Saturday, June 6, 2015

Jom kita ke BALI episod 3

Assalamualaikum.. 

Kita berjumpa lagi... jom kita teruskan perjalanan setelah berselfie di Danau Bratan kami singgah di Masjid Besar Al Hidayah Di Candi Kuning , Bedegul.. terketak di atas bukit.. Oleh kerana kedudukan nya di tanah tinggi air nya sejuk macam air batu.. sempat sembahyang berjamaah dengan penduduk tempatan dan pengunjung lain.




bergambar selepas solat


berwelfie bersama isteri..


Danau Bratin dari atas Masjid


masjid Besar Al Hidayah

Selesai solat distinasi seterusnya makan... kami di bawa ke Rumah makan Saras.. masa kami sampai restoren tu penuh sesak beberapa kali kami bertukar tempat .. walaupun dah buat tempahan lebih awal tapi tokei kedai tak dapat menyediakan tempat yg sesuai utk rombongan kami.. akhirnya kami menunggu di tempat duduk bahagian depan.. 

Saya tak terlibat dalam sesi mengoder.. ( ada ulasan di blog kakcik ) tapi membiarkan mereka memberi cadangan dan meng oder apa yg patut... bila makanan sampai tu dia.. banyak dan berlebih2.. makanan dah sampai apa lagi kami makan je lah sekadar termampu.. hehe..












tengok la apa yg terhidang di atas 
meja tu hehe makan sampai hongeh.. hehe

Distinasi lawatan kami seterusnya ialah TANAH LOT.. Kalau sekali dengar macam petak petak tanah yg telah di beli lot utk di jual hehe.. tapi di Bali TANAH LOT merupakan satu formasi batuan di situ terdapat sebuah PURA TANAH LOT .. tempat ni merupakan distinasi pelancong yg popular.. 

Satu penorama permandangan yang sangat menarik. bila kami sampai dah ramai pengunjung di kawasan ni.. nak dapatkan pot yg sesuai utk berselfie pun susah.. Tapi itu tak menjadi masaalah utk kami.. bergambar merakam keindahan alam ciptaan Ilahi.. 

lihatlah wajah wajah ceria semasa berselfie.. hehe















ikutkan hati nak letak semua gambar2 yg di rakam di sini tapi takut boring pulak kepada yg melihat nya asik tunjuk gambar dia je hehe... Balik dari melawat TANAH LOT baru baki check in .. Hotel AMARIS yg terletak di tengok kota dan tak jauh dari pantai KUTA yg terkenal tu .. katanya macam2 ada di sana...

Tunggu episod seterusnya... 



4 comments:

  1. Wakakaka. .. ulasan di blog kakcik ya... hehehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,
    byk2 gambar pun tak apa...boleh cuci mata

    ReplyDelete
  3. Kakcik..

    hehe.. utk elak salah sangka

    ReplyDelete
  4. Anyss
    lepas ni tambah gambar ..

    ReplyDelete