi masa depan bangsa & negara...

    ReplyDelete
  15. pangkat tak naik takpe,janji gaji naik banyak.hehe

    ReplyDelete
  16. utk pekerja swasta, pun susah nak naik pangkat... hu hu hu. tak da persatuan nak bekap

    ReplyDelete
  17. erna
    betul tu.. tak yah nak nyosal la kan hehe

    ReplyDelete
  18. Yunus Badawi..
    konon nak jadi engineer hehe

    ReplyDelete
  19. azi..
    kojo kono di teruskan hehe

    ReplyDelete