Friday, December 20, 2013

Kenangan di Vietnam episod 4

Assalamualaikum....

Sebelum kita membeli belah di Vietnam.. jom kita lihat bagaimana kisah kehidupan orang Vietnam yg sempat saya rakam.. biar gambar gambar ini menceritakan serba sedikit kisah kehidupan di sana.. supaya anda boleh membuat penilaian dan perbandingan dengan kita di Malaysia ni..



Kenderaan utama rakyat Vietnam ialah motosikal.. kita boleh lihat berpuloh ribu moto di atas jalan Di Bandar Ho Chi Min.. di mana mana jalan di mana mana lorong yg dominan di atas jalan ialah motor.. walaupun kadang kala kelihatan bersimpang sior tapi semua berjalan lancar dan tidah ada kemalangan .. mereka saling bertolak ansur bila di atas jalan tidak merempit macam penunggang motor Malaysia


lelaki perempuan menunggang motor.. kebanyakkan motor yg kelihatan hanya lah motor ber CC rendah tak ada pulak nampak motor besar atau superbike.. mungkin ini saja yg mampu di beli orang kebanyakkan rakyat Vietnam.. kata pemandu pelancong kami tu.. harga kereta adalah terlalu mahal utk di beli orang rakyat biasa.. bandingkan ini dengan rakyat Malaysia sangat jauh berbeza sehingga jalan raya kita sesak oleh kerana banyak nya kereta di jalan raya.. 


pemandangan bagini ada lah normal kalau di lihat di jalan raya Vietnam.. tak tau la sama ada naik bertiga ini satu kesalahan atau pun tidak.. tapi pemandangan ini biasa kelihatan.. sekali sekala ada juga kita lihat orang Malaysia melakukan bagini.. 


menjaja di jalanan adalah 
pemandangan biasa di sini..


yang muda yang tua semua 
berusaha mencari pendapatan 
utk kesenambungan kehidupan..


beca di Vietnam berbeza dengan beca di negara kita.. tapi ramai yg berpesan jangan naik beca ni walaupun di tawar dengan harga yg rendah .. silap hari bulan kena sembelih dengan menunggang beca yg menipu yg mau mencari keuntungan singkat. 


penjaja buah2an dan makanan juga 
banyak kelihatan di tepi jalan.. 


ada yg berbasikal


Penjaja pasar pun ada di tepi jalan.. 
nampak tu apa yg di jual? hehe


menjaja secara kecil2an...


makanan pun di jual di tepi jalan.. 
dan mereka sediakan kerusi 
kepada yg nak makan terus di situ..


anak anak orang vietnam,


ada juga yg bekerja memerah keringat 
mendayung sampan


yg tua yg muda lelaki dan wanita


agaknya berapa umur pakcik ni..


 ini merupakan sebuah lukisan menggambarkan kehidupan rakyat Vietnam.. mungkin sedang menghantar barangan utk di jual atau sedang menjaja dari rumah ke rumah.. 

Bagitu lah serba sedikit yang dapat di rakam tentang kehidupan sebilangan rakyat biasa di sana.. mereka sudah biasa susah sudah biasa jadi pelarian sentiasa di buru dalam peperangan .. sekarang masa utk mereka bangkit membangun bersama.. perlabai pekerjaan yg mereka buat utk menampung kehidupan masing masing.. mereka tiada subsidi tiada bantuan kerajaan tiada BR1M.. Harga minyak dua kali ganda harga di malaysia.. harga makanan juga mahal.. sedang gaji mereka sangatb sedikit.. 

maka kerajaan mereka membuka pintu kepada negara luar utk menjana ekonomi tempatan.. pelancongan merupakan satu industri utk menaikkan ekonomi rakyat Vietnam.. dan orang Malaysia telah menyahut seruan ini.. sehingga di mana saja kita pergi kita jumpa rakyat Malaysia sedang berbelanja.. mewahnya orang Malaysia.. RM sangat di hargai di sini seperti juga USD.. 

lepas nim kita pegi shopping ya...

bersambung


14 comments:

  1. Zino.

    .mwreka negara ketiga mmglah tgh struggle utk jana ekonomi. Tourism beri income yg tinggi. X boleh nk bndgkan ekonomi mereka dgn kita yg sedang menuju negara maju pada 2020. Tapi jadikan iktibar kesusahan mereka utk psstikan x ada kesusahan macam tu dlm.negara kita.

    ReplyDelete
  2. Zareda

    mereka baru bangkit dari perang.. baru berapa tahun je berasa aman.. kehidupan masih susah.. kalau ada yg kata hidup susah di Malaysia cuba kita tengok keadaan di negara yg lebih susah dari kita..

    ReplyDelete
  3. Betapa ramainya rakyat Malaysia yg berbelanja di sana..kalau di pasar mlm, seolah2 kita berada di pasar mlm tempat kita...

    ReplyDelete
  4. Kalau guna kereta nak parking bukan ada tempat kat bandar …… huhu

    ReplyDelete
  5. MP
    betul tu zino rasa macam shopping di Jln TAR je hehe

    ReplyDelete
  6. Yunus Badawi..
    itu la lebih baik bawa moto kan hehe

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Alhamduillah jadi org Msia.
    Di mana2 nampak org2 kita berbelanja sakan, melancung ke sana sini,
    Moga Msia terus makmur!

    Tkasih ke blog mama.

    ReplyDelete
  8. Juhariah..

    terima kasih singgah ke blog zino juga ...

    ReplyDelete
  9. mereka suka berniaga kan...sana sinun dok berjualan je

    ReplyDelete
  10. Tengah merancang nak ke Vietnam tahun depan dengan kengkawan gegirls.. huhu...

    ReplyDelete
  11. mummy Rizq
    bawa duit banyak sikit hehe

    ReplyDelete
  12. MRK JUGAK BERUSAHA UTK BERBAHASA MELAYU UNTUK MENARIK PERHATIAN PELANGGAN, SY PENAH JUMPA SORANG BUDAK PEREMPUAN YG JUAL KIPAS DI JALANAN YG SGT FASIH BERBAHASA MELAYU,UMO DLM 12/13 TAHUN..ADA JUMPA TAK?HIHI

    ReplyDelete
  13. Irfa
    tak jumpa pulak tapi memang ramai yg boleh cakap melayu... paling tidak pun abang abang beli bang murah murah hehe

    ReplyDelete