Friday, March 1, 2013

Tanah runtuh normal.... Bumbung runtuh..pun dah nak jadi normal... sekarang jambatan runtuh !!!!!

Assalamualaikum...

Tiba tiba kita di kejutkan dengan satu berita kejadian jambatan runtuh di Putrajaya.. tak ada angin tak ada ribut tak ada gempa bumi atau gunung meletop tetiba jambatan tu runtuh..senang cakap patah dua..gambar ni di tunjukkan kat zino.. masa sedang mempengerusikan satu mesyuarat tapak yg berkait kerja kerja pembinaan.. terkejut dan macam tak percaya.. cepat2 buka FB.. dan memang sah zino pun ada berita yg sama gambar yg sama dari sumber yg lain..

Dengan pantas kejadian ini menjadi bahan bualan di media maya... pelbagai spekulasi dan andaian di berikan oleh orang awam berkait punca kejadian.. sehingga ke serangan raksaksa dan atoman.. hehe.. selagi berita resmi tidak di keluarkan dengans segera oleh pihak2 yg berkaitaan.. berita2 tidak resmi akan tersebar luar.. hehe..

Malam tadi berita ni keluar dalam berita perdana.. katanya jambatan di persimpangan bertingkat yang di bina PKNS menghubungkan Taman Putra Perdana Puchong dengan Taman Sains Selangor2 di Kilometer 2.4 Putra link runtuh pada pukul 12.30 tengah hari semalam. Insiden berlaku di katakan berpunca dari pergerakkan dari salah satu tiangnya.. Keadaan kelemahan struktur jambatan ini rupanya telah di ketahui lebih awal dan laluan di bawah jambatan itu telah pun di tutup sejak 7 Dis 2012 atas arahan menteri kerjaraya.. Datuk Sri Shaziman Abu Manshor atas faktor keselamatan..

Dalam sidang akhbar itu juga di lapurkan syarikat perunding bebas telah pun di lantik untuk menyiasat dan mengumpul maklumat utk menilai keadaan keselamatan jambatan .. tapi belum sempat menyiapkan lapuran jambatan telah memberi maklum balas yg ia memang tidak selamat..

Sekarang dah pun runtuh.. kenapa dia runtuh.. kenapa berlaku pergerakkan pada struktur tiang... dan banyak lagi persoalan yg perlu di cari jawapan dan di dokumenkan serta di hebahkan.. sama ada berlaku kecuaian di mana mana pihak.. ketidakpatuhan kepada mana mana peraturan dan amalan kejuruteraan .. kesilapan rekabentuk.. keadaan sebenar geologi tanah.. asumption2 yg telah di gunakan semasa rekabentuk.. kajian2 teknikal dan geologi yg di jalankan sebelum rekabentuk di lakukan.. kontraktor yg terlibat dan sebagainya .. semua persoalan ini perlu di huraikan satu persatu..






7 comments:

  1. lepas ni akan kedengaranlah lagu bangau oh bangau kan?

    ReplyDelete
  2. lepas ni kedengaranlah lagu bangau oh bangau kan?

    ReplyDelete
  3. hmm..x belajar2 dari kesilapan lampau kan..

    ReplyDelete
  4. laaa.. barulah orang tau sapa engineer nya.. haha

    ReplyDelete
  5. Harap siasatan tu menyeluruh dan tidak berulang lagi di tempat lain pula.

    ReplyDelete
  6. bila gempa bumi di seberang ..soil movement...affecting the structural of the bridge possibly. offlate rumah jatuh dlm tanah mmendap di ingerland ke mana last saturday. all due soil movenent n other factors.
    most nation except jepun mana buat study sgt pasal effect gempa bumi bbcoz study not viable nnnkita takkena direct hit.
    wasalam

    ReplyDelete