Sunday, June 22, 2014

Kata orang.....

Assalamualaikum...

Semoga anda ceria di hari minggu ni.. Dan menggunakan kesempatan yg ada utk bersama keluarga tersayang.. Apa cerita kita kali ni ya... Tajuk tu macam best je macam ada yg nak di gossip kan hehe.. Tapi ini bukan gossip tapi betul2 kejadian.. Tapi kata orang la...

Kata orang bila kita sebut nak beli kereta baru ke nak tukar kereta ke kereta kita yg sedia ada tu mula la merajuk... Hehe betul ke . ? Itu lah kisah yg zino nak share kan ni.. B gaimana zino berpeluh2 utk menghidupkan injin kereta tu.. Bukan masaalah besa pun sikit je.. Sebelum injin boleh di hidupkan ada satu suiz lain yg perlu deactive kan.. Dalam keadaan injin mati ada satu lampu yg berkelip kelip dan bila satu punat tu di lekat kan kat situ lampu akan padam dan baru boleh hidupkan injin.. Ini semua utk keselamatan kereta kita la.. Sebelum ni ok je tak la masaalah sangat kalau tak mau hidup pun usik sana colek sini ok la.. Tapi semalam langsung tak boleh..

Bila tak mau padam zino kena angkat sikit dashboard tu dan masukkan jari bawah tu tolak tolak wire yg berselirat bawah tu.. Biasanya satu pin kecik yg tenggelam kat tengah tu akan terkeluar semula dan baru boleh sentuh dengan punat tu.. Dan lampu pun dapam dan injin baru boleh di hidupkan.. Bila dah susah sangat zino terfikir lebih baik bypass je suiz tu dan terus boleh hidupkan injin macam kereta biasa.. Sekarang kereta hidupkan pakai push button je hehe..

Ajak la alang cari kedai asoseri kereta ni.. Bila tanya woksop dia kata tak boleh buat itu bukan kerja makanik itu kerja eloktronik. Kedai pertama zino tanya.. Tokei yg sangat menyombong.. Tak habis lagi ayat tanya dia dah jawab tak boleh oo kena tukar alarm baru.. Dengan muka selamba sambil memicit2 talipon.. Berwhatapps la tu.. Bila zino tanya lagi pekerja dia yg jawab boleh buat tapi ambil masa lama kurang2 tiga jam dan kos lebih kurang  RM220.00 tapi cara staff dia cakap pun sama sombong dengan bos dia tu.. Menyampah pulak tengok.. Mentang2 zino bawa kereta buruk kau tak mau layan ya...

Kami pun bla dan pergi ke kedai kedua.. Beberapa pekerja senyum je nampak kami sampai.. Rezeki dah sampai hehe.. Zino tanya soalan yg sama boleh buat bypass tak suiz kereta ni.. Spontan dia kata boleh tapi dia pun bagi alasan yg lebih kurang sama .. nak buat kena ambil masa tiga jam dan kos nya 280.00 lebih mahal dar kedai pertama.. selepas berbincang dia janji nak kurang kan tapi tak mau cakap berapa.. kata nya biar dia tengok dulu.. akhirnya zino bersetuju utk buat bypass di kedai tu.. sementara dia mebuka dashboard kereta zino kami ke kedai sebelah makan aiskrim.. lepas dua jam kami datang balik.. kerja kerja hampir selesai katanya.. dan dia juga kata alarm masih boleh guna central lock pun masih berfungsi.

Bila dah siap zino tanga harga berapa dia tak cakap tapi minta zino ke kaunter.. bill dah sedia katanya.. bila nak bayar casher tu kata 200.. alhamdulilah dia bagi diskaun banyak juga.. tapi yg penting masaalah dah selesai dan lepas ni tak perlu lagi guna suiz ke kedua tu utk hidupkan injin..












9 comments:

  1. alasan untok beli keta baru... hehe

    ReplyDelete
  2. Alaaa..cubo tulis terus..boleh bagi idea..jenih keto baru yang nak di boli..ha ha

    ReplyDelete
  3. ha? Cerita tak abis ke Encik Zino? :)
    Betul, saya percaya, kereta paham apa yang kita cakap (sebab pernah berlaku kat saya juga). Jadi kalau nak sembang tentang beli kereta baru, sila buat di luor kereta. Hehe..

    ReplyDelete
  4. BIla lagi nak sambar keta baru... cepat cepat. Dah nak raya niii... hehehe

    ReplyDelete
  5. Uncle gedek
    Boleh pakai kan alasan tu hehe

    ReplyDelete
  6. Acik erna
    Lagi poning den nak milih nanti hehe

    ReplyDelete
  7. Yati...
    Macam paham je kereta tu hehe

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Azieazah
    Tak tau la sompek ke tak hehe..

    ReplyDelete