Saturday, September 20, 2014

Padang Bukit Tinggi PayaKumbuh.. episod TIGA

Assalamualaikum... 

banyak nya episod.. hehe.. nak tulis sekali panjang sangat dan takut baca hujung pangkal lupa hehe.. so kita baca sikit2 dan boleh hazam.. selepas melalui Anai Valley waterfall kami di bawa utk melawat satu tempat yg mesti di lawati setiap pengunjung ke Padang .. 

Rumah Gadang bermaksud rumah besar atau rumah bagonjong.. dalam bahasa minangkabau.. merupakan rumah adat Minangkabau yg berfungsi sebagai kediaman ruang utk perjumpaan keluarga dan aktiviti2 upacara tertentu. rekabentuk yang unik dan bumbung yg lentik.. rumah gadang di miliki oleh ibu kepada sesuatu keluarga dan di pindahkan kepada anak perempuan secara turun menurun.. lebih kurang macam adat pepatih di NS. 

rekabentuk bumbung yg melentik itu merupakan symbol bagi minangkabau.. sekarang traditional itu juga terdapat pada bangunan yg moden seperti bangunan kerajaan dan Minangkabau International Airport.. ok lah jom tengok gambar2 pulak..
































bila berkunjung ke rumah gadang adalah tidak lengkapa kalau tidak mengenakan pakaian pengantin traditional Minangkabau . Bukan semua yg berani atau sanggup menyahut cabaran ni.. puas juga lah pujuk mem utk mengenakan pakaian walaupun sekejap.. hehe yang lain tak berani sambut cabaran hehe.. zino mem dan iyra yg mengenakan pakaian traditional ni dengan bayaran 10 inggit utk seorang.. terinagt zaman dolu dolu di kampong ini lah pakaian pengantin masa tu.. rasa nya masa zino kawin dulu pun mem mengenakan pakaian yg lebih kurang sama.. tapi tak seberat ni la atas kepala tu hehe.. 

selain tempat menarik ni kami singgah juga di beberapa kedai menjual kain tenun sebelum sampai ke Hotel.. tapi tak ada gambar nak di tunjuk dan tak ingat nama kedai hehe.. orang pempuan ingat kot hehe

perjalanan kami berakhir utk hari pertama di hotel penginapan Royal Denai Hotel.. lepas tu masing2 pengsan.. hehe maklum lah tak cukup tidu malam.. jam 3.00 pagi dah k airport.. 

bersambung ke episod EMPAT..

No comments:

Post a Comment