Sunday, October 16, 2011

kata orang malang tak ber bau...

pagi tadi lebih kurang jam 9.30.. saya turun ke bilik air.. nak mandi..(baru nak mandi) biasa la bila hari minggu lepas solat sambung tidu... bila masuk tu dah perasan dah lantai bilik air tu licin bekas sabun adik basuh kasut malam tu.. tapi bak kata orang tu bila dah malang nak berlaku .. tetap akan berlaku.. bila zino nak melangkah je.. tetiba gedebuk.. jatuh terduduk tanpa dapat di kawal.. belakang tergesel dengan step setinggi 4 inci tu... aduhhhhhhh tuhan je yg tau bagaimana zino menahan sakit......

lama zino terselepok kat lantai bilik air tu... mencari kekuatan utk bangun semula.. bilik air tu memang ada kemudahan utk bergantung dan tempat pemegang.... dah jadi macam bilik air OKU.. tapi apa kan daya masa nak jatuh tak sempat nak pegang apa pun.. dalam kesakitan zino gagah kan diri utk bangun utk keluar... terasa pedih dan sakit di tempat yg bergesel dengan dinding simen tu.. masa tu masih boleh bergerak dan berjalan... panggil mem sapukan minyak angin.... dan duduk di meja makan tu....

semakin lama duduk semakin sakit... sehingga satu ketika susah nak bergerak... ini tak boleh di biarkan.. minta mem call along ke angah ke bawa abah ke klinik... tak larat rasanya nak drive sendiri.. nak duduk sakit nak berdiri pun sakit... sebaik along sampai terus ke Pusrawi...di jalan Tun Razak sana.. macam2 soalan dr tanya.. dan akhirnya cadangkan utk buat X Ray terlebih dahulu... siksanya nak baring di atas meja X Ray tu.. tak boleh nak tidu terlentang... sambil menahan sakit terpaksa juga ikut arahan petugas utk mendapat gambar X ray yg di perlukan..

sementara menunggu keputusan X Ray.. zino di minta berbaring di katil bilik kecemasan tu.. secara mengereng.. menahan sakit sehingga ada ketika nya mengalir juga air mata.. tambahan lagi bila membaca kata nasihat dan doa kawan kawan FB semua.. kata semangat tuan tuan memberi kekuatan kepada zino.. walau pun zino tak bercerita keadaan sebenar zino waktu itu... 1/2 jam selepas tu Dr memberi penjelasan keadaan zino dan keputusan yg dia dapat dari gambaran X Ray.. alhamdulilah.. penjelasa Dr akan melegakan ..

zino hanya perlu berehat di rumah utk memastikan keadaan pulih seperti sedia kala... ubat di bekal kan.. ada utk di makan .. ada utk di sapu dan ada yg perlu di tampal di tempat yg bengkak supaya cepat sembuh.. malam ni nampak nya akan tidu di sofa.. tak larat nak naik turun tangga... adik pun kena lah juga tidu di hall.. semuga keadaan lebih baik esok dan lusa... bos pun dah di maklum siang tadi.. dan staff pun sudah di beri tau.. kemungkinan zino akan bercuti di sepanjang minggu.. MC 3 hari je.. dua hari lagi tu tengik keadaan kesihatan..

kepada semua berhati2 lah selalu.. kemalangan boleh berlaku di dalam rumah anda.. dan zino juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan FB yg menulis di wall.. menghantar mesej di inbox dan sms.. doa anda semua menjadi penawar dalam saat2 zino memerlukan nya.... anda la kawan di masa susah dan senang.. tq..

16 comments:

  1. Ya Allah nasib baik tak teruk... Semoga cepat sembuh ya! Insyaallah.

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh nasib tak ada cedera yg serius

    betul kata pepatah malang tak berbau

    kadang kita dah perasan tp tak sempat nak mengelak,segalanya dah tersurat kan?

    ReplyDelete
  3. kasihibu..
    itu la.. dengan berhati2 pun kita masih boleh kemalangan bila itu sudah satu suratan....

    ReplyDelete
  4. kalau malang tu berbau senanglah kan?

    moga cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  5. Semoga Encik Zino cepat-cepat sembuh sepenuhnya. Selamat beristirehat.

    ReplyDelete
  6. sian kat zino, semoga bertabah ye...

    apa la 'malang' ni, lain kali pakai le minyak wangi, baru lah berbau..

    ReplyDelete
  7. rehat la seminggu..jangan fikir kn bona kojo tu..dah elok sok poi la kojo..

    ReplyDelete
  8. semoga cepat sembuh zino, malang mmg x berbau. Zar pun pernah jatuh di bilik air pejabat sampau teperleot kepala lutut.. Allah jer tahu sakitnya bila zra tolak sendiri kepala lutut tumasuk ke soketnya..

    Jaga diri jaga diri jaga diri ok

    ReplyDelete
  9. erna
    memang plan nak cuti je seminggu ni

    ReplyDelete
  10. zar..
    sakitnya tuhan je yg tau... lama terduduk sebelum boleh bangun... tq perlu berwaspada dan hati2 selalu..

    ReplyDelete