Friday, November 22, 2013

bekerja sambil melancong...

Assalamualaikum..

Sebelum ni di Kuantan sekarang di Pulau Pinang pulak.. dulu group lain kisah nya pun lain kali ni group lain pulak cerita nya pun lain.. ada yg bertanya apa kerja zino sebenarnya ni ? hehe.. Detail nya tak boleh la nak di ceritakan tapi ringkasanya ok la.. just untk pengetahuan am hehe

Zino sekarang mengetuai kumpulan dari tiga displin teknikal iaitu awam mekanikal dan elektrikal..terdiri dari beberapa jurutera dan pegawai teknikal sokongan untuk  melaksanakan kerja kerja penyelenggaraan.. kerja yg tak ramai yg minat.. kerja yg remeh.. kerja yg rumit dan ada kalanya sangat pressure.. kerja yg memeningkan juga kerja yg banyak kerenah.. hehe tapi zino terima cabaran.. zino terima tanggungjawab dengan penuh yakin dan kesedaran.. 

Tempuh percubaan telah berlalu.. penilaian sedang di buat .. tak tau la apa keputusan nya apa pandangan bos terhadap prestasi zino.. kita sama sama tunggu dan lihat.. sebelum masuk department ni dulu ramai yg berpesan,ramai yg bercakap, ramai yg nasihat malah ada yg bagi warning.. dia orang takut zino tak boleh bekerja dengan tekanan yg tinggi.. dia orang risau zino tak berjaya membuat perubahan yg di harapkan.. dan seribu satu persoalan yg timbul..

Setelah lima bulan zino rasa telah bersedia untuk berhadapan dengan cabaran yg lebih berat di masa masa akan datang.. tahun depan perlu berlaku perubahan perlu berlaku tranfomasi .. cabaran yg lebih getir .. tahun utk bertindak.. masa utk bertegas.. budi bicara telah di beri ruang sepenuhnya selama ini.. dan zino sedar bukan mudah utk melaksanakan nya.. ooops mana cerita bekerja sambil melancong ni ? hehe dah melencong jauh ni.. kami datang ke Pulau Pinag ini juga sebagai salah satu persediaan utk menghadapi cabaran tahun mendatang.. belajar perkara baru memperbaharui perkara yg telah di ketahui.. dan menyusun strategi utk tahun depan.. mudah2an apa yg di pelajari di sini dapat di praktiskan.. 

insyaallah.. 

No comments:

Post a Comment