Saja lah borak borak dengan mem kata nak beli 2nd car senang nak jalan jalan... mem terus sebut.. cer tengok mini cooper..!! wow.. terkejut zino ingat dia nak sebut Myvie ke Daihatsu atau produa Kancil ke.. hehe.. so zino pun survey la.. memang dah agak dah kereta ni mahal.. tak padan kecik. hehe
Zino pun suka kereta ni sebenarnya tapi memandangkan harga nya melampaui batas hasrat nak miliki kereta idaman tu di biar jadi angan angan je lah.. tak tau la kalau ada yg nak sponser.. (ini pun angan angan..) kereta yg memula zino beli kereta di awal tahun 80 an.. ialah HONDA CIVIC.. zaman tu honda civic ni kecik je harga pun murah je.. masa tu kereta baru berharga RM13,500.00 .. loan masa tu baru 7,000.00 jenuh juga nak simpan duit baru boleh beli kereta.. tiga tahun zino menyimpan sebelum dapat beli.. Aircond pun tak ada masa tu.. kalau kereta ada aircond tu kira nya dah mewah la.. lepas tu harga kereta tak pernah turun malah bertambah tahun demi tahun.. lebih 10 tahun zino guna honda civic tu sebeleum bertukar ke kereta yg lebih besar.. ( anak dah ramai)
Sebelum mini cooper.. zaman tu ada kereta mini clubman.. kereta yg kecil dan sangat simple.. tapi berdesup bila di jalan raya.. lama kelamaan kereta tu hilang di pasaran.. tetiba muncul mini cooper.. jenerasi baru dari mini clubman.
Mini cooper ini juga mengingat kan zino kepada satu kisah.. ada seorang kawan siber zino dulu.. anak kepada seorang CEO di salah sebuah Syarikat gergasi di Malaysia.. Dua beradik yg hidup dalam kemewahan .. Walaupun dah habis belajar tapi tak berminat nak bekerja.. apa tak nya duduk rumah pun ayah beri dia elaun sara hidup yg lumayan dan lebih tinggi dari gaji kalau bekerja biasa.. selain duit poket ayah dia juga hadiahkan dia sebuah kereta mini cooper. pendek kata apa yg dia nak boleh dapat.. tetapi selalu bersendirian kerana ibu bapa kerap ke luar negara dengan urusan business.. dia bebas pergi kemana dia suka berkawan dengan siapa dia mahu.. Tapi sekarang dia tidak lagi menjadi kawan zino.. dan zino pun tak tau apa jadi dengan dia.. Harap dia mendapat bimbingan yg sempurna utk menjadi insan yg lebih baik ..
Berbalik kepada cerita mini cooper ni.. angan2 nak beli setakat ni masih tinggal angan2 je la.. ada sesiapa nak sponser RM 189,999 hehe..
tak salah ber angan angan kan ? hehe
wow..tak mampu nak sponsor, tapi angah doakan angan-angan zino dan mem ni jadi kenyataaan, moga murah rezeki ye....
ReplyDeleteterima kasih Angah amin
ReplyDeleteketidakmampuan nak beli..myvi pun tak mampu nak amek loan..nnt nak naik kete lembu je
ReplyDeleteKereta lembu lagi mahal maklang
ReplyDeletesusah nak jumpa dah hehe
Kereta lembu lagi mahal maklang
ReplyDeletesusah nak jumpa dah hehe
bukan mem je
ReplyDeletesy pun suka
jom le kita sama2 berangan
hihi
Irfa
ReplyDeletesesuai la tu berangan berjamaah hehe
best kalau dapat kete ni, tapi kecik sangat :)
ReplyDeleteTak salah angan-angan. Takde apa yang mustahil, Encik Zino.
ReplyDeleteSaya pula suka wolkswagen campervan. Walau pun tak dikeluorkan lagi, kalau la boleh dapat satu hari nanti. :)