petang kamis lepas, dapat panggilan dari along, kata nya uwan talipon beritau atok sakit tak boleh bangun.... selepas bercakap dengan along saya lantas talipon mak di kampong bertanya hal ayah, mak kata ayah dah dua hari tak boleh bangun, nak jatuh je.. sebelum tu dah pernah terjadi dan dah baik.. sakit tu datang lagi..
setelah mendengar cerita mak, saya lantas buat keputusan utk balik kampong , petang tu saya patut hadir satu mesyuarat.. tapi minta orang lain yg ganti... urusan keluarga lebih mustahak utk di utamakan.. memula ingat nak ajak adik balik sama.. memandangkan adik pun tak berapa sihat kena lah balik sorang... bila sampai kampong ayah baring di serambi... sambil sambil minum petang tu cadangkan ayah ikut saya balik KL dapatkan rawatan di KL.. lepas makan malam baru kami ke Hospital Pusrawi... sementara ayah mendapat rawatan mesej adik2 maklum ayah ada kat sini...
masaalah ayah dia tak boleh nak berdiri secara stabil... terasa bergoyang dan nak tumbang... mak kata ayah dah beberapa kali jatuh.. itu merisaukan kami.. bila ayah berdiri dia perlu berpaut , kalau tak terasa berpusing pusing... pendapat Dr masaalah penstabil di telinga.. setiap kita ni ada cecair penstabil kat telinga .. bila berlaku masaalah di situ balancing kita akan lari... rasa macam mabuk laut la kot..
pagi ni ayah minta saya anta dia balik kampong... malam tadi dah pakat dengan adik ayah perlu dapatkan rawatan pakar utk menganalisa apa masaalah sebenar nya.. tak apa lah bila dah dapat set appointment dengan Dr nanti baru jemput ayah datang Kl lagi.. mungkin ayah ingatkan mak yg tinggal dan tak ikut kami sebelum ni.. mak kata bawa lah ayah le dia nak duduk rumah , banyak kerja yg perlu di buat maklum la baru je lepas kenduri.. ayam pun nanti tak ada siapa nak bagi makan..
hari ni patutnya saya ke pejabat.. ada sambutan hari wilayah dan ada lawatan PM.. tetapi semua tu kena lah korbankan demi ayah.. bagi saya yg lain tu boleh tunggu tapi memberi keselesaan kepada ayah dan mak satu keutamaan.. semalam sepatut nya saya pengerusikan satu mesyuarat yg agak penting juga terpaksa di ganti dengan orang lain...
kepada anda semua selamat berhari minggu.....kepada marya Yusof terima kasih sudi jadi follower.... i follow....
kejap. nak booking komen tempat pertama. hehee
ReplyDeletesungguh benar apa yang dikata. ramai yang terlepas pandang. tak call orang tua, tak tanya khabar, tak balik jenguk... :(((
ReplyDeleteMmg pun....mak ayah adalah segalanya. Akhir th lps saya cuti lebih drp 2 mggu sbb mak demam dah sebulan tak baik.... tak sampai hati nak tinggal balik kl masa mak tengah demam teruk, puas hati dpt jaga mak, mlm tidur ngan mak, pastu bila pandang muka mak tgh tidur... sedih sangat
ReplyDeleteAsben kawan azwa pun pernah kena penyakit ini..cecair dalam telinga tak balance. Katanya kena operate. Itu beberapa tahun dulu, tengok dia sekarang steady jer jalan.
ReplyDeleteSemoga Abah zino cepat sembuh..
harap ayah cokpek baik..dan mau meneruskan rawatan..
ReplyDeletenanti kalau ada appt ngan doktor bawak omak klai..biar ayah tonang tak risaukan omak kek kampung.
moga ayah abah cepat sembuh.. kita dah takde ayah...
ReplyDeletesemoga ayah Zino cepat sembuh....
ReplyDeletetiba giliran kita pula menjaga ayah kitakan uncle..moga ayah uncle cepat sembuh...
ReplyDeleteKadang2 kalu rasa bergoyang nak pitam masa berdiri ni, mungkin juga kerana tekanan darah tinggi.
ReplyDeleteapapun semoga sejahtera seperti sediakala.
tahniah zino kerana mendahulukan ayah...terharu aye...
ReplyDeleteFA Atip..
ReplyDeletetahniah jadi yg pertama hehe
shidah..
ReplyDeletemak ayah segala2nya...
Azwa
ReplyDeletetq.. mudah2an...
erna
ReplyDeletememang ajak omak sekalai tapi dio kata bawa ayah ekou yo omak tinggal den tak boleh nak cakap apo lae dah
MULAN
ReplyDeleteterima kasih...
MP
ReplyDeleteterima kasih...
Dee
ReplyDeletemudah2an terima kasih Dee
azieazah
ReplyDeletekami akan dapatkan rawatan pakar lepas ni...
angah..
ReplyDeleteterima kasih.. zino akan lakukan yg terbaik utk mereka...
Semoga ayah zino cepat sembuh. Insyaalla
ReplyDeleteZar
ReplyDeletetq.. dah dapat date dengan Dr pakar
Ayah tu tak boleh tinggal lama sebab teringat makwe dia kat kampung le tu
ReplyDeletekamato..
ReplyDeleteagaknya hehe