Thursday, December 26, 2013

Perobohan dan Perpindaan setinggan

Assalamualaikum....

Lain macam je tajuk kali ni... sebenar nya hari ni zino cuti.. masa urusan di bank tadi bos call minta zino pergi ke satu tempat ni... ada operasi meroboh dan memindahkan setinggan di tanah kerajaan dan KTM.. apa kena mengena dengan zino?? tapi kalau tak ada kaitan tentu lah tak kena suruh datang kan hehe.. 

ini bukan lah kali pertama zino menyaksikan kes perobohan rumah setinggan ni.. bila saja ada pembangunan di tanah kerajaan akan ada lah rumah rumah yg terpaksa di robohkan dan penghuni nya dipindahkan ke rumah rumah pangsa yg di sediakan .. dan seperti biasa pasti ada bantahan segelintir dari mereka yg tak mahu di pindah kan.. ada juga berlaku keadaan yang agak panas dalam proses pihak berkuasa memujuk mereka mengosongkan premis masing masing.. walaubagaimana pun perkara itu dapat di tangani dengan baik.. operasi meroboh ini juga di bantu ramai pihak polis utk mengawal keadaan , pihak TNB utk memotong bekalan dan juga syabas.. selain pihak penguatkuasaan..

Bila zino sampai ada seorang YB sedang berunding bagi pihak setinggan utk mendapatkan penangguhan walaubagaimanapun perundingan berjalan lancar dan kerja merobohkan setinggan2 berkaitan di teruskan.. semua setinggan berkaitan telah di tawarkan utk menyewa rumah pangsa di satu kawasan perumahan dan  lori utk mengangkut barang masing masing juga di sediakan.. malah setiap keluarga juga telah di bayar pampasan.


















No comments: