Sunday, March 17, 2013

kami sokong perjuangan parajurit di Lahat datu..maklumat terkini


SEORANG LAGI MUSUH TUMPAS, OPERASI BERSIH TANJUNG BATU DIGIATKAN 

Lahad Datu, 17 Mac - Operasi Daulat yang diteruskan hari ini dengan usaha memburu dan 'membersih' Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah, menyaksikan seorang lagi militan Sulu ditumpaskan. 

Musuh ditembak mati dalam pertempuran kira-kira 10.15 pagi apabila pasukan keselamatan bertembung dengan sekumpulan penceroboh bersenjata, menjadikan bilangan keseluruhan pengganas yang terbunuh setakat ini kepada 62 orang. 

Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata pasukan keselamatan kini giat menjejaki tiga lagi musuh yang melarikan diri dalam kejadian itu. "Operasi memburu saki-baki penceroboh akan diteruskan sehingga Kampung Tanjung Batu selamat dan bersih dari musuh," katanya pada sidang media bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib di Felda Sahabat, Lahad Datu. 

Mayat musuh yang dibunuh dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu petang ini dan diserahkan kepada pihak forensik. Dalam pada itu, Hamza berkata 80 peratus daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang telah dibawa keluar daripada kawasan Operasi Daulat selesai dibedah siasat. 

Bagaimanapun belum ada indikasi daripada Manila untuk menuntut mayat-mayat tersebut walaupun tempoh tiga hari yang diberikan oleh Malaysia tamat hari ini. Malaysia sebelum ini memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat setelah mereka menceroboh negara sejak 12 Feb lepas. 

Beliau turut memaklumkan anggota keluarga Jamalul Kiram dipercayai antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). 

Bagaimanapun, katanya operasi membanteras tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah, kerana kaum keluarga anggota militan lain tidak terlepas daripada buruan polis. 

Sementara itu pengorbanan anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu dihargai mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat kunjungan singkat ke daerah itu hari ini bagi memberi sokongan moral. - BERNAMA

8 comments:

  1. tu dia.... sekali mood dah datang update 2 N3 satu hari...

    moga pasukan penyelamat kita di Lahad Datu dilindungi Allah

    ReplyDelete
  2. MystoryPic..

    idea copy paste datang dulu hehe

    ReplyDelete
  3. moga malaysia kekal aman damai..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..pengalaman berada di sabah ketika bende nie berlaku sgt mengujakan huhuhhhh

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum... semoga segalanya akan kembali seperti sedia kala

    ReplyDelete
  6. Sabah Tanah Airku, Negeri kita yang tercinta...

    semoga cepatlah Sabah kembali aman damai seperti dahulu...

    ReplyDelete
  7. salam...

    muga negara tercintaku akan aman seperti dulu....

    ReplyDelete