apa kabar semua... nak share pengalaman petang tadi... tengok tajuk tu dah tau kan... apa lagi pasal jem la.. perjalanan yg biasa zino lakukan hanya mengambil masa selama 15 minit tetapi petang semalam menjadi 1 1/2 jam !!!
biasa nya di waktu pagi zino guna laluan yg sama selepas menghantar mem kerja utk ke tempat kerja zino yg di luar kota raya tu.. hanya lah mengambil masa 15 minit.. macam mana tu? mana tak nya waktu tu trafik yg banyak nya menuju ke ibu kota sedangkan zino bergerak keluar ibukota.. se berdendang sayang la sepanjang jalan tu .. tak banyak kereta boleh main lumba lumba lagi.. tapi tak le lebih dari had laju yg di benarkan.. iyo la tu..
tetapi di waktu petang perjalanan di laluan yg sama akan mengambil masa dua atau tiga kali ganda dari tempuh biasa... tepi petang tadi keadaan adalah amat teruk... 1 jam 1/2 baru sampai ke distinasi... kenapa jadi macam tu ?? pertama nya petang tu berlaku penutupan beberapa jalan akibat dari demontrasi aman di depan kedutaan Amerika... kesan dari penutupan tu merebak ke merata tempat , walaupun penutupan berakhir pada lewat petang tapi kesan nya masih berlanjutan ..
dan di tambah pulak petang tadi huja lebat, kata nya di kawasan selatan , Cheras dan sebagai nya hujan sangat lebat, ini juga mengakibatkan kesesakan yg telah bermula sejak awal petang tidak sempat utk reda.. kenderaan kembali perlahan dan mempunyai domino effek ke merata tempat... masa tu lah zino melalui nya...nasib baik bukan zino yg drive..
fenimina jem petang Jumaat juga menyumbang bertambah nya kenderaan di jalan raya waktu itu, kemapa Jumaat je selalu jem? kenapa jem je selalu di kait dengan hari petang Jumaat?? ada yg kata ramai warga kota yang balik kampong.. mungkin juga ada betul nya tapi kita tak ada data untuk menyokong teori ini.. nanti lah zino dapatkan maklumat terpeinci pergerakkan kereta keluar KL sepanjang minggu ada lah berlaku pertambahan mendadak di hari Jumaat kereta bergerak keluar dari KL sama ada menuju utara atau selatan..
Satu pendapat lagi.. jem yg berlaku di petang Jumaat kerana semua pekerja ingin meninggalkan pejabat tepat pada waktu nya selepas seminggu bekerja keras.. kalau di hari2 lain mereka masih rela utk balik lewat atau membuat kerja lebih masa tetapi come Friday masing masing keluar tepat pada waktu pelepasan pejabat.. maka mereka semua serentak berada di jalan raya.. pendapat ini zino dapat dari seorang professor madya dari sebuah universiti yang membuat kajian berkaitan trafik..
so fakta kenapa berlaku kesesakan ada pelbagai itu belum lagi di tambah bila berlaku kemalangan, kenderaan berat rosak di jalan utama. kejadian pokok tumbang dan sebagainya... cabaran untuk memberi keselesaan semasa di jalan raya kepada warga kerja di Kuala Lumpur semakin bertambah , belum lagi kita mengambil kira pertambahan kenderaan yg semakin meningkat sedangkan keupayaan jalan raya ada lah terhad...
Syabas kepada saudara yang masih memilih utk kekal bekerja di ibu kota dengan pelbagai dugaan dan cabaran yg menguji kesabaran , keprihatinan , kecekalan dan kewasaran kita sepanjang masa... selagi anda di sini selagi itu kami akan terus beriktiar memberikan keselesaan kepada anda semua...
ini jem di MRR2 masa lain..
kalau drive lengang macam ni di KL
something is the very wrong somewhere hehe
peringgan yg akhir tu iklan ya tuan tuan hehe..
jumpa lagi....
9 comments:
zno
i love kl so much wpun kl jammed..:-) zar rela balik lambat di petang jumaat.. Selalunya akan melepak kat the mall minum dgn geng muah muah tapi semalam kena balik sbb cik hubby os so kena pick up yang akan pi tusyen.. Redah jygalah.. Penat tapi its normal.. Dah yak raa apa.. Even zar pernah drive di kangar waktu pagi nak pi kerja.. Keta tak de.. Huhuhu che kiah stress bawak kereta dgn jalanraya yg lapang.. :-)
zar
welcome to the club hehe
Salam...I Love Shah Alam ......sejak saya tinggal sini pada tahun 1990...aman tenteram ... hehe... cuma semenjak dua menjak ni, sejak jadi Bandaraya , sejak ada i-City ...(saya memang sentiasa mengelak dari pergi ke area i-City tu ...situ tgh malam pun macam siang...) baru lah ada jem kat sini ..anyway jem bila students UiTM balik semula ke kampus, jika cuti semester...lengang ajer...bestt.!
KL? huhu,,,cuba sedaya upaya mengelak utk pergi ke sana, kecuali jika terpaksa atas urusan tertentu ...
Nur azzah
macam2 ada kat KL ni rugi nya tak datang hehe
komen cikMilah: kalau tak jem, buka namanya..hahaha alah bisa tegal biasa...
cik milah
saya setuju hehe
Salam Zino..saya dok keje KL tapi dok kat Puchong perjalan biasa amik masa 1 jam..kalau jam membawak ke dua jam huhuhuhuhuhu
Ogy..
itu lah hakikat kepada yg duduk atau bekerja di KL ni perlu terima..
Salam AZ, tak apa..saya rela rugi macam2 daripada pening kepala membawa ke migrain jika tgk jam dan orang ramai ...berpeluh, mcm2 bau..hehehe
Azzah8
Post a Comment