Monday, January 2, 2012

Permulaan bermula..

2.1.12

Salam utk semua....

kita dah pun masuk ke tahu baru... memang tak nampak pun baru sempadan diantara tahun 2011 dengan 2012 ni.. yg mungkin ada adalah dentuman bunga api si sana sini.. konon nya itu lah tanda peralihan tahun.. entah siapa dan di mana benda ni bermula.. tapi memang setiap tahu bagitu lah..

so dah di tahun baru ni !! apa nak buat ?? apa lagi business as usual.. cuti panjang pun dah habis.. meronda pun dah selesai.. yang balik kampong dah balik semula ke rumah.. yg melancong ke merata pelusok negara pun dah kembali .. ada juga la yg terlajak cuti menjangkau dua tahun kerana pelbagai urusan.. terutama persekolahan anak anak..

sebentar lagi kami pun ada urusan dengan kakak, cuti panjang dah habis.. dan nak kena balik semula ke kolej.. nasib baik tak le jauh sangat , Shah alam je.. meneruskan cita cita utk belajar nun jauh di sana.. ini sem terakhir kakak di Shah Alam.. lepas tu kalau ada rezeki, InshaAllah.. akan terbang jauh.. kalau kami nak ke sana mulai hari ni kena lah simpan RM.. nak dapat tiket free macam sebelum ni memang tak ada la kot hehe..



adik juga akan kembali ke sekolah... masa cuti tak tengok buku langsung... bermain bermain bermain... itu je lah yg dia tau... kalau tak bermain di luar bermain game komputer ... so adik.. tinggalkan semua tu masa utk belajar.. kena beri tumpuan kena rajin rajin kena bersungguh2.. kalau nak ikut jejak abang2 dan kakak... ingat tu..



ok sekian utk kali ini.. terima kasih kepada ombak baik dan izyan yg sudi follow..
jumpa lagi... esok insha Allah..

20 comments:

  1. selamat tahun baru zino

    doa dan pengharapan yg lebih baik pada tahun ni.. Ika dan hazwan sebaya... Mmg cabaran tahun ninak educate dia pra upsr...

    ReplyDelete
  2. comel tengok adik pakai pakaian ala jopun.

    Selamat tahun baru abah zino..:)

    ReplyDelete
  3. kat perkampungan perancis ni kan hehe

    ReplyDelete
  4. gambar kat bukit tinggi ker tu?

    ReplyDelete
  5. tingin pakai baju camtu laa, slmt thn baru =)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.

    Abah, tengok gambar orang bercuti saya jadi cemburu.

    Hehe...

    ReplyDelete
  7. semoga tahun baru ini kan membuahkan nur a.k.a cahaya kpd kita semua

    ReplyDelete
  8. wawa
    betul tu tapi baju tu kat dalam taman jepun atas bukit tu..

    ReplyDelete
  9. Mak Su
    bukit Tinggi yg tak berapa tinggi tu..

    ReplyDelete
  10. Aleeya
    kalau nak pakai kena pegi jepun atau boleh di Bukit Tinggi je hehe

    ReplyDelete
  11. Ashrafi
    datang la bercuti ke sini..

    ReplyDelete