Thursday, December 1, 2011

kisah tiga

bilik hotel yg di upgrade..

Menghormati waktu..

ada ke yg tertunggu sambungan cerita semalam? kalau ada ok la kalau tak ada pun zino tetap akan merakamkan nya di sini.. hehe isnin program resmi pun bermula.. kami di jemput dua orang wakil dari pihak Madrid.. berjalan kaki ke pejabat kementerian pengangkutan mereka la lot... kawalan keselamatan sangat ketat pemeriksaan macam nak masuk ke airport.. siap dengan metal detector dan bag yg di bawa kena x ray..

Bila kami sampai telah ramai yg menunggu.. termasuk ambasador Malaysia ke madrid.. dengan jasa baik Ambasador juga bilik hotel kami bertiga di upgrade ke bilik yg lebik baik.. bertuah nya kami... Ambasador tu pun baru saja di lantik baru tiga bulan bertugas di Madrid..


kusyuk mendengar taklimat..

wakil Malaysia sebaris di sebelah kiri..


no 3 dari kiri Ambasador malaysia ke Madrid..

oleh kerana persidangan meja bulat berlangsung sampai ke tengah hari dan kemudian di ikuti dengan lawatan ke control centre... kami tak sempat nak balik ke Hotel... perkara pertama yg kawan zino tanya dengan pihak tuan rumah utk menyediakan satu ruang kecil utk kami solat.. malah di tiga bandar yg kami pergi itu lah perkara pertama yg kami request.. dia orang faham dan menghormati permintaan kami... bersusah payah mencarikan ruang utk kami.. di Madrid kami menggunakan ruang bilik mesyuarat.. bagitu juga di Paris.. tapi bila di London kami menggunakan surau pelajar islam di sama.. kerana persidangan di buat di sebuah universiti.. tapi kami agak sedih juga ramai yg melakukan jamak takyah... tidak menghormati dan tidak sensitif rasa nya tak perlu lah di hurai lebih lanjut.. zino sangat bersyukur kerana dapat bersama seorang kawan yg sangat mengambil berat... miss makan tak pe miss bergambar beramai2 pun tak pe tapi kami tak mau miss solat bila tiba waktu nya..

sebelah petang kami melawat ke pusat kawalan trafik sebuah lebuh raya lingkaran macam kita punya MRR2 tu tapi lebih besar dan menpunyai torowong yg panjang.. Bandaraya Madrid lebih kuran macam KL.. hiway masuk ke bandar dari pelbagai arah.. kat sini ada 7 hiway masuk kepusat Bandar.. utk mengelak kereta yg tak perlu masuk ke pusat bandar.. mereka sediakan lebuhraya lingkaran.. concept yg sama kita guna utk KL malang nya jalan lingkaran 2 kita gagal berfungsi.. kerana tidak mampu menampung trafik yg banyak..


bilik kawalan trafik lebuhraya lingkaran..

bergambar selepas taklimat...



laluan masuk ke terowong lingkaran..

terowong dia besar segala jenis kenderaan pun boleh sumbat situ..

ok kita stop sampai di sini dulu... esok kita nak naik keretapi... sampai ke airport sebelum terbang ke Paris... sebagaimana di janjikan esok kita ada tajuk baru.. kacang lupakan kulit... kacang botol ke kacang peas ke esok baru tau ya hehe dan lepas tu kita ramai2 naik basikal.. boleh?

terima kasih kepada yg sudi mambaca...terima kasih juga kepada yanie, wong, ong, pam, eyrn, blog lepak, dan raz yg sudi singgah tapi sampai kat pintu pagar je hehe.. tak sudi nak singgah ke hehe..

17 comments:

  1. Salam Zino.... wah... sangat bertuah dapat ke Europe tu. Tapi bab ditahan oleh Polis Pelancong Madrid , Tie pulak yang rasa cemasnya. Diap check dompet lagi..

    Cantiklah suasana musim luruh tu... suka tengok warna2 daunnya.

    ReplyDelete
  2. jangan lupo esok sambung laie.pongalaman berhargo no ni.
    Sebolom minggu dopan habihkan he he.
    Kok nak becerito pun kan sibuk nanti ko sambut tetamu.boh la gambar banyak2 laie yo.

    ReplyDelete
  3. salam zino. seronok ye timba pengalaman di tempat orang.

    ReplyDelete
  4. reseki Allah bagi dalam pelbagai bentuk

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...

    Bila kita jaga solat,jaga Allah...insyaAllah,Allah kan jaga kita......:)

    ReplyDelete
  6. best nya...!!! seronok betol...

    kat sana cuaca sejok & kering.. jugak bersih.. makanya solat kat mana2 pon agak mudah.. cari je tempat tersorok.. ada kala dah solat baru terjumpa tempat yg dah disediakan utk solat..

    ReplyDelete
  7. Tie
    peluang sepanjang hayat kot utk zino.. hehe

    ReplyDelete
  8. erna
    inshaallah.. nak sambung la ni hehe

    ReplyDelete
  9. ambassador tu org opis sy hehehe...

    ReplyDelete
  10. Tak sabar nak tnggu sambungan ....

    ReplyDelete
  11. memang ramai yang bila travel tak solat langsung pun ada :((

    ReplyDelete