Assalamualaikum....
Hari ni sesi mengetest kereta...dah beberapa minggu tertangguh... baru berkesempatan petang ni... Saya alang dan adik je yg melaksanakan misi ni ..semua showroom yg kami lawat berhampiran di tempat kami saja... jom kita tengok kemana yg sempat kami lawat... dan boleh la beri pandangan nanti yg mana patut di pilih dan kenapa..
kereta pertama yg di lawat, dari syarikat Hyundai kerana showroom ni yang paling hampir dari rumah... kami tengok kereta compak je i10 , 1.2 , harga antara RM52,888.00 hingga RM61,900.00 bergantung kepada spec.. katanya kereta ni ada kelebihan dari segi ciri2 keselamatan.. sempat test drive sekali..
kemudian kami singgah pula di showroom Mazda2 1.5.. harga antara RM78,000.00 ke RM85,000.00.. tapi tak dapat nak test drive pun.. kena set datang lain masa utk kalau nak test drive..
selepas tu kali kluar jauh sikit .. tapi masih di area Ceras juga... alang terus terpikat nak tanya tentang proton preve.1.6 harga antara RM60,003.50 hingga RM73,003.50 kereta Preve ni dah jadi kereta resmi kerajaan... bos bos tempat zino semua dapat sorang sebiji....
kemudian kami le jalan Chan Sow Lin.. kat situ ada banyak showroom.. kereta yg di sebut ramai supaya menjadi pilihan ialah Mirage eco.1.2 Harga antara RM56,992.15 hingga RM65,962.15 kereta ni ada banyak gajet yang menarik.. memang sebuah kereta yg bersaing hebat dengan Myvi...dari segi performance dan harga..
tak jauh dari showroom Mitsubishi.. terdapat showroom Nisaan.. alang terpikat dengan Nissan Almera.1.6 kereta ni mempunyai keistimewaan kerana banyak gajet yang menarik.. harga antara RM76,421.49 hingga RM80,441.77 bergantung kepada spec... masa test drive alang je yg pergi zino tak ikut sebab adik dah tidu dalam kereta...
Bila kami sampai showroom Volkwagen kedai dah tutup... ingat nak tengok kereta Volkwagen Golf dan Beetle ni.. tapi apa kan daya tak ada orang yg nak sambut kami... lain kali je lah kami datang lagi... nak rasa duduk dalam beetle tu..
Volkwagen Golf ni pun dapat tengok je..
misi terakhir hari ni di showroom Produa di sri Permaisuri... Kalau ikut offer Myvi yg terbaik.. tigabtahun servis dan part free.. minyak hitam dan oil filter free.. ada pulak pakej utk graduan.. tak perlu penjamin dan downpayment.. tak terdapat di tempat lain...
harga utk Myvi 1.5 special editian antara RM51,413. 50 ke RM56,013.50 manakala yg extreme antara RM58,713.50 hingga RM61,213.50 nampak yg extreme akan menjadi pilhan orang muda..
Di antara kereta yg di lawat tadi agak sukar utk di buat perbandingan kerana berlainan CC dan specification..alang kena pilih mengikut keutamaan... harga , kemampuan bayaran balik , kemudahan yg di berikan , gajet2 yg menarik , servis lepas jualan , alat ganti , rekod prestasi dan sebagai nya..
Ysng ponting berapo omak nak baya dulu.banyak omak baya...mahal la keto yang alang boleh pilih he he
ReplyDeleteanak yg beli kereta tapi abah yg bayarkan ni...Biasa la tu,kami pun macam tu jugak, anak punya pasal kann..
ReplyDeleteSalam...sekarang ni kereta adalah keperluan jadi kenalah pilih dan fikir mengikut pengunaan dan kemampuan membayar setiap bulan agar tak menjadi masalah di hujung bulan. Baik keta import ataupun buatan tempatan semuanya ada kelebihn dan kekurangannya.
ReplyDeleteerna
ReplyDeleteyg tu penting hehe
Granny hani
ReplyDeletekami boleh bantu downpayment je yg bulan2 tu kena bayar sendiri la.. hehe
Ct NoArizah
ReplyDeletebetul tu yg penting kemampuan alang bayar bulanan...yg tu abah tak boleh nak bantu..
Anak bujang accik si shahmah bru boli Preve exec 1.6...smua duit seniri, omak tolong naik yo. Tk bedayo nk nulung.
ReplyDeleteTapi kan zino..seat eh koreh..bab tu yg tk selesa. Baik seat Myvi lgi kato eh. Mmg..accik pun raso camtu. Tggu Proton tukar seat tu, baru boleh mikir boli Preve..tu cdgn accik. Boli keter lain laa.. hehe
Mirage atau almera nampak menarik..Myvi new edition pun sudah terbukti ke 'lagi best'annya hahaha..
ReplyDeleteooo..kereta yang cuma sempat tengok tu jer kalau mokcik cuma mampu tengok jer la hehehe tak mampu nak membeli.. lebih baik mokcik beli rumah drpd perabiskan duit beli kereta mahal3 tu ahakss
Mokcik cadangkan alang sambar honda civic, vios atau almera..lalallaa..
saya pilih myvi! hehehehe
ReplyDeleteassalamualaikum ... kena tgk budget tuan punya badan , keselesaan n kelebihan kereta tu sendiri ...
ReplyDeletecomel kan beetle tu..
ReplyDeleteLupokanje
ReplyDeleteSementara ni kena pangkah preve dulu la
Azwa
ReplyDeleteAbang dia pun rekomen Myvi ....nanti berderet 3 biji hehe
Abgah
ReplyDeletePilihan ramai
Veesandi
ReplyDeleteBetul tu tq for komen
Mulan
ReplyDeleteSangat comel tapi harga dia lagi comel hehe
salam uncle..
ReplyDeletesaya suka myvi..sy pakai myvi...memang jimat minyakla uncle..hehhehe
salam abah,,
ReplyDeleteheheh kalau saye vw tetap dihati walaupon tgk harge die separuh pitam,hihihihi
Norshahfeza
ReplyDeletekereta tu memang cantik dan unik.. harga memang boleh buat fengsan hehe
Kalau saya masuk kedai kereta dah pakai - bolehlah yang besar besar boleh bawa kelapa dan anak cucu sekali gus!
ReplyDelete