Thursday, December 26, 2013

Perobohan dan Perpindaan setinggan

Assalamualaikum....

Lain macam je tajuk kali ni... sebenar nya hari ni zino cuti.. masa urusan di bank tadi bos call minta zino pergi ke satu tempat ni... ada operasi meroboh dan memindahkan setinggan di tanah kerajaan dan KTM.. apa kena mengena dengan zino?? tapi kalau tak ada kaitan tentu lah tak kena suruh datang kan hehe.. 

ini bukan lah kali pertama zino menyaksikan kes perobohan rumah setinggan ni.. bila saja ada pembangunan di tanah kerajaan akan ada lah rumah rumah yg terpaksa di robohkan dan penghuni nya dipindahkan ke rumah rumah pangsa yg di sediakan .. dan seperti biasa pasti ada bantahan segelintir dari mereka yg tak mahu di pindah kan.. ada juga berlaku keadaan yang agak panas dalam proses pihak berkuasa memujuk mereka mengosongkan premis masing masing.. walaubagaimana pun perkara itu dapat di tangani dengan baik.. operasi meroboh ini juga di bantu ramai pihak polis utk mengawal keadaan , pihak TNB utk memotong bekalan dan juga syabas.. selain pihak penguatkuasaan..

Bila zino sampai ada seorang YB sedang berunding bagi pihak setinggan utk mendapatkan penangguhan walaubagaimanapun perundingan berjalan lancar dan kerja merobohkan setinggan2 berkaitan di teruskan.. semua setinggan berkaitan telah di tawarkan utk menyewa rumah pangsa di satu kawasan perumahan dan  lori utk mengangkut barang masing masing juga di sediakan.. malah setiap keluarga juga telah di bayar pampasan.


















Tuesday, December 24, 2013

Kenangan Vietnam.. episod 5

assalamualaikum...

Amboi banyak nya kenangan di Vietnam.. memang la banyak sebab firstime pergi.. kalau dah gaak kali sampai dah tak heran dah nak tulis banyak2.. hehe kepada yg dah pernah pergi boleh confirm atau bantah apa yg zino tulis ni.. mungkin tersalah fakta atau terkurang fakta.. kepada yg belum berpeluang ke sana boleh dapat sikit tips dan boleh la rancang apa yg perlu.. 

Kali ni zino nak ulas sikit pasal sopping di Vietnam.. rupa nya Vietnam sorga membeli belah kepada kaum ibu.. terutama kain baju dan tudung.. kadang kadang tu terfikir juga Vietnam ? jual tudung? kalau Vietnam tu negara islam macam kat Indonesia ada juga lojik akal kenapa dia jual tudung tapi Vietnam ? jual tudung jual baju kurung dan segala keperluan muslimah .. sesuatu yg di luar jangka bagi zino yg firstime sampai sana.. tapi itu lah hakikat nya..

Satu kesimpulan yg dapat zino buat.. market Vietnam memang utk orang Malaysia utk orang melayu utk orang pempuan hehe.. mungkin ada juga barangan lain di jual di sana mungkin kami tak sempat sampai ke tempat2 lain tu.. program kami tertumpu di kawasan tertentu sahaja.. dan utk barangan lelaki pun banyak.. T shirt kr Jeans ke semua nya ada harga pun boleh mencabar dompet hehe..

Bila dah sentuh pasal harga ni.. rata rata mereka kata harga yg di tawarkan sangat murah berbanding di malaysia.. kepada yg biasa shopping dia orang ni tau la.. pasal tu bila beli tak cukup sepasang.. pasti nya berpasang2.. kalau di akhir lawatan beg bertambah tu kira biasa la kepada yg datang Vietnam.. kalau yg datang tak sopping langsung macam tak caya je hehe.. ok lah cakap pun tak guna kumpul duit dan datang sendiri hehe


banyangkan lah sopping 
sambil berselo hehe


tunjuk je yg mana nak hehe


yg gantung pun banyak


yg lelaki tak payah la masuk 
tunggu kat luar je 
dah confirm lama hehe

cuma nak ingat kan bila sopping kat sana kena lah tawar menawar.. kerana dia orang tak letak tanda harga.. silap hari bulan terkono juga nanti.. jangan cepat sangat nak beli survey dulu harga barangan tu.. itu juga yg di pesan oleh pemandu pelancong kami tu.. 

sekian.. the end



Friday, December 20, 2013

Kenangan di Vietnam episod 4

Assalamualaikum....

Sebelum kita membeli belah di Vietnam.. jom kita lihat bagaimana kisah kehidupan orang Vietnam yg sempat saya rakam.. biar gambar gambar ini menceritakan serba sedikit kisah kehidupan di sana.. supaya anda boleh membuat penilaian dan perbandingan dengan kita di Malaysia ni..



Kenderaan utama rakyat Vietnam ialah motosikal.. kita boleh lihat berpuloh ribu moto di atas jalan Di Bandar Ho Chi Min.. di mana mana jalan di mana mana lorong yg dominan di atas jalan ialah motor.. walaupun kadang kala kelihatan bersimpang sior tapi semua berjalan lancar dan tidah ada kemalangan .. mereka saling bertolak ansur bila di atas jalan tidak merempit macam penunggang motor Malaysia


lelaki perempuan menunggang motor.. kebanyakkan motor yg kelihatan hanya lah motor ber CC rendah tak ada pulak nampak motor besar atau superbike.. mungkin ini saja yg mampu di beli orang kebanyakkan rakyat Vietnam.. kata pemandu pelancong kami tu.. harga kereta adalah terlalu mahal utk di beli orang rakyat biasa.. bandingkan ini dengan rakyat Malaysia sangat jauh berbeza sehingga jalan raya kita sesak oleh kerana banyak nya kereta di jalan raya.. 


pemandangan bagini ada lah normal kalau di lihat di jalan raya Vietnam.. tak tau la sama ada naik bertiga ini satu kesalahan atau pun tidak.. tapi pemandangan ini biasa kelihatan.. sekali sekala ada juga kita lihat orang Malaysia melakukan bagini.. 


menjaja di jalanan adalah 
pemandangan biasa di sini..


yang muda yang tua semua 
berusaha mencari pendapatan 
utk kesenambungan kehidupan..


beca di Vietnam berbeza dengan beca di negara kita.. tapi ramai yg berpesan jangan naik beca ni walaupun di tawar dengan harga yg rendah .. silap hari bulan kena sembelih dengan menunggang beca yg menipu yg mau mencari keuntungan singkat. 


penjaja buah2an dan makanan juga 
banyak kelihatan di tepi jalan.. 


ada yg berbasikal


Penjaja pasar pun ada di tepi jalan.. 
nampak tu apa yg di jual? hehe


menjaja secara kecil2an...


makanan pun di jual di tepi jalan.. 
dan mereka sediakan kerusi 
kepada yg nak makan terus di situ..


anak anak orang vietnam,


ada juga yg bekerja memerah keringat 
mendayung sampan


yg tua yg muda lelaki dan wanita


agaknya berapa umur pakcik ni..


 ini merupakan sebuah lukisan menggambarkan kehidupan rakyat Vietnam.. mungkin sedang menghantar barangan utk di jual atau sedang menjaja dari rumah ke rumah.. 

Bagitu lah serba sedikit yang dapat di rakam tentang kehidupan sebilangan rakyat biasa di sana.. mereka sudah biasa susah sudah biasa jadi pelarian sentiasa di buru dalam peperangan .. sekarang masa utk mereka bangkit membangun bersama.. perlabai pekerjaan yg mereka buat utk menampung kehidupan masing masing.. mereka tiada subsidi tiada bantuan kerajaan tiada BR1M.. Harga minyak dua kali ganda harga di malaysia.. harga makanan juga mahal.. sedang gaji mereka sangatb sedikit.. 

maka kerajaan mereka membuka pintu kepada negara luar utk menjana ekonomi tempatan.. pelancongan merupakan satu industri utk menaikkan ekonomi rakyat Vietnam.. dan orang Malaysia telah menyahut seruan ini.. sehingga di mana saja kita pergi kita jumpa rakyat Malaysia sedang berbelanja.. mewahnya orang Malaysia.. RM sangat di hargai di sini seperti juga USD.. 

lepas nim kita pegi shopping ya...

bersambung


Thursday, December 19, 2013

kenangan di Vietnam episod 3.

Assalamualaikum dan selamat malam semua...

Dah sedia utk meneruskan perjalanan di Vietnam..? jom !!! kali ni kita pegi teroka satu lagi produk pelancongan yg mesti lawat kalau datang ke Vietnam terutama ke Ho Chi Min tak sampai ke tempat ni kira nya tak sah la pergi Vietnam.. tempat yg mesti lawat ialah.....

Cu Chi tunnel.. 

satu rangkaian terowong bawah tanah yg di gunakan gorila Viet kong masa menentang penjajahan Amerika.. konon nya Amerika datang ke vietnam nak membantu Vietnam selatan dari di jajah Vietnam Utara.. dengan semangat juang yg tinggi dan mengorbankan ramai nyawa.. akhir nya askar amerika terpaksa keluar meninggalkan vietnam.. 

Rangkaian terowong ini di bina semasa perang vietnam rangkaian nya sangat meluas di sekitar Ho Chi Min.. ianya menjadi tempat persembunyian tentera vietkong semasa perang.. Pada siang hari mereka tinggal di dalam terowong dan adakala nya berhari2 dan keluar waktu malam utk menyerang askar amerika dan mendapatkan bekalan makanan.. 

Tapi utk tujuan pelancongan terowong asal telah di besarkan utk memudahkan pergerakkan pelancong terutama pelancong mat salleh yg berbadan besar.. sedangkan terowong asal sangat sempit hanya sesuai utk askar viet kong yg kecil. tapi tak semestinya kita perlu masuk terowong bila melawat tempat ni.. kalau forbia tempat sempit .. kurang udara dan keadaan gelap elok tak payah la masuk.. biar la anak anak muda yg meneroka di bawah tu.. hehe

Sepanjang penerokaan di kawasan tu ada sesi penerangan dari petugas utk memberi penjelasan lanjut kepada pelancong .. kat sini pun kami jumpa ramai pelancong dari Malaysia.. dan kat sini juga zino terserempak dengan kawan sekampong hehe.. ok la cerita banyak pun tak guna jom tengok gambar2 pulak..

ada tiket masuk

laluan masuk 
dah ada terowong

selepas sesi tengok 
video perang

lubang masuk terowong 
yg tersempunyi

demontrasi 

saiz lubang yg sempit

nak cuba masuk..silakan..

sesi penerangan

orang kampong den hehe

rakan seperjuangan hehe

mengatur strategi

gambar curi 

bergambar beramai2

salah satu jerangkap 
samar

nak menembak pun boleh

sesi bergambar sebelum 
meneruskan perjalanan 

adik berani masuk terowong

salah satu kemah 
viet kong? 

last sekali di jamu ubi kayu 
makanan masa perang.. 
sama macam kat malaysia 
semasa penjajahan Jepun dulu.


bersambung?? 



Sunday, December 15, 2013

Kenangan di Vietnam episod dua..

Assalamualaikum... dan selamat petang kepada pembaca semua... ( macam ramai je yg baca hehe) jom kita sama sama lihat apa kisah selanjut nya kenangan di Vietnam.. Sebelum saya pergi ke sana amat sedikit maklumat yg saya ada berkenaan produk pelancongan di Vietnam ni.. yg saya dengar dan baca ramai yg pegi sana beli kain baju murah2..dan balik buat business.... sampai ada yg beli kain sekayu buat baju sedondon utk adik beradik anak beranak masa raya..hehe sape la tu kan ? hehe.. 

Kami sampai sehari awal dari group yg lain.. program melancong belum lagi bermula.. sampai pulak malam... terlewat 2 jam dari LCCT.. biasa la tu kata nya AIRASIA biasa macam tu.. bersapau sekejap di airport.. dah malam baru nak terbang.. so sampai Vietnam dah lewat.. apa lagi terus je check in kat hotel berhampiran airport.. hajat hati nak jalan2 sekitar hotel tak kesampaian sebab dah penat.. nak cari makan pun tak tau mana nak cari... makan je lah apa yg di bawa.. coklat roti dan megi hehe..

esok nya kami ke Airport sekali lagi utk menunggu ahli rombongan yg lain.. dalam group yg saya ikut ni zino kenal sorang je.. yg lain tu kenal masa di Vietnam.. beberapa kumpulan famili dan adik beradik.. acara pertama bila semua dah berkumpul ada lah makan tengah hari.. masing2 dah kelaparan.. adik dah galak kali komplin.. 

nak makan tak susah rupa nya di Vietnam ni ada banyak restoren yg menghidang masakan muslim.. restoren yg kami singgah ini pulak di miliki rakyat Malaysia.. Restoren Kg Melayu.. 




makanan juga merupakan salah satu produk pelancong bagi kemudahan pelancong melayu datang ke Vietnam.. kenapa saya sebut kursus pelancong melayu?....sebab di mana saja kami pergi terdapat ramai muka melayu sedang berjalan jalan dan membeli belah di sini  rasa macam berjalan di Jalan TAR je hehe . kalau tak ikut program pelancongan pun anda tak akan sesat kat sini.. anda tak akan kelaparan di sini hehe..

Delta Mekong.. 
Produk pelancongan yg setiap pelancong yg datang tak boleh miss.. ini tempat pertama yg kami pergi.. Sg Mekong yg sepanjang 4,184 km bermula dari Tibet ke laut cina selatan.. melalui 6 negara China, Mynmar, laos, Thailand, cambodia dan Vietnam. Sungai yg ketiga kaya dari segi hasil tangkapan ikan selepas Sg Amazon dan Sg. Congo. ada pelbagai produk yg di sediakan berkaitan Sg Mekong ni.. Kami berpeluang utk melawat proses membuat candy kelapa, menikmati madu yg enak..(ada juga la beli) sebelum menyusuri sg Mekong menaiki sampan... seram pun ada dan seronok pun ada hehe

Jom kita tengok gambar gambar yg bercerita sendiri....







































ok la jom kita balik hotel biar saya yg bawa boat ni hehe... 

Pendek kata anda kena datang sendiri ke sini utk mendapat satu pengalaman baru menyusuri sg menaikki sampan yg di dayung dia orang mak cik.. ada masa nya penuh sg tu dengan sampan sehingga berlaga laga.. patut la awal awal lagi dah di pesan tanga jangan pegang tepi sampan tu takut jari putus.. ingatkan ada pinrana dalam sungai rupa nya sampan tu berlaga antara satu sama lain .. kalau tangan kat situ sah boleh putus hehe.. pendayung nya ada muda ada yg sudah berumur.. tapi ramai yg zino tengok ramai yg dah berumur.. tak tau la berapa Dong mereka dapat dengan kerja mendayung membawa pelancong.. walaupun cos dah masuk pekej tapi kami bagi juga la juga tips utk titik peluh makcik tu ..

lepas ni kita masuk terowong pulak....bersambung..