misi seterus nya balik kampong.....
Akhir nya sampai juga hajat kami utk sampai ke kampong nenek moyang kami di PAYA KUMBUH Sumatra Barat. kalau di NS Paya Kumbuh merupakan satu kampong yg kecil.. di duduki oleh ahli keluarga zino dan sedara mara yg lain.. didalam kampong tu semua ada tali persaudaraan diantara satu sama lain. Cerita yang zino masih ingat moyang zino dulu datang dari PAYA KUMBUH Indonesia dan membuka perkampongan di sini.. di masa hayat nya beliau telah di lantik menjadi orang besar dalam pemerintahan Rembau. bergelar Dato Bandar.. Rumah mak kat kampong sekarang ni merupakan rumah Datuk Bandar masa tu.. di depan Rumah mak ialah rumah Undang Rembau yg kini terbiar tidak berpenghuni lagi. Pada masa dulu Jalan raya terletak di hadapan rumah di tepi sawah..
Perjalanan ke Paya Kumbuh dari Bukit Tinggi mengambil masa beberapa jam.. Paya Kumbuh merupakan sebuah bandar di north-east Bukit Tinggi. mempunyai keluasan 80 km2 dan penduduk seramai 123,000 orang. Bandar paya kumbuh di bahagi kepada 5 daerah PayaKumbuh Barat Selatan Timur Utara dan Paya Kumbuh Lamposi tigo nagori.
Tiba di Paya kumbuh kami di sambut seorang kenalan FB yg berasal dari Paya Kumbuh.. macam jumpa orang kampong juga la..
berjumpa kali pertama dengan Jonny
ini ada lah kali pertama saya berjumpa dengan Jonny Indra SSos MSi. dapat juga lah berjumpa dengan orang kampong hehe.. selepas lunch di satu restoren tepi sawah kami meneruskan perjalanan ke jambatan Kelok Sembilan yg terkenal di Paya Kumbuh.
yg tinggal
Jonny buat promosi
peace yo
tunggu jagong masak.. hehe
jagong manis yg enak
merakam kenangan
Jambatan layang
satu sudut lain
bersama Jonny dan rakan
jambatan yg berkelok
kelok 9 yg asal..
masih boleh di lalui utk elak tol
van yg membawa kami
ke semua distinasi boleh muat 16 orang
termasuk driver dan pemandu pelancong
dan dua kanak2
kereta Jonny di depan..
jambatan di lihat dari bawah
aiman
ecah
sebagaimana yg pernah zino tulis sebelum ini keluk 9 adalah ruas jalan berkelok yg terletak kira2 30km di sebelah timur Paya Kumbuh menuju Provinsi Riau. Jalan ini membentang sepanjang 300 meter di lorong Aie Putiah nagari sarilemak.. sebelum di bina jambatan Jalan ni sentiasa sesak macam bukit Putus di Kuala Pilah.. Sebuah jambatan Layang telah di bina sepanjang 2.5km dan telah di resmikan pembukaan nya pada Oktober 2013 oleh presiden Susilo Bambang Yudhoyono .
sekarang jambatan yg unik ini telah menjadi satu ikon dan daya tarikan pelancong ke Paya Kumbuh dan menjadi sumber rezeki penduduk tempatan.
lepas ni kami ke ke Harau Valley waterfall..
BERSAMBUNG
assalam abah, tengok kat entri ni baru dapat feel betapa tingginya jambatan layang tu...huhu...takottttt..
ReplyDeleteMurni
ReplyDeleteBila duduk dalam kereta tak perasan pun tapi berhenti atas tu baru terasa kehebatan nya
PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.
Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.
Wassalam
Contact person :
1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )
2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.