Assalamualaikum...
kisah cuti cuti seterusnya ke IPOH perlu di tangguhkan terlebih dahulu untuk memberi laluan kisah pertemuan pertama zino dengan warga KKA..
Zino di jemput masuk ke KKA oleh Azieazah.. sebenarnya azie menjemput saya hadir di pertemuan sebelum ni di rumah Dato Abdullah di Bangi... tetapi saya belum terbuka utk hadir.. masa tu saya rasa macam belum boleh masuk lagi dengan KKA ni.. hehe kata orang tu tak kenal maka tak cinta... kan sedikit demi sedikit saya mula mengenali rakan rakan dalam KKA.. ada yg saya mohon add ada yg saya menerima permintaan utk add.. lama kelamaan bertambah ramai rakan yg di kenali dan bertambah mesra..
Dan ini bukan group pertama saya pernah joint.. group pertama saya mengenali rakan siber adalah group Jalinan Keluarga yg di buka oleh MIMOS ... ramai dari kenalan dan rakan group ni masih menjadi sahabat baik zino sampai sekarang walaupun dah lebih 10 tahun.. dan perjumpaan pertama dengan group ni berlangsung di Taman Tasik Shah Alam.. selepas tu selalu lah kami berjumpa dan merancang pelbagai aktiviti sehingga mengadakan konvoi ke Melaka beramai2.. group ke dua yg zino pernah aktif ialah group FUNSER iaitu terdiri dari pemilik kereta UNSER.. semasa aktif dulu kami telah konvoi ke merata tempat JOHOR MELAKA KUANTAN dan PENANG ... yg special group ni ia terdiri dari pelbagai bangsa.. makna nya kami lebih dahulu mendominasi konsep 1MALAYSIA.. hehe setiap bulan kami set satu TT .. jenama yg kami cipta utk setiap pertemuan.. kekonon nya TT= teh tarik.. sampai sekarang kami masih berhubung walaupun tak seaktif dulu, sebabnya apabila FUNSER di ganti dengan TRIBETOYOTA oleh pihak pengurusan TOYOTA.. ramai yg tidak lagi berminat utk masuk ke forum tersebut.
Walaupun pertama kali berjumpa dengan rakan dalam group KKA ni saya rasa selesa dan rasa saling hormat menghormati di antara satu sama lain.. gurau senda yg bersahaja menambah kemesraan antara ahli.. sebenarnya sehari sebelum nak hadir ke perjumpaan tu baru bincang dengan mem nak bawa apa nanti ?? dan cuma pagi ahad sebelum kami ke LCCT menjemput cucu balik dari KB baru mem decide nak masak sama ada spegheti atau macaroni.. kedua2 bahan tu mem dah sediakan.. balik dari LCCT dah jam 12.00 t hari.. masa tu lah mem bertungkus lumus menyediakan spegheti.. dan tak sempat nak goreng macaroni.. hehe 2.15 ptg baru lah kami kluar rumah.. janji nak mengekor Sapina pun tak jadi hehe..
Dah masuk LEKAS baru teringat kamera tertinggal... kata orang tu dari pada cempedak baik lah nangka dan memang ada nangka pun kan.. hasil nya beberapa gambar yg sempat di rakam menggunakan HP je hehe
den mengalu ngalukan semuo yg dapek hadir
goli e ati den.. hehe
sapo nak hadiah kono jawab soalan dulu yo
main game lagi best..
nanti jap nak peta.. kabo yo ni ha..
yg mano satu nak ambik ni..
yes...!!! den dah dapek..!!!
negori sembilan ado berapo daerah??
alamak ada orang nampak la..sogan den
tuan2 dan puan2..
bertemu juga akhirnya
happy ending..
kalau ada sumor di ladang
boleh saya menumpang mandi
kalau ada umur yg panjang..
bila di jemput saya datang lagi..
sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
time makan kita makan
time bekerja berganding bahu
Pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
terima kasih utk pakngah
sekali jumpa dah rasa mesra
Terimakasih.
ReplyDeleteKadang-kadang, di alam maya nampak mesra dan bergurau senda, bila dah bertemu muka rasa segan dan malu pula. Saya ler tu kot. hahahaha!
kka tu apa?:-)
ReplyDeletehaaa... Abah Zino dah 'jatuh' chenta... selamat berkenalan lebih rapatlah kalo gitu...heeheh
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteWalaupun kali pertama bertemu tapi sudah dirasakan kemesraannya .. insyaAllah kita bertemu lagi dalam masa terdekat
Aziezah
ReplyDeleteKalau azie sogan den lae sogan hehe
Zar
ReplyDeleteGroup blogger satu hari nanti mungkin zar pun boleh jadi warga KKA ni
Akuzle Ayu
ReplyDeleteSalam perkenalan saya tengok semua rakan macam satu kepala je .. Dah macam adik beradik hehe
Dato
ReplyDeleteInsyallah bila ada kelapangan dan di murahkan rezeki kita berjumpa lagi
alhamdullilah abah zino join gak..
ReplyDeleteayi jer belum bkesempatan..
kalau nak dikira guna jari ini kali ke 7 pjumpaan blogger kka....
tahniah semuaaa
terima kasih atas entri yang sungguh menggembirakan hati saya membacanya ..
ReplyDeletenanti saya nak curi beberapa keping gambar. boleh ?
Ayu
ReplyDeleteDah terbuka hati nak joint hehe
Hamzah
ReplyDeleteSilakan pilih yg mana suka
Kami yang jauh ni, tumpang tengok gambar ajalah...:)
ReplyDeleteAzi
ReplyDeletebila nak mai KL.. ?hehe
Den juo yang belum dapek berjumpo dongan Abah Zino ni ha...
ReplyDeleteKakcik Nur
ReplyDeletebelum ada jodoh hehe
abah zino, tu baru suku geng KKA yang mai.. kalu sumo lagi gamatt.. tak menang tangan, eh mulut menyembang... next gathering kita jumpa eh, InsyaAllah.. ngeee..
ReplyDeleteYeayyyyy..dapat jugak jumpa Abah Zino..
ReplyDeleteLepas ni ada gathering, datang tau...boleh bawak macaroni pulak! haha
bestnye..rajin ek join grup neh...
ReplyDeleteanna
ReplyDeleteada jodoh nanti kita jumpa.
Daddy Ziyyad
ReplyDeleteinsyallah bila ada kelapangan hehe
Aleeya
ReplyDeletebila pulak nak jumpa ni.. hehe
hehe.. nk spegeti lagi~ hahaha..
ReplyDeletesalam kenal abah zino..
Salam kenal!
ReplyDeleteheheh bsetnye,,keluarga yang happening kan,,=) memang syoklah kalau buat event
ReplyDeleteNorshahfeza..
ReplyDeleteitu kali pertama saya joint.. sangat meriah..
Salam abah zino
ReplyDeletesemalam dah masuk tgh komen tetiba tenet putus...
alhamdulillah akhirnya dapat juga abah join gath KKA ni..insyallah kali ke dua dan seterusnya dah tak canggung lagi...
p/s tk sempat rasa spagetti dah habis hehe
nyanyisunyi..
ReplyDeletetak sangka spegheti jadi rebutan..hehe