Saturday, May 25, 2013

di sambut sebagai seorang YB..

Assalamualaikum.. dan selamat malam utk semua... 

nak tanya la.. apa perasaan anda bila di sambut sebagai seorang VIP.. ini pengalaman pertama zino tagi tadi.... kisah nya bermula bila dapat satu memo dari BOS.. sila wakili saya utk meresmikan satu program di satu majlis.... berderau darah bila baca nota tu.. mano lah zino reti hal hal macam ni.. orang teknikal ni mana ada majlis majlis resmi macam ni. hehe.. dia tau teckle problem je...hehe ..tapi suka tak suka terpaksa juga zino lalui .. perkara pertama terfikir.. apa yg zino nak cakap dalam majlis tu nanti.. tengok orang berucap tu biasa la tapi kali ni orang nak dengar zino yg berucap.... mau ketaq lutut ni..

Nasib baik di tempat kami tu ada satu bahagian yg menguruskan perkara perkara resmi meresmi ni.. text ucapan mereka yg sediakan.. setiap kali BOS atau BIG BOS turu padang utk meresmi sesatu acara  dan majlis bahagian ni lah yg menyediakan ucapan.. nasib baik.. kalau tak kena garu kepala cari idea apa yg nak di sebut masa peresmian tu.. 

Zino minta seorang pegawai lain utk menemani zino ke tempat majlis tu berlangsung.. kalau zino pegi sorang dia orang sana bukan kenal pun zino dan zino pulak tak kenal siapa di sana.. seperti di janjikan kami sampai tepat jam 10.00 utk majlis peresmian.... Sebaik sampai kami di sambut oleh pengerusi dan AJK majlis.. di iringi ke pentas VIP.. nasib baik tak ada kompang.. depan pentas VIP terdapat kemah besar utk para peserta dan penduduk sekitar.. masing asing teruja nak lihat VIP sampai.. ( perasaan zino je kot ) selepas beramah mesra majlis pun di mulakan... memula ucapan pengerusi... lancar dan berapi2.. maklum la dia memang pakar dalam bidang nya.. kemudian uacapan seorang Dr dari UPM kerana program  yg di jalankan dengan kerjasama UPM.. lepas tu baru ucapan peresmian oleh VIP... ucapan zino lah tu... di alu alukan dengan tepukan bergemuruh.. (perasan lagi ).. 

Dengan tenang dan selamba ... ye ke.. zino pun memulakan ucapan .. tanpa berpeluang terlebih dahulu meneliti text ucapan tersebut.. text tu di bawa bersama oleh pegawai pengiring yg datang menjemput zino di rumah.. zino sebut isi yg penting sahaja.. dan tidak membaca keseluruhan text yg di sediakan.. akhirnya meresmikan majlis yg di anjurkan pihak mereka.. di ikuti dengan tepukan gemuruh dari para hadirin hehe (perasan lagi) .. lega tugas resmi zino selesai.. tidak gugup tidak gagap.. pengalaman lama rupanya sangat berguna.. alhamdulilah.. dapatlah cenderahati sebagai tetamu VIP.. 

Lepas selesai majlis peresmian.. terus ke meja VIP utk makan2.. dan kemudian melawat pamiran dengan penjelasan di berikan oleh student UPM yg sama sama menjayakan majlis tersebut... yg paling tak tahan.. lepas tu sesi mendengar aduan dan permohonan dari penduduk setempat.. ada macam2 permohonan yg di utarakan.. zino dengar je dengan penuh minat dan menerima surat2 yang di kemukakan.. apa yg zino janjikan permintaan yg di utarakan akan di maklumkan ke pihak atasan dan akan di bincangkan dalam jawatankuasa berkaitan.. lepas tu zino minta diri utk meninggalkan majlis utk memenuhi majlis kenduri di Nilai dan Solok ( tak jauh dari kampong..)

bos kata banyak lagi lepas ni... aduhhhhh 

8 comments:

  1. tahniah .. tak perlulah lagi tips sebab majlis dah berjalan dengan baiknya.

    lagi pun orang beri tips ni kalau makan kek restoran besar2.

    ReplyDelete
  2. Saya kalau suroh berucap, boleh saya 'mengarut' je...

    janji jangan suroh saya baca doa... lari!

    ReplyDelete
  3. gedek
    doa tak ngarut kan hehe

    ReplyDelete
  4. tahniah.. ade talent jadi yb. hehehehe

    ReplyDelete
  5. Lyndawawa

    YB = Yang Bekerja hehe

    ReplyDelete
  6. Tahniah... tapi lps ni kena baca dulu teks..

    ReplyDelete
  7. Zar

    betul tu yg tu pasal last minit dan saya jadi kelam kabut kat sapa nak rujuk.. maklum la tak kenal sape lagi.. nasib baik juga ada juga text

    ReplyDelete