Thursday, November 29, 2012

entri khas utk alang

Assalamualaikum...

ini entri khas utk Alang sempena majlis convocation semalam.. sebelum tu nak ucap sekalong tahniah kepada alang dan rakan rakan seperjuangan .. segala pengorbanan segala susah payah segala perit getir segala usaha akhirnya membuahkan hasil.. cabaran dorongan kata kata semangat nasihat teguran dan peringatan demi peringatan yang kami berikan alang terjemahkan dengan segolong ijazah yg boleh di banggakan..

alang tentu masih ingat lagi.. bagaimana alang di zaman kanak kanak dulu, malah mak abah selalu ingatkan peristiwa peristiwa itu secara berjenaka utk alang sentiasa muhasabah diri sehingga berlaku satu tranfomasi besar dalam diri alang, bagaimana alang menyahut cabaran utk berubah.. bagaimana alang menunjuk komitmen yang sangat tinggi dalam pelajaran dan cara alang belajar..

abah masih terdengar dengar di telinga kakak menjerit dalam kereta bila alang bagi tau... dapat 8A je masa PMR..itu kejutan yg paling besar telah alang lakukan.. alang telah membuktikan sebenar nya alang boleh... dengan kemahuan alang dengan usaha alang dan dengan izin Allah alang boleh melakukan sesuatu yg sangat hebat... sementara orang lain di tawarkan sekolah berasrama penuh jauh dari tempat sendiri , ada yg ke Penang, Perak la Melaka la, macam along dulu ke Muar ,Johor.. tapi Alang tak sampai 3KM dari rumah.. !!! itu rezeki alang dengan kehendak Nya... bila berbual dengan ibubapa yg menghadiri satu majlis di sekolah mereka terkejut bila abah kata "rumah saya kat sini je" sedangkan mereka datang ada yg dari Kelantan, Pahang Kedah, sampai sesat2 nak cari sekolah anak mereka..

Perjuangan alang di menara gading bukan la satu perkara yg mudah.. itu abah tau.. abah pernah melalui dulu malah lebih sukar lagi bila abah masuk semula belajar setelah tiga tahun bekerja... tetapi berkat usaha gigih berkat kesabaran berkat doa ibu bapa berkat ilmu yg di ajarkan berkat keikhlasan semasa menimba ilmu.. segala rintangan berjaya di tempuh ..sehingga menghasilkan kejayaan yg membanggakan.

Tetapi cabaran tidak terhenti di sini alang, cabaran sebenar ada di luar sana.. alang bakal masuk kedunia pekerjaan pengalaman lalu akan terus mengajar alang bagaimana mengatasi nya bagaimana melalui nya apa yg telah di pelajari perlu di praktikkan.. tetapi dalam banyak keadaan alang akan mendapat ilmu baru dalam melaksanakan tugasan yg di amanahkan kaedah yg tidak terdapat di mana mana buku dan tidak di ajar di mana mana universiti..

selamat berjaya utk alang dunia dan akhirat...amin




















sekian...

34 comments:

  1. taniah, alang.. terharu saya baca catatan dari seorang ayah ini...

    ReplyDelete
  2. Tahniah alang..moga alang terus berjaya

    ReplyDelete
  3. kalo saya adalah alang, maunya saya nangis nangis baca ni

    ni pun mcm nak nangis dah ni, haiya

    ReplyDelete
  4. Catatan bermakna dari seorang ayah buat anak tercinta...
    Tahniah buat Alang..
    Selamat menempuhi alam pekerjaan..semoga dipermudahkanNya..Amin
    :)

    ReplyDelete
  5. Catatan yang indah. Tahniah buat Alang, tahniah juga buat Abah sekeluarga kerana punya anak-anak yang bagus. Semoga berjaya sehingga ke syurga. Amin, amin...

    ReplyDelete
  6. tahniah alang...
    tahniah juga kepada zino dan mem

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Tahniah alang...dunia yg lebih mencabar menanti di hadapan. Selamat berjuang!

    ReplyDelete
  8. Tahniah Alang! Semoga dipermudahkan segalanya.. seronok tengok gambar anak, ibu dan ayah tersenyum riang di hari konvokesyen itu.

    ReplyDelete
  9. Untuk ke sekian kalinya, tahniah untuk Alang! Tahniah juga Abah Zino suami isteri atas kejayaan anak-anak dalam pelajaran. Semoga mereka terus menjadi anak yang dibanggakan dunia dan akhirat... Aamiinnn

    ReplyDelete
  10. Tahniah Alang...semoga terus berjaya..
    p/s saya pun minggu depan nak kesana jugak...2 anak saudara dapat diploma , sorang ijazah..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...
    Boleh la menyambung kepakaran Abahnya

    ReplyDelete
  12. tahniah Zino dan isteri dan khas buat Alang...

    ReplyDelete
  13. khairul
    terima kasih banyak...

    ReplyDelete
  14. norshahfeza
    terima kasih banyak..

    ReplyDelete
  15. azwa
    hari yg di nanti2kan...banyak cabaran sepanjang jalan..

    ReplyDelete
  16. azieazah
    sekali lagi terima kasih banyak..

    ReplyDelete
  17. azi
    selamat datang ke shah alam.. datang la ke tempat kami

    ReplyDelete
  18. MSP
    elok la kan abah pun dah nak pencen hehe

    ReplyDelete
  19. TAHNIAH ALANG..ni kat itm shah alam ke?

    oh mgkin sama dgn adik ipar saya sbb saya pun test pakai baju yg dia ambik utk konvo bulan nov tu ari.hihi

    ReplyDelete