Assalamualaikum..
Hari sabtu lepas mesej dan call dari kakak dari India.. Dia dengan sorang lagi kawan menemani kawan nya ke Banggalore dengan kenderaan utk fly balik ke kL .. Mak kawan kakak ada di ICU HKL . Risau juga bila kakak bersama kawan nya berjalan jauh dengan kenderaan berkereta dari Manipal ke Banggalore.. Jarak dari Manipal ke Banggalore agak jauh.. Sehingga perlu bermalam di Banggalore sebelum kembali ke Manipal.
Semalam kakak mesej lagi menceritakan keadaan mak kawan dia tu.. Dan kami pun bercadang utk datang ziarah di HKL.. Tengah hari tadi mem datang ke opis zino utk sama sama ke HKl.. Tapi sebelum sempat mem sampai . Kakak mesej.. Berita yg baru di terima nya.. Mak kawan dia telah kembali ke rahmatullah.. Innalilahiwainnalilahirojiun. Plan ke HKL di batalkan tapi kami terus ke Selayang . Kata nya jenazah akan di kebumi selepas zohor.. Dengan bantuan GPS sempat juga kami sampai ke surau.. Masa kami sampai sembahyang jenazah sedang di dirikan.. Tak sempat nak bersama menyembayangkan jenazah.. Selesai solat, jenazah di bawa ke tanah perkuburan berhampiran utk di semadikan.
Kami juga ikut sama ke tanah perkuburan.. Sempat berjumpa dengan bapa kawan kakak.. Tapi zino tak tunggu sehingga urusan selesai sebab ada urusan di pejabat.. Semoga keluarga kawan kakak redha tabah dan sabar dengan ujian yg berat ini. Dari Dia kita datang Kepada Nya kita di kembalikan.. Semoga roh nya di tempatkan bersama roh orang beriman..amin.
Al Fatihah
ReplyDeleteInnalillahhiwainnailaihirojiun
ReplyDeleteAl Fatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya
ReplyDeleteerna
ReplyDeleteamin
kakcik
ReplyDeleteamin
Azwa
ReplyDeleteamin