Assalamualaikum...
ini ada satu kisah yg menarik utk di kongsi...dua kisah tapi nya.. kisah pertama saya tak perasan pun berlaku.. dengar cerita kawan kawan je.. tak sangka pulak kes kedua terlibat secara langsung.. dalam kes ni siapa yg salah.. hehe atau lebih sesuai di kaji kenapa kes seumpama ini boleh berlaku.. ?? pernah terjadi ke sebelum ni di tempat yg sama.. atau ini case yg sangat rare .. nak tau apa kes nya jomm!!!
kalau tengok gambar tu anda tau ke apa benda nya dan apa kegunaan nya dan bagaimana nak respond bila mendengar nya kan dah banyak soalan kluar .. sekarang dah boleh agak ke?
Kes pertama tak mau cerita lah.. sebab zino tak perasan pun kes tu berlaku.. tau pun bila lebih kurang jam 2.00 pagi.. ada mesej whatapps dah dapat masuk ke?? laa ada yg terkurung di luar ke??
kes kedua berlaku esok nya.. bukan malam tapi siang bukan petang tapi pagi hehe... pagi tu kami ke pantai KUTA .. bila ajak pegi adik kata tak mau ikut.. nak rehat je kat rumah.. selesai ronda ronda kami pun balik ke hotel.. kerana group pertama dah nak balik ..
ketuk2 pintu tak ada respond.. ahh sudah adik tu kalau tidu memang susah nak kejut.. kadang tu geletek dulu baru dia nak bangun.. setakat ketuk kat pintu memang tak lah... panggil room servis minta dia bukakan pintu.. tapi kata nya tak boleh buka terkunci dari dalam.. maka mula sesi mengetuk pintu.. sikit punya kuat ketuk sampai tetamu di bilik depan tu kluar meninjau .. agaknya dalam hati kata siapa lah yg memekak kat luar ni?? bila dia tinjau kat luar dia pandang zino sedang mengetuk pintu... dia pun tutup semula pintu dengan kuat gedegang.... elahhh marah la tu hehe..
tak cukup dengan ketuk.. Ezuan dari bilik sebelah siap call lagi.. bukan nya terjaga semakin lena adik tidu.. 1/2 jam lepas tu masih sama.. adik masih lena ketukan makin bertalu2.. geringan talipon masih berbunyi ..adik tetap lena.. dah habis ikhtiar nak bangunkan adik.. tak kan nak pecah pintu.. lepas tu panggil teknikal minta dia off kan aircon dalam bilik tu mana tau dah kepanasan nanti adik boleh terjaga.. masa makin suntuk.. yg nak checkout dah siap bekomeh.. beg pun dah di bawa tutrun adik masih belum terjaga.. berpeluh abah tau.. hehe
Kemudian datang pulak pihak security.. membawa kunci khas.. sekali touch pintu pun terbuka dengan kunci2 sekali terbuka.. laa.. ada pun kunci nya kenapa security tak buka dari tadi lagi.. dah berjam menunggu baru buka.. mungkin juga kunci khas ni ada prosidur security yg perlu di lalui sebelum boleh di gunakan.. lega bila dah boleh masuk cepat2 minta adik bersiap sebab kami semua nak kluar makan..
ishhh adik ni...so sekarang nak salahkan siapa ? adik yg tak terjaga atau kaedah ketuk tu yg tak efektif utk mengejutkan orang tidu lena... sebab bukan kes adik sorang je..hehe..
5 comments:
Jom sama2 fikir siapa yang patut dipersalahkan...hehehe
Salah pintu lerrr abah..
Salah pintu lerrr abah..
kakcik
saya nak salahkan pengetuk tu hehe
nadia
pintu tu pun salah kan.. panggil orang dalam tak dengar hehe
Post a Comment