Monday, May 12, 2014

Bencana alam

Assalamualaikum..

Petang tadi kami ke TESCO..masa tu belum hujan lagi . Bila sampai situ baru dengar hujan .duduk dalam bangunan tu tak perasan la lebat mana hujan tu.. ada la dalam 1/2 jam dlm tu.. Selesai shopping balik la...  habis tu kalau tak balik nsk tidu situ ke hehe.. masuk je rumah terkejut.. air melonda londa kat lantai bawah.. dengar juga air menitik.. ahh sudah rumah dah banjir. Dalam hati terfikir ini mesti air dari bilik alang.. tempias dari balcony belakang.. dulu dah pernah jadi sekali. Saluran air tersumbat penuh satu rumah banjir. 

Bila naik atas bilik alang ada air kat pintu je. Bilik kakak pun kering. Tengok siling kering tak ada tanda bumbung bocor ke apa.. tapi air banyak kat lantai terutama master bedroom.. lantai parque.. ada yg terapung2 dlm air. Operasi mengelap pun bermula... Ada tiga baldi kot air yg di keringkan dari lantai atas dan bawah.. tetiba dengar mem menghempaskan sesuatu di bawah masa zino mengemop di bilik atas.. rupanya mem pegang extension cable yg telah di rendam air.. dan terkena renjatan nasib baik tak apa apa.. zino turun terus matikan suiz dan cabutkan plug.

Dalam pada bertungkus lumus mengemop tu sorang engineer call . "Bos berlaku bencana alam yg besar di kawasan kita.. banyak pokok tumbang dan bumbung terbang.. ". Saya minta dia terus buat pemantauan dan lapur dari semasa ke semasa. Pokok yg tumbang menghempap beberapa kereta.. di lapur juga beberapa kawasan mengalami banjir kilat..beberapa perumahan awam terjejas.. tapi semua nya di satu kawasan yg sama..

Kontraktor telah di panggil segera utk mengambil tindakan awal. Pokok yg tumbang di potong dan di bersihkan bumbung terbang di bersihkan dari kawasan. Yg terjuntai di bumbung di turunkan.. tindakan utk kes keselamatan dulu..

Esok boleh congak2 berapa kos yg perlu di belanja utk kerja baik pulih..









15 comments:

  1. Alhamdullilah,,, mem takde yg serius,,, next hati2,,, berdebar juga saya Baca,,,

    ReplyDelete
  2. Linda..

    mem tak perasan cable tu dah terendam.. tu yg dia angkat selamba je..

    ReplyDelete
  3. andak

    kali ni di landa agak teruk.. banyak kerja menanti tu..

    ReplyDelete
  4. waaa teruknya hujan ribut kat pantai barat yew... saya dah dekat 2 bulan kat kg ni kemarau kering sungguh

    ReplyDelete
  5. tengok gambar nampak mcm teruk juga ....nasib baik mem selamat.

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Syukur Mem tak apa-apa.. biar rumah rosak sedikit jangan sampai melibatkan nyawa aduhhh...

    Setiap petang kat Putrajaya pun selalu hujan lebat..boleh terdengar deruan angin dari pejabat Azwa..agaknya di kawasan terlibat lagi kuat anginnya. Bersedia sahajalah lepas ini mesti banyaklah tuntutan sampai ke meja boss...

    ReplyDelete
  7. Mystorypic
    Kat sini hari2 hujan

    ReplyDelete
  8. nieda ramly

    kali ni emmang teruk banyak kawasan terlibat..

    ReplyDelete
  9. angah
    itu la nasib baik tak ada kecederaan

    ReplyDelete
  10. Azwa
    banyak juga kereta kena hempap pokok

    ReplyDelete
  11. Itu la dia, kakak Yati yang dok KL pun cakap, ada kawasan banjir kilat. Yati kat Lumut, Perak ni, hujan sekejap-sekejap je. Tu pun bukan hari-hari. Ada hari panas sangat.

    ReplyDelete
  12. Yati

    kat KL ni bila hujan lebat boleh jadi banjir kilat tapi hujan kali ni siap dengan ribut tu yg banyak bumbung terbang

    ReplyDelete