Wednesday, August 14, 2013

jom pegi bagan lalang

Assalamualaikum semua..

Tetiba mem dapat satu idea, jom ke bagan lalang !! seingat zino dah bertahun tak kesana last sekali dulu hari keluarga opis mem, itu pun kami datang balik hari tak bermalam.. datang se awal pagi dan balik sebelah malam.. terlupa alasan kenapa kami tak menginap macam orang lain.. tapi masa tu zino teringat satu peristiwa di kolam renang..

masa tu masing2 berehat santai dengan aktiviti bebas dan anak anak bermandi manda dalam kolam berhampiran.. tiba tiba datang seorang budak ni berlari lari dan terus terjun kedalam kolam bahagian dewasa.. lagaknya macam orang yg dah biasa dengan swimming dan sebagainya.. ibu bapa nya tak perasan anak dah terjun kerana leka berbual dengan rakan rakan .. 

zino memerhati gelagat budak tu bila terjun dan terus tenggelam.. wah terrror budak ni menyelam.. entah berapa minit tidak juga muncul2 zino terus memerhati dan memerhati ahhh sudah budak ni tau berenang ke tidak ni.. kenapa dia tak muncul mengambil nafas kenapa macam tak bergerak pun.. sepantas kilat zino terpaksa buat keputusan.. lantas terus terjun di tempat budak tu tenggelam.. sepantas kilat zino tarik dia keluar.. barulah ibu bapa lain perasan dan datang membantu mengangkat budak tu keluar..
.
ibu bapa budak tu terkejut melihat anak nya yg tercungap cungap2 dan segera bergegas mendapatkan nya.. bila di tanya anak tu tau berenang ke dia kata tak tau dan berterima kasih dengan tindakan pantas zino tadi... dan zino basah kuyup tanpa ada baju dan seluar utk di ganti... tapi itu tidak penting .. apa yg lebih penting zino telah menyelamatkan dari berlaku nya satu tragidi yg lebih dahsat... berulang kali ibu bapa mengucap terima kasih atas tindakan zino .. yg penting anak telah selamat.

itu kisah dulu.. lama dulu.. kisah semalam kita tengok gambar je..


air surut..


jejak bertapak


gold coast

pagar tak berduri


bila petang..

menjelang senja


menunggu dia yg tak kunjung tiba..
tetiba hehe


juadah berbuka 


masa utk membaca



18 comments:

  1. Wah...... Abah jd hero malaya. Menyelamatkan nyawa seorg kanak2.

    ReplyDelete
  2. oo..ada peristiwa menarik rupanya..kalau sy tenguk dan jerit je sbb tk tahu berenang hehe

    yg tgh menunggu tu tunggu sy dgn bunga mawar lh tu hahaha

    ReplyDelete
  3. Ezuan
    nasib tak dalam.. kalau dalam abah pun tak berani terjun hehe

    ReplyDelete
  4. nyanyisunyi..

    itu la yg di tunggu tak kunjung tiba hehe.. peristiwa tu dah lama berlalu budak tu pun dah remaja ..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. ..panjang umur budak tu

    ReplyDelete
  6. accik pnah diselamatkan duuuluu...tpi taim tu dekat laut. Orang yg selamatkan tu bagi syarat, kalau dia selamatkan, bagi dia pinjam perahu tu...ader pulak kan??? huhu..

    ReplyDelete
  7. Saya pun ada pengalaman macam tu abah, anak sendiri tergelincir dalam kolam dewasa tak perasan sebab asik berborak dengan kawan2 nasib baik ada suami kawan ni dok perhati dari jauh berlari sempat capai tangan dia, padahal kawan ni tak tahun berenang pun.

    ReplyDelete
  8. Ada kenangan menjadi hero suatu ketika dulu rupanya ya..syukur tidak sampai menjurus kepada kemalangan jiwa..suka tengok gambar2 tu..

    yang ditunggu tak kunjung tiba sebab tengah ralit membaca buku hehehe

    ReplyDelete
  9. aduh seram sejuk baca .. alhamdulillah budak tu selamat ..
    cantik2 pic !

    ReplyDelete
  10. En.zino..
    budi yang akan dikenang sepanjang hayatttt tu...

    p/s seronok tengok kak Shah santai membaca bawah pokok ru tu...

    ReplyDelete
  11. saya tak pernah pergi lagi ke sini, nice place

    **selamat hari raya

    ReplyDelete
  12. lupakanje

    ada syarat2 pulak.. hehe

    ReplyDelete
  13. JunAina

    masa kecemasan macam tu yg kita fikir nak selamatkan budak tu je yg lain tak fikir dah..

    ReplyDelete
  14. Azwa

    itu la lama tunggu tak sampai2 hehe rupa nya duduk bawah pokok Ru sambil membaca hehe

    ReplyDelete
  15. ieda

    itu lah pengalaman yg tak boleh di lupakan.. tq

    ReplyDelete
  16. azi

    sampai2 je terus bentang tikar duduk situ sensorang berbekalkan novel dia tu hehe

    ReplyDelete
  17. Tihara

    selamat hari raya... satu hari nanti sampai la tu..

    ReplyDelete