Saturday, September 14, 2013

Malaon

Assalamualaikum....

baca tajuk posting yg zino letak tu dah  boleh menggambarkan betapa meluap2 nya perasaan marah geram sakit hati menyampah setiap kali melihat keadaan tu berlaku depan mata..kemudahan di sediakan utk pejalan kaki dengan selesa.. terlindung dari panas dan hujan.. tetiba ada beberapa malaon ni tanpa mempedulikan hak orang lain dengan sesuka hati memakir kereta di laluan tersebut..sehingga menukarkan orang lain.


setiap pagi bila zino berjalan kaki dari rumah ke stesyen LRT (dah tiga bulan guna pengangkutan awam) berhampiran akan dapat melihat pemandangan yang menyakitkan hati dan sanubari ni.. agaknya apa yg di fikirkan oleh pemandu yang zino panggil malaon ni semasa meletak kenderaan mereka di laluan tersebut... atau sesuai dengan nama malaon tu langsung tak ambil kisah.. 


nama pun malaon mana lah dia kisah dengan orang lain asal mereka dapat selesaikan masaalah sendiri orang lain peduli apa.. setiap kali zino lalu kawasan tu setiap kali itu juga zino tangkap gambar kereta malaon ni dan hantaar ke jabatan berkaitan... mesej yg pertama berlalu tanpa balasan.. esok nya ada lagi kereta malaon pakir di situ zino hantar lagi... kali ni di tambah dengan mesej ke satu lagi jabatan yg juga berkait dalam hal penyediaan kemudahan ni..



mesej yang kedua juga sepi.. tak peduli esok nya sekali lagi malaon lain pulak yg letak.. zino mesej lagi . sama ada pagi atau petang asal ada saja malaon zino tangkap gambar dan hantar.. tak lama lepas tu dapat mesej balasan dan dia berjanji akan mengambil tindakan.. ok lah at least dah di baca dan respond.. susah betul dia orang ni nak balas mesej yang di hantar. esok nya zino tengok ada kereta yg telah di saman tapi ada juga yg terlepas mungkin masa pegawai penguatkuasa datang kereta yg lain tu belum di pakir.. tak apa lah at least dah ada respond dan tindakan.


bukan sedikit wang rakyat yg telah di belanja utk menyediakan kemudahan ni... pada dasar nya setiap laluan ke transit akan di sediakan laluan berjalan kaki berbumbung yg selesa utk menggalakkan warga kota menggunakan pengangkutan awam utk ke pusat bandar. infrastruktur jalan tidak lagi berupaya utk menampong bilangan kenderaan yg bertambah setiap hari utk masuk ke pusat bandar. walau berapa lebar sekali pun jalan yg di sediakan walau berapa banyak flyover di bina walau berapa banyak tempat pakir disediakan di pusat bandar.. akan sampai satu keadaan kemudahan itu tidak berupaya menampong pertambahan kenderaan utk ke pusat bandar. sudah sampai masa masing masing perlu beralih ke pengangkutan altenatif utk masuk ke pusat bandar. 


ramai yg berkata rangkaian jaringan pengangkutan awam masih tidak mencukupi utk mereka beralih ke mod tersebut.. ada juga yg kata kemudahan pengangkutan sedia ada tidak selesa bagi mereka sesak lambat dan tidak mengikut jadual ada juga yg kata di tempat mereka belum ada jaringan LRT dan sebagainya.. ada juga yg kata rumah dia jauh dari stesyen atau tempat kerja jauh dari stesyen.. maka kita akan menerima seribu satu macam alasan kenapa mereka perlu memandu masuk ke pusat bandar.. jangan lupa mungkin malaon tadi mengguna pengangkutan awam sebab tu dia pakir kereta di situ..haha


pada pendapat zino selagi pemandu kenderaan persendirian tidak beralih ke pengangkutan awam selagi itu isu kesesakkan di pusat bandar tidak dapat di selesaikan.. jaringan pengankutan awam terus di tambah , keputusan berani kerajaan utk membina MRT sangat sangat  di alu alukan.. dan di harapkaan mereka yg tinggal di laluan tersebut satu hari nanti akan beralih ke mod pengangkutan awam.. dalam masa yg sama kerajaan perlu terus menyediakan kemudahan infrastruktur yg selesa kepada pengguna pengangkutan awam, rangkaian laluan berbumbung yg selesa jaringan dengan pengangkutan awam yg lain di stesyen2 transit.. makna nya boleh beralih ke mod pengangkutan bas atau teksi dengan mudah. dan dengar cerita nya rangkaian laluan LRT atau MRT ini juga akan di tambah supaya meliputi kawasan yg lebih luas.. 


ok apa jadi dengan kisah malaon ni ? dengan usaha berterusan utk mengadu dan terus mengadu kepada pihak pihak yg terlibat atas perbuatan tidak bertimbang rasa malaon yg lebih mementingkan diri ni.. zino dapati sejak dua hari lepas tak ada satu malaon lagi yg meletak kenderaan yg menghalang pejalan kaki .. dah insaf ke semua? dah di saman ke semua kenderaan tu? atau ada ke kereta yg telah di tarik ke ? pada zino tak ada cara lain.. penguatkuasaan perlu di laksanakan.. tak perlu lagi nasihat dan sebagai nya.. semoga keadaan dua hari lepas kekal dan berkekalan .. kalau ada lagi malaon yg meletak kenderaan di situ zino akan terus melaor dan melapor... 

18 comments:

  1. abah zino ni siapa? hihi. kalau mazidul yang buat laporan sure cepat dapat respond drpd pihak berwajib.

    jngn mare ye abah zino

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Walaupun ahah zino ni bukan majidul, segala usaha murni abah amat dihargai. Kalau ad a 10 orang yg prihatin mcm abah dilaluan tu, masalah lebih cepat diatasi.

    Moga2 lebih ramaimsanggup jd mcm abah...x putus asa laporrr

    ReplyDelete
  3. salam....saya suka cara abah zino bertindak gini..ada persamaan tuuu!

    orang sediakan laluan tu untuk kemudahan, bukan nak menambahkan kesulitan. orang penting diri sendiri je buat keja cmtu..memang patut diajar.

    ReplyDelete
  4. Tahniah atas usaha abah zino.. kalau tak ada org macam abah zino ni.. makin melampau laa malaon2 ni buat hal.. semoga laporan abah zino diambil tindakan dek pihak berwajib...

    ReplyDelete
  5. Ayah zain
    Nak kena jadi mazidul ke hehe

    ReplyDelete
  6. Anyss
    Kalau malaon tu datang lagi zino akan terus lapur

    ReplyDelete
  7. Murni
    Tq entah sampai bila kesedaran nak timbul di lubuk hati masing masing kan

    ReplyDelete
  8. Eja
    Tq kita terus lapur dan lapur

    ReplyDelete
  9. Penguatkuasaan kena sentiasa dibuat. Masalah malaon ni mmg x akan selsai selagi puncanya x diselesaikan iaitu parking. Klu malaon saja saja je parkibg kat situ sbb malas nak parkibg jauh mmg patut di clamp aje tayarnya tapi klu mmg mslh parking mencukupi? Bagus usaha zino ni.. semoga mrt dan pengangkutan awam lebih luas liputan kemudahannya supaya kita boleh jadi mcm negara maju yg mmg 99% guna pengangkutan awam dn masalah jem dan parking bukan lg isu besar. Stress pun kurglah

    ReplyDelete
  10. abah zino dh jalankan tanggungjawab..tahniah...usaha yg sgt baik dan patut dipuji..

    ReplyDelete
  11. Kadang2 manusia ni mengaji ja tinggi tapi akalnya sikit.

    Abah Zino sgt perihatin ada sesetengah tu bukan nak komplain main maki menghabiskan air liur ja. Jadi gunalah saluran yg betul.

    ReplyDelete
  12. Zareda

    tq... rasa nya sampai bila pun parking ni tak akan cukup... setiap hari ada saja kenderaan baru di daftarkan

    ReplyDelete
  13. Dee
    tq kita buat apa yg patut kita lakukan..

    ReplyDelete
  14. JunAina

    ada yang tak ambil kisah hak orang lain..

    ReplyDelete
  15. rose

    tq nanti saya melawat kesana..

    ReplyDelete
  16. tu dia aih...cuba terjah pula walkway atau pejalan kaki...penuh dgn pasu,pokok bunga.org buat utk keselamatan pejalan kaki bukan suruh berkebun kat situ....suasana dlm banyak kawasan perumahan seluruh negara.

    ReplyDelete
  17. Selfish betul eh tuan2 punya kereta kat atas ni..

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah...sudah selesai masalah ini. Pihak DBKL sudah pasang bollard untuk menghalang kereta pakir diatas laluan pejalan kaki

    ReplyDelete